Thursday, March 31, 2011

Day 30 - Who are you?

Terasa berat hati betul nak tulis posting yang terakhir ni. Hari ni adalah penamat bulan Mac. Yezaa..inilah projekku Mac 2011. Macam berpuasa 30 hari, tapi saya berjanji mengupdate blog 30 hari berturut-turut, walaupun selalu je kantoi. Ku peduli apa. Ha ha.

Menjawab soalan di atas, who are you ?

Em... saya telah menjawab pada 30 Days Challenge ini. 29 hari yang sebelum ini berkisar tentang saya. So memang dah jawab lah kan. Sila ke tepi blog di bahagian label. Klik kat 30 Days Challenge. semua ada.

Lagipun dekat about me - tepi blog pun dah ada jawapan siapa saya.

Cukuplah, kalau nak tahu lebih lanjut, sila teruskan membaca blog Kertas & Cinta ini. :)
Terima kasih kepada Cik Puan Datin Seri Nenek Fareha yang telah mengTAG saya dalam 30 Days Challenge.

Ternyata, cabaran ini langsung tidak mengkuruskan jari jemariku .

Oh ya, setelah berjaya dalam cabaran ini, maka saya meraikannya dengan makan kek Chocolate Chip Walnut , Secret Recipe.



Chowww~

Tuesday, March 29, 2011

Day 29 - In this past month, what have you learned

Kekuatan tidak akan hadir tanpa pengalaman. Pengalaman yang pahit atau manis keduanya akan menzahirkan kekuatan dalaman yang sangat halus jika kita ambil dari sudut positif. Bagaimana 'jahiliyah'nya kita , selagi kita mengEsakan Allah, pasti Dia akan memberi kekuatan untuk mengharung hidup.

Usah sesekali berputus asa jika sendirian.

Segala trauma yang menghantui suatu hari akan terlerai dengan izinNya. Sentiasalah berdoa dan meletakkan setinggi harapan kepada Allah swt.

Barangkali kita tak sedar bahawa kita sedang dilanda tekanan jiwa yang teramat sangat. Percaya atau tidak, 1 daripada 5 rakyat Malaysia hari ini , mengalami masalah jiwa.

Doa, zikir dan Ayat Al-Quran adalah 'tools' paling hebat dalam merawat masalah ini. Sedikit teknikal dari Reiki pasti dapat membantu mempercepatkan penyembuhan.

Semalam, setelah mengalami sesuatu yang 'miracle', kini saya sedari bahawa setiap sel tubuh menyimpan setiap moment baik dan buruk, dosa dan pahala yang pernah kita lakukan. Yang negatif akan tersimpan sehingga menjadi 'blockage', yang positif akan tersimpan menjadi kekuatan.

Di dalamnya, berlaku 'wars between good and evil'..segala penyakit seperti demam, sakit pinggang, sakit kepala, sakit bahu dan sebagainya hanyalah 'petunjuk' bahawa kita perlu BUAT SESUATU dengan segera.

Jika tersimpan terlalu lama, keseimbangan akan hilang. Kita tidak akan mampu lagi melakukan kerja harian dengan baik dan tenang.

Inilah pelajaran paling berharga. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


'secebis pengalaman'
- Master Fatimah  Az Zahra -

Monday, March 28, 2011

Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Pic of last year early 2010


Pic of now. Erm...i mean the latest lah. ;) Plis, not now.

oh, gemuk itu sungguh ilusi. trust me. saya lebih kurus dari itu. ha ha ha.

perubahan :-
  • turun naik berat - adalah sangat sangat biasa.
  • sudah merasakan pertambahan umur - esp dari segi immune system

okay,.. back to Charmed.

Sunday, March 27, 2011

Day 27 - Why are you doing this 30 day challenge?

Ape punye soalan daaa... sebab Eha tag saya.

Terima Kasih.

( post paling sempoy )

Day 26 - What you think about your friends?

Kawan-kawan saya semuanya baik-baik. Kehidupan yang masing-masing lalui menyebabkan pemikiran dan perangai berbeza-beza., maka kawan-kawan saya memanglah mempunyai perangai yg unik-unik, macam saya. He he. ( Ima bloomwood perasantan, biasalah kan ? )

Mereka mempunyai kerjaya yang bagus-bagus, gaji besar-besar.. tak macam saya, yang masih terkontang kanting. Kadang-kadang jeles juga melihat kejayaan mereka. Hakhak. Ima bloomwood jeles ? Woow! Aneh sekali. Ya ! Saya selalu 'mengetuk' kepala saya... ' ko tengok kawan-kawan ko, semua ada halatuju, dah beli rumah, dah kahwin, ada anak... ko tu masih terkontang kanting '.

Alahai nasib badan.

Ha, ada kempen "Tunggang, jangan tunggang langgang ". Saya tengok kat Melodi tadi.

Saya harus terima bahawa kadang-kadang sungguh memeritkan bila kawan tak contact saya, tak sms, tak call ( samalah kan .? ) Saya sahajalah yang selalu habis topup telefon mereka ( walaupun mereka pakai bil ). Adakah saya ni kelihatan seperti Perdana Menteri Malaysia ? Sibuk sampai kawan takut nak call ? Haiisshh..

Dah berpuluh tahun begini, jadi saya sudah pun membiasakan diri saya. Tapi saya selalu mendoakan keselamatan, kesihatan  dan kejayaan mereka. Sesekali saya scroll down phone book di handphone.. dan lihat nama satu persatu.. sambil teringat kenangan antara saya dan mereka.

Hey ima ! Apesal sadis sangat ni ? Aiyoyo....

Saya sangat bersyukur mempunyai SAHABAT yang sangat-sangat rapat dengan saya hari ini. Terima kasih. Ehem, ehem.. confirm dia mesti tahu bahawa saya sangat memaksudkan dia(s) - ada 'S' sebab lebih dari seorang. Ha ha.

I love all my friends..termasuk kawan-kawan baru di dunia blog Kertas & Cinta ini. 

Thursday, March 24, 2011

Day 25 - What I would find in your bag?

Kan saya ada tulis sebelum ini, MAHU itu keputusannya dari HATI. Tak sangka ya, sudah sampai Challenge yang ke 25 hari ini. Meskipun ada suatu hari itu saya terkantoi dek autopublish yang tak betul. he he.. Tapi, gagal sehari tak bererti gagal selama-lamanya. Untuk perkara yang baik-baik, boleh lah nasihat itu diaplikasikan.

( Alhamdulillah, gusi sudah tidak berdarah lagi )

Ini soalan inspection ni. Daripada agensi blogger kah ? he he.. Sebelum ini, saya pernah di TAG untuk soalan ini oleh Effy di blog little-ima. Saya masih mentah lagi ketika itu, lalu mengambil gambar handbag saya dan tayang kat semua orang apa barang ada di dalam beg itu.

Oh, tidak. Sekarang tidak lagi. Dasar tertutup negara ima.bloomwood sedang dilaksanakan. Kita perlu berhati-hati dalam setiap gerak langkah untuk mengelakkan kecurian yang tidak disangka-sangka. Zaman sekarang, perompak pun ada facebook, rajin tengok blog, main twitter, pandai emel. Betul ! berapa banyak orang mengaku dia tu Maybank untuk curi duit orang ? berapa banyak orang mengaku dia agen itu dan ini untuk menipu wang di zaman siber ni ?

( dah . dah . ima. jangan melalut )

Dalam beg saya ada :
Purse
Getah gelang
Bedak
Lipglos
Buku nota kecil

Itu je lah. Beg sudah semakin kecil, maka tak banyak barang boleh disumbatkan. Choowwww!~


Giveaway zalin onceitalk.com

Okay. Ima.bloomwood telah pun di TAG oleh Prof Ique untuk Giveaway zalin onceitalk.com

Memandangkan saya telah berazam untuk mesra pembaca dan lebih bersosial melalui blog Kertas dan Cinta ini, maka... saya pun meluangkan beberapa masa mengikut Giveaway ni sambil mendengar zikir dari Astro Oasis.


Oh, nasib baik Prof tak TAG Eha & Hasnah dalam entri beliau. Maka, wahai Makcik Eha dan Makcik Hasnah, dengan ini aku mengumumkan bahawa kome berdua adalah wajib untuk membuat kerja rumah tambahan ini yeaaaaa...

Sekian,
Kertas kerja adalah untuk dibuat dengan rasa cinta.

Pandangan mata selalu menipu

Sumber gambar : http://increations.blogspot.com/
Bila melihat terlalu dekat, kita asyik ternampak kurang dan cacatnya sesuatu hasil..

Kadang-kadang , bila lihat terlalu dekat dan teliti - keburukan saje yg selalu nampak. masa tu, kena gunakan pertimbangan untuk menilai baik dan buruk..undurlah beberapa langkah kebelakang semula, pasti penglihatan adalah lebih luas. Nilailah semula setelah melihat dari jauh dan dekat. Dari situlah bezanya bijak dan bodoh.

Sumber gambar : http://increations.blogspot.com/
Tapi, bila kita lihat secara menyeluruh -
ia sebenarnya terlalu indah dan seni.
Hanya kita sahaja yang terlalai dan tidak menilai dengan betul.



Day 24 - A letter to your parents.

Wow. Challenge hari ini sungguh membuka mata saya besar-besar.

( saya sedang menulis dikala kapas tersumbat dalam gigi saya, baru lepas cabut gigi...oh, ia bukanlah pengalaman manis )

Setiap ibu bapa adalah tepat berpadanan dengan setiap anak-anaknya. Atau, setiap perangai anak-anak adalah bersesuaian dengan ketabahan ibu bapanya.

Pilihlah mana-mana yang anda bersetuju. Atau anda ada ayat yang lebih baik ? ;)

Mak & Abah,

Ucapan terima kasih untuk setiap jasa yang kalian untuk saya. Untuk hari ini sahaja, jasa kalian tidak terhitung, terima kasih banyak-banyak sebab :-
  • tolong belikan neslo ais sedap gile kat Haslam, sebab timah nak makan ubat antibiotik & ponstan.
  • bawa timah pergi Klinik Gigi Rohaya untuk cabut gigi
  • bila mak tak berapa sihat pagi tadi, memberi peluang untuk timah praktis Reiki dan timba pengalaman baru untuk merawat.
  • tak marah timah bangun lambat pagi tadi sebab pinggang ni sakit sangat sangat.
  • terpaksa cancel pergi makan kat Ikan Bakar Sekinchan, sebab timah ada appointment dgn dentist.
Terima kasih juga kerana doa yang tak putus-putus kepada anak yang sungguh nakal dan tak kahwin-kahwin sampai hari ni. Lagu " ape nak jadi..ape nak jadi..sampai sekarang tak kahwin lagi " nyanyian Ramli Sarip yang menjadi ring tone abah sungguh menyentuh otak saraf . Tapi apakan daya, saya sendiri tidak berdaya dengan ujian ini.

InsyaAllah, suatu hari nanti pasti kalian berbangga saya menjadi anakmu. Kerana setiap hari saya mengimpikan akhlak mulia secantik Fatimah a.s puteri Rasulullah. Sesekali saya tersasar jua, namun impian itu tak pernah padam.

Nama Fatimah Az Zahra adalah tanggungjawab yang berat yang sedaya upaya dilaksanakan. Terima kasih mak, terima kasih abah.



Uhuk..uhuk... sekian tugasan hari ini selesai.  :)

Wednesday, March 23, 2011

Day 23 - Something you crave for a lot.

i am craving for a vacation ..aarrrggghhh!~~

masalahnya, sepanjang Januari - Mac ni, belum kerja betul-betul, belum dapat sales yang gempak meletop, belum buat yang terbaik...

haisssh ! semuanya belum. belum. belum.

Jadi, macamana nak reward diri sendiri ??????

Vacation...ooh vacatiooon....


Ok.! chowww...saya perlu bekerja supaya kempunan nak bercuti tidak lagi ditunda-ditunda.

Monday, March 21, 2011

Day 22 - What makes you different from everyone else?

13 kali baca soalan kat atas ni. Lagi soalan mengenal diri. :)

Its my Mind, My Soul, My Emotion. Itu yang membezakan saya dengan orang lain. Pengalaman yang saya tempuh sebelum ini membuka mata dan minda terhadap sesuatu. Pandangan saya terhadap sesuatu adalah berbeza dengan orang lain dan ia tidak mungkin sama.

Analisis minda tidak boleh dikira macam matematik. 1 + 1 = 2. Ia adalah pengalaman rasa yang menjadikan kita adalah berbeza dari orang lain.

Saya pernah ke Jakarta, pergi ke Mangga Dua untuk makan cendol paling sedap di donia. ( ha ha ).
Barangkali, anda juga pernah ke Jakarta, dan makan cendol di Mangga Dua.

Tapi, tidak mungkin pengalaman dan rasa kita sama. Sebab mungkin Cendol yg saya makan lagi sedap dari anda makan, walaupun di kedai yang sama. Kenapa ? mungkin saya makan cendol dalam suasana dan mood yang gembira. Tapi tidak anda.

( eh, contoh saya kasi tu sangat berat sebelah,kan ? )

Sudah lah.. habis cerita pasal cendol. Saya sakit kepala hari ni sebab tak dapat minum Red Coffee. Sebab tu tulis pun macam tak betul je ayat ni.



Oh ya ! saya rasa-rasa...ini juga yang membuatkan saya berbeza dari orang lain.
  • saya ada gigi taring disebelah kiri yang menawan. ha ha ha.
  • saya boleh buat kerja menggunakan tangan kanan dan tangan kiri

Chowww ~

Pulau Tioman nan indah


Inilah pemandangan terindah yang saya sempat ambil di Pulau Tioman.

Day 21 - A picture of something that makes you happy.

Saya SANGAT suka orang utan, monyet, godzilla, gorila,,, apa je lah yg seumpama dengannya.
melihat keletah mereka sangat menggembirakan hati saya.


Raya 2010 di Rumah Maklong Melaka.. Makan kambing bakar paling SEDAPPPP ..
ima.bloomwood - angah - haziq

Percutian di Bukit Tinggi , Indonesia
** menghubungi yang tersayang...weee~~




Saya seperti belon.


Saya seperti belon. Saya bisa gembirakan anda. Tapi jika anda tidak jaga tali, saya bisa terlepas. Saya juga mudah pecah, peganglah saya dengan berhati-hati. Saya akan 'layu' jika dibiarkan lama tanpa perhatian .

Saya bisa dibawa angin jika tidak bertali. Saya bisa jatuh ke rumput dan kemudian pecah. Saya bisa beralih kepada sesiapa yang berminat dengan saya.

Kerana saya belon.
Saya faham tugas saya. Menggembirakan anak kecil, atau sesiapa sahaja hanya untuk suatu ketika. Kelak saya pasti dilupakan juga.

Saturday, March 19, 2011

Kayu : Cara membaca dengan mudah untuk orang yg malas :)

  • Ahad = laundry day
  • I wish every Sunday could be 'quilling day' too.
  • Baca buku sambil-sambil mengemas rumah adalah sungguh menggembirakan.
Saya sungguh bersyukur kerana mempunyai abah yang suka membaca dan membeli buku. :) Saya selalu 'cikun' buku abah dan baca 1 page bila-bila masa. Oh, biasanya saya tak ada masa yang cukup untuk 2-3 jam menghabiskan sebuah buku.

Saya percaya, anda juga begitu.

Bagaimana saya baca buku ?
  1. Duduk dan baring sambil baca  ( oh, dejavu sekarang ini ). Boleh bertahan paling lama 1 jam.
  2. Curi-curi masa kerja untuk ambil buku. Buka mana-mana muka surat dan baca.
  3. Pilih nombor - tengok buku tu sampai muka surat berapa. Contoh : Buku 12 Tokoh Gubah Dunia ada 209 muka surat. Jadi, saya akan pilih nombor 112. Buka muka surat 112 dan baca pada bahagian itu sahaja.
Ok. Saya share muka surat 112 ( 12 Tokoh Gubah Dunia ) -oleh  Khalid Haddad

..... Bahkan, setiap informasi yang dimuatkan dalam bukunya selalu diawasi oleh para perawinya. Beliau juga memuatkan setiap informasi sejarah tersebut dengan objektif dan neutral, serta menyandarkan setiap riwayat kepada sumber yang diambilnya.

Ath-Thabari selalu menyandarkan setiap riwayat yang diterimanya pada perawi itu sendiri. Jika beliau mengutip informasi dari sebuah buku, maka beliau akan  menyebutkan nama penulisnya. Kemudian, jika beliau mendengar dari seseorang secara langsung, maka beliau akan berkata, " seseorang menceritakannya kepadaku ".........." seseorang menceritakannya kepada kami"......" beberapa temanku menyebutkannya kepadaku"....

Saya akan baca dengan sekilas dan cepat, dan memandang isi - isi penting sahaja supaya saya akan dapat 'pedoman' dari bacaan itu.

Dalam cerita Ath-Thabari itu, saya akan buat kesimpulan sendiri macam ni...

" ooooohh.. kena bagitau sapa yang cakap.. ambil detail..jangan nak buat macam ayat sendiri je..eeemm..macam kalau ada kata-kata hikmah, kena tulis sapa yang cakap tu..bagus jugak Facebook tu kan..kalau kita klik "share" dia akan tag nama orang asal yang buat tu... tapi tak lah perfect sangat, sebab kadang2 boleh jugak lost track.. ..."..dan lepas tu otak saya tak berhenti-henti fikir macamana nak kasi Facebook tu menitik beratkan soal perawi..

Hoi Ima ! Ape ko merepek ni ? 

Nampak tak ? Betapa membaca itu membuka minda. Hanya dari 1 muka surat, jika kita rajin...pasti otak kita akan 'bergerak'. Esok-esok, sambung lagi.. sehari setitis ilmu.. barulah jadi insan yang berharga.

Kan ? Kan? Kan ?

Apa sebenarnya tujuan saya tulis ni ?
Oh, saya nak ajak anda - anda semua MEMBACA BUKU. :)


Ath- Thabari  ialah tokoh Islam , pemikir ulung yang sangat kaya dengan pelbagai pengetahua sepanjang masa.

Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Ape maksud soalan ni? tak paham. ha ha ha.

Ala la la... actually...eeeeemm..
Saya nak kahwin dengan Shah Rukh Khan. Sebab dia hot. Ha ha.

Anyone, tolong baling air satu baldi kat muka saya. Kuikuikui....

Erm...untuk menjawab soalan ini,.. oh, BIARLAH RAHSIA. Tapi seseorang itu mestilah menjadi KERTAS, KAYU dan CINTA saya.

Letak gambar ? Sorry...i kan artis. No comment ok. ha ha.


p/s : eha, i suke , u letak Mr M di dalam blog u. aaauuuwww!~

Day 19 - Nicknames you have; why do you have them?

Semalam, saya terfikir...Nama blog saya " Kertas dan Cinta".
Tapi, kebelakangan ini disebabkan menjawab 30 Days Challenge punya pasal, jarang betul stori saya menyentuh kisah kertas atau cinta. ala la la..ima.... lari fokus.

Fikir kali kedua..em..tak apa lah.. saya jawab je.. 30DC ni macam post-post 'mari mengenal ima bloomwood' ( saya patut buat 1 label ,kan ? ). Fikir kali ketiga, siapa nak kenal saya ? ha ha .. SS lagi ima oooiiii !~

Nicknames you have; why do you have them?

Nama sebenar saya -- Fatimah Az Zahra
( sedapnya nama abah kasi. Nama puteri Rasulullah.. )

  • Kebanyakan manusia memanggil saya Fatimah.
  • Kawan sekolah rendah & sekolah menengah panggil saya Atim. Hanya kawan perempuan panggil saya Atim.
  • Ada juga yang panggil nama saya Zahra. Alahaaai..sweetnya nama tu... siapa-siapa panggil saya Zahra, automatik saya jadi leeeemmmbuuutt..longlaaaai..sopaaaaaan. He he ( gelak tutup mulut )
  • Bila masuk kolej, saya 'ajar' orang panggil saya Ima.
  • Kebanyakan kawan/kenalan akan panggil saya Ima.
  • Ima Bloomwood  ???? - dalam buku Shopaholic, watak utama yang suka shopping itu ialah Rebecca Bloomwood. Jadi, disebabkan saya suka shopping, maka..saya mengada-ngada gelarkan diri saya ima.bloomwood.  ( arrrghhhh poyo sungguh ! )
  • Master Ima @ Master Az Zahra - hanya dipanggil dalam circle Reiki sahaja.
  • eilanur - ini nick name saya sejak saya berumur 11 tahun ! Ia digunakan dalam miRC , dan forum-forum tertentu di dunia maya.

Pada saya, setiap gelaran yang orang panggil akan menggetarkan 'suatu energi' bergantung pada maksud nama tersebut, atau jumlah numerologi ( 1-9 ) nama tersebut, adakah nama itu mengawal kita, atau menyokong kita dsbg.

Untuk tahu lebih lanjut tentang hal ini, boleh lah ikuti kelas Numerologi ya !~


p/s : jangan panggil orang dengan gelaran yang buruk. energi buruk akan tersebar.. dan ia akan menjadi magnet kepada diri anda untuk memanggil 'orang-orang yang buruk' hadir dalam hidup anda. Sila berhati-hati.
(pesanan kepada diri sendiri. Diba tau laaa... )

Friday, March 18, 2011

Day 18 - Plans/dreams/goals you have.

Thanks Hasnah kerana mengupload gambar ini..aku suka A FAMOSA sebab teringatkan percutian kita ni...meletooopp !!!

Dalam setahun, rasanya berkali-kali saya menulis plans / dreams. Ada goal jangka panjang. Dan ada juga goal jangka pendek.

Ini antara impian saya, yang ingin kalian doakan sekali :)
  1. nak kawen. desperado, i wud say. ha ha ha.
  2. bisnes - lebih stabil , n memuaskan diri sendiri ( malas nak hurai panjang2 )
  3. reiki practitioner berjaya
  4. ada kedai dalam shopping complex ( memandangkan ima bloomwood sangat suka shopping complex )
  5. jadi penulis

antara projek yang telah saya padamkan dari hidup saya.
hidup kena ada ubahsuai.


Pagi tadi, saya membina sebuah lagi impian baru. InsyaAllah...saya akan berusaha ke arah itu. nampak macam sukar. tapi, apa salahnya mencabar diri :) Semoga ada dia bersama saya...


ok dah. choww..


sebenarnya, kebelakangan ni agak sibuk sikit.. so memang tulis pun acuh tak acuh. hanya sekadar melengkapkan 30 Days challenge. nanti bila dah free sikit, saya akan edit semula semua post2 sebelum ini, dan letakkan gambar yang ada hasil kerja kertas :)

baru claasssss !!~

Thursday, March 17, 2011

Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why?

Oprah Winfrey or Martha Stewart

Sebab saya suka kerja dia. Suka seni, suka kebolehan dan sikap positif yang ada dalam diri mereka. Saya mengagumi dan sangat teringin untuk jadi seperti itu suatu hari nanti.

Wednesday, March 16, 2011

Day 16 - Another picture of yourself.

Memanglah 30 Days challenge ni suka membuatkan saya sungguh perasantan dan SS.

Letak gambar lagi...sonang yooooo...~

ima.bloomwood suka shopping di Cold Storage The Mall...

Saya suka baju kurung sutera ini. Kerana ia berwarna kuning. tradisional. ceria. over. poyo. Ha ha...

1 lagi gambar poyo saya.. Ouuuhh..SAYA SUKA KAYU.

Tuesday, March 15, 2011

Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.

tak ada ipod. tak ada mp3 jugak. wmp je ada kat pc ni.


put your wmp on shuffle...yeezzzaaa..

Meh pasang jap..

  1. Things i'll never say - Avril Lavigne
  2. Zapin Cinta Asmara - Siti Nurhaliza
  3. Track 3 - Instrumental (muzik masa tengah buat facial / Reiki )
  4. Penjaga Hati - Ari Lasso
  5. Because u loved me - Celine Dion
  6. Makin Aku Cinta - Kris Dayanti & Anang
  7. Mushtaka Lik - Nancy Ajram
  8. Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman
  9. Cuba untuk mengerti - Siti Nurhaliza
  10. I Ka Barra - Your Work ( tak tau lah camana lagu ni boleh ada dalam list.. ???!! )

Kan saya pernah tulis sebelum ni, saya pendengar universal ... semua lagu saya hentam . He he he.... :) :) Cuba tengok list tuuu sekali lagi.. :)

Monday, March 14, 2011

Day 14 - A picture of you and your family.

Acik Najat & Pak Kob - besarkan saya sejak kecik.. yang  ujung sekali tu abah. :)
mak tengah tangkap gambar. he he.

 Keluarga kecik je..
Semua kawan rapat saya adalah keluarga saya.
Keluarga - yang mendidik , menjaga dan menyayangi dengan ikhlas. Terima kasih.
Sayang semua..kalian adalah 'kayu' penunjuk jalan untuk saya..

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently.

Eh, eh.. belum kalah lagi ok.. ape masalah blogger ni ? ke masalah saya ? sebab saya dah scheduled draft untuk 3 hari. Tapi kenapa dia tak auto post ??? gggrrrr...!~

Eha, kiranya aku boleh sambung lagi ke tak ? tak kira lah ... bukan ada panitia pun nak check2 kan ? aku buat ajeee lah. he he..

A letter to someone who has hurt you recently.

Ehm.. siapa ya ? Semua orang baik dengan saya. Alhamdulillah.. Dulu-dulu punya kisah zaman kanak-kanak ribena, zaman sekolah..zaman kolej..adalah yang menyakitkan hati.. Tapi benda lama takkan nak dikenang pulak.. Tak eloknye lah.. alahaai..

Tak pelah, kita buat surat umum je lah :)

Hello kawan,

Saya ada 'perjalanan' hidup saya. Awak pun ada juga 'perjalanan' hidup awak sendiri. Kita berdua tak sama cara dibesarkan, tak sama genetik, tak sama DNA, tak sama semuanya. Walaupun pernah mengikuti aktiviti bersama, tapi rasa yang saya rasa dan awak rasa sebenarnya tak sama. Faham tak ?

Jadi, alangkah indahnya kalau kita hormat menghormati antara satu sama lain. Kalau ada salah, mengaku pada diri sendiri, dan perbaiki. Masing-masing jangan rasa poyo bagus je. Saya sendiri buat silap, dan bantulah saya dengan baik untuk saya perbaiki diri saya. Saya juga akan buat awak begitu.

Hidup ni adil. Kalau awak buat jahat kat saya, sesungguhnya saya memang tak tahu nak balas benda yang sama pada awak. Tapi, Allah akan adili semua itu. So, tunggu dan lihat je lah. Renung-renung lah apa yang jadi dalam hidup awak..kot-kot sebenarnya itu adalah balasan akibat sakitkan hati saya. Hu hu.

(sellfish gile ayat aku nih )

Ok lah, kalau ada dendam antara kita, padam-padamkan lah. Saya minta maaf sebab kadang-kadang saya juga terlalai dari menjadi orang yang baik. Kalau awak baik, pimpinlah saya dengan betul. Niat yang baik, pasti Allah tolong.

Saya sayang semua orang. Saya tak pandai dengki orang. Damai.


Oklah..sekian ayat sadis dari saya. hohoho.

Saturday, March 12, 2011

Day 12 - How you found out about Blog and why you made one.

(satu lagi posting boring dari saya..)

Dulu..masa umur saya 20 /21 tahun ( ooh mudanya saya waktu itu ), lecturer English saya ada suruh buat journal dalam blog. Sumpah ! Saya tak faham langsung pasal blog waktu itu. Dia bagi step by step, jadi saya buat jelah tanpa banyak soal. Rasanya masa tu saya buat cerita pasal permainan congkak kot. Apa nama blog tu pun saya dah tak ingat. Tak kisah lah.

Ha ! Masa zaman friendster kan ada blog kan ? Saya menulis kat situ lah.. Nak kata aktif tu idok ler..tapi boleh laaa...

Selepas itu, saya aktif menulis di blog little-ima. Saya sayang sangat dengan blog itu kerana saya boleh memantau perkembangan saya sendiri melalui cara penulisan saya. Dahulu, saya tidak suka blog saya dibaca orang. Jadi, saya tak kisah bab-bab follower ni. :) Boleh dikatakan, saya berada lama dalam blog, tapi saya tak glamour. Kalau orang lain, mesti dah ada beribu-ribu follower. Ho ho. Ima memang tak pandai mengambil peluang.

Dekat 5 tahun dah bergelumang dengan blog, saya kira-kira sudah hampir 30 blog saya buat. (melampau !)Mana yang tutup, mana yang terabai, mana yang aktif..semua ada. Ha ha.. ape lah nak jadi ima oooi..

Bak kata abah.. nak jadi saintis - tak jadi. Nak meniaga - tak reti. Nak jadi bomoh - pun tak jadi.

Ima.bloomwood memang corot orangnya.

Harap-harap, blog ni boleh lah menaikkan semangat saya untuk jadi MANUSIA Berguna. Ameeen...

Friday, March 11, 2011

Day 11 - Another picture of you and your friends.

Rindu sama Amy..
Budak-budak nakal SKS ..ha ha. Amalina nakal lepas sekolah kot ??

Thursday, March 10, 2011

Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Soalan paling susah. Kot. !~

buat list lebih kurang je lah..
saya mendengar semua lagu. saya seorang universal listener. he he..apa rentak pun OK. biasanya saya suka mendengar lagu yang membakar semangat ( eceh, membakar tu ! ), yang memberi inspirasi . Lagu-lagu yang sedih-sedih ni saya kurang dengar sebab saya tak nak ada negatif energi masuk dalam minda saya.

Oh tidak! saya memilih apa yang saya ingin dengar.

saya suka dengar lagu :-
  • insyaAllah - maher zain
  • life is a climb - miley cyrus
ok. esok2 lah tulis.banyak lagu pun suka.tapi tak tau tajuk.

Wednesday, March 9, 2011

Membuat kad satu terapi

( peringatan : cerita di bawah mungkin membosankan anda. lebih baik jangan baca )

Dek kerana mengejar 30 Days Challenge ni punya pasal, saya terabai pula nak menulis kisah-kisah lain yang sebenarnya terlalu banyak untuk ditulis / dikongsi ( sapa nak baca ? ).. :)

Ahad yang lalu saya telahpun menguatkan tekad untuk bercinta dengan kertas. Ya. Macam satu perjuangan untuk kita memulakan sesuatu perkara. Memikul status anak tunggal bukanlah mudah, terutama dalam situasi melawan kebosanan. Mujurlah ada hobi menggodek kertas.


 i love u kertas. muaah muaah..

Sebelum saya mengenal quilling, saya cuma buat kad-kad biasa. Yang digunting,lipat dan tampal sahaja. Pernah sebelum ini, saya terjebak dalam Clay Art. Beratus-ratus ringgit habis untuk benda-benda ni. Saya tak pernah berkira berapa mahal semua itu, kerana untuk mengatasi kebosanan dan stress bukanlah murah harganya.

Apabila saya stress, otak saya mudah untuk jadi kreatif. Kreatif menyelesaikan masalah, atau paling tidakpun mengatasi kebosanan dalam waktu segera. Jadi, membuat kad adalah cara yang paling tidak membahayakan kesihatan, dan tidak mengganggu orang lain.

Jujurnya, saya tidak pernah plan sebelum buat sesuatu design kad. Saya mulakan dengan apa yang ada. Kemudian, belek-belek warna. Lepas tu gunting apa yang patut. Sedikit demi sedikit, rasa bosan terus hilang kerana saya sudah semakin tenggelam dalam dunia baru.


Semua masalah tiba-tiba seperti dibawa angin. Hilang. Hilang. Yang tinggal bersama saya hanyalah impian dan syok sendiri. Ha ha.

Energi gembira semakin hadir dalam kad-kad saya. Fuuuh..memang best. Orang kata - Fana. Apatah lagi bila kad tu dah siap. Walaupun tak lawa sangat, tapi tetap suka. Tak tahu lah orang lain, tapi bagi saya yang pembuat kad - bila kad dah siap...jadi syok sendiri. Setiap 5 saat nak tengok lagi. Lepas tu belek lagi. 5 saat tengok lagi. Apparraaa.. !~

Blog Kertas dan Cinta ini saya abadikan 'rasa' yang saya alami ketika membuat kad/apa saja art ( yg tak berapa art ). Ia adalah hobi yang menenangkan jiwa saya. Yang memenuhi soul saya.

Kadang-kadang saya rasa, tak ada boyfriend pun tak apa. Jangan tak ada kertas warna. He he he. Sakit hati dengan kertas , tak sampai dalam macam sakit hati dengan boyfriend. Percayalah.

Choww !~~

* i'm not a perfect person .....there's many thing I wish I didn't do ...But I continue learning ...


Day 09 - Something you’re proud of in the past few days.

yeezzaa..!~~ ini diaa...6 jam buat aktiviti gulung menggulung. terasa puas hati saya sebab setelah berbulan-bulan tak menggulung, akhirnya dapat juga saya meluangkan masa untuk kecintaan saya ini :)



Keesokan hari dari membuat semua di atas, jari saya jadi lenguh-lenguh, kaki jadi krem, semua terasa sakit. sebab duduk tak gerak-gerak. Ima.bloomwood sangat ekstrim !

Tuesday, March 8, 2011

Day 08 - Short term goals for this month and why.

Wallaaa...~ short term goals for this month :

  • More quilling :)
  • Sales yang lebih memberangsangkan di kaunter Realelite World
  • Jadi manusia yang lebih tersusun dan terurus
  • Tak emosi. Menyampah dengan diri sendiri kalau emosi lelebih.

Tak semena-semena, 30 Days Challenge saya sudah selari antara entri dan tarikh ! Yezzzaaa !!! tengok-tengok ! Day 8 = 8 March.

Tak sabar nak jawab Day 09 Challenge !!

Day 07 - A picture of someone/something that has a big impact on you.

Someone & Something - big impact on me. Seriously big. Tersurat dan Tersirat.

I do Reiki Healing too.

How i wish i could heal the trauma..

Monday, March 7, 2011

Day 06 - Favorite super hero and why?

Tak pernah wujud soalan ini dalam kotak minda saya.

Challenge hari ini betul-betul buat saya terpaksa flashback semua movie super hero yang pernah saya tengok seumur hidup.

Memandangkan soalan ni tak ada markah, jadi tak kisah lah saya pilih siapa pun kan ?

Eha, Doraemon boleh dikategorikan sebagai superhero ke ? Tak. Tak. saya tak pilih doraemon.Oh, tidak !~! Saya terpaksa menggoogle Superhero List untuk entri ini. Ha Ha. Nampak sangat pengetahuan am saya terlalu cetek. Ha ha.


Ok. Saya suka Iron Man !


Sebab dia poyo. Dan saya suka jalan cerita Iron Man 2. Dia juga handsome. Hikhik.. :)

Kalau saya jadikan ini (gambar di bawah ) sebagai superhero ciptaan saya boleh tak ??? He he..


Menyiapkan budak bereben ni masa tengok Merlin. 1 Jam baru siap !!!


Ok. Chowww~

Sunday, March 6, 2011

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to

Seoul 2008

Day 04 - A habit that you wish you didn’t have.

A habit ?

A only ? uhuk uhuk. i have a lot ! seriously..

( saya berhenti sekejap dari mengemas barang-barang arts , kertas, dan maknenek yang lain untuk menulis blog ini )


A habit that you wish you didn’t have.

ialah -pelupa-. ok. pelupa bukan habit. Tapi saya selalu kalau boleh nak buat semua kerja dalam satu masa. Contohnya, dalam hal mengemas rumah atau ofis. Kemas di bilik tidur, ada kain yang perlu diletakkan dalam bilik kain. Bila dah sampai bilik kain, ternampak ada baju yang perlu di gosok. Boleh tak saya pergi gosok dulu baju berhelai-helai, sampai terlupa yang bilik tidur belum pun habis dikemas.

Lepas tu terasa dahaga, pergi minum air kat dapur. Nampak pinggan belum basuh, terus basuh pinggan tu pulak. Padahal saya memang dah terlupa baju yang dah gosok tu belum gantung di tempat yang sepatutnya lagi. Dan begitulah seterusnya.

Parah. Parah. Fikiran merayau-rayau sampai tak tahu fokus. Apa yang lalu, itu yang dirembat. Macam sekarang ni lah, duk tulis blog..tapi kotak simpan kertas masih berterabur atas lantai.

Ima.bloomwood sangat mengarut dalam hal ini. Selalu - selalu - selalu sangat kena marah. Memang padan lah muka.

Agaknya saya ni tak ada adik beradik kot, sebab tu tak peduli - tak ada siapa nak kacau barang saya. Alamak !

Betul. I wish i didnt have this habit.

* Gambar Kotak Arts saya - akan di post kemudian.

.
.
Keesokan harinya, alahai..tak berapa rajin pulak nak letak gambar kotak ni. cancel lah.

Friday, March 4, 2011

Day 03 - A picture of you and your friends.

Sebenarnya, kena buat 1 hari 1 post je. Tapi, nak ikut Eha lah. Dia start dari 1 Mac, jadi masuk hari ni patut dah ada 5 post. So, kena kejar lah sikit :) Boleh kan kan kan ? Alaaa.bukan ada polis pun nak buat speed trap. Tiada saman ekor di dalam blogger,ok !

Hari ni perlu meletakkan gambar saya dan kawan-kawan.

Kawan-kawan adalah adik beradik saya. Saya sayang semuanya, walaupun jarang-jarang jumpa..saya akan selalu mendoakan mereka. Paling tidak pun LIKE status di Facebook mereka. He he he.

Dulu-dulu, kita misscall misscall , tembak menembak kat handphone sebagai tanda ingatan. Sekarang zaman 4G, zaman YES ( saya tak paham betul Yes tu apa ), makanya kita Like-Like sajalah di facebook. :)

Kawan sejak umur 2tahun hingga sekarang.. :) Kak Cik, Kak Teh, Adik Niza dan Kak Long. Love u all..

eh, dia minta A picture je kan ???
saya ada banyak gambar nak letak.. eeemm..blog ana, ana punye suke lah ( gaya PRamlee )


p/s : jap lagi sambung ! nak siap-siap gi ofis.

5 jam kemudian - OK. sekarang boleh sambung letak gambar..yeezzaaa...


IB, Effy, Eni, Fara  - ada jugak kad yang saya buat untuk effy :)

Fara,IB,Eni, Eha (pemangsa saya )

Kawan Sekolah - Fiza, IB, Finaz, Amalina

Banyak sangat gambar nak letak, nanti blog ini jadi album pulak. Haiyo..gila glamour betul.
Ok. sekian. Till next challenge ~

Day 02 - The meaning behind your Blog name.

Senang je. Recap- recap je dari entri yang sebelum ni. He he he.


Kertas dan Cinta

Kertas
Saya terlalu cintakan kertas. Jika digulung,ia bulat. Seperti hidup. Bila kita picit dan cantum ia jadi bunga. Dan senyuman terukir. Hidup seperti gulungan kertas yang tertulis rahsia yang terbuka. 

Wahai kertas,

saya ingat awak setiap pagi
saya mimpikan awak setiap malam
saya mencitai awak atas alasan sentimental
harap2 awak percayakan saya
saya telah serahkan jiwa saya

Kerana kertas,kawan dan family adalah kecintaan saya. Blog ini sebagai tanda sayang saya.
Cinta
Ada sesiapa tak faham makna Cinta ? memang nak kena tempeleng. He he. :)


Saya berkongsi kecintaan saya terhadap Kertas dan Kayu di sini. Saya bebas menulis apa sahaja berkaitan dengan kertas dan juga Kayu. Kenapa Kayu ? Kerana dari Kayu baru dapat Kertas.

Untuk kisah Kayu - sila lah baca di sini atau disini.


Masih tak faham apa maksud blog saya ? Aduuuh !

Thursday, March 3, 2011

Day 1 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Ok, mari cuba lagi sekali. Hati masih panas setelah post sebelum ini tidak berjaya.. Aiyoyo...


A recent picture of me  - Di Kolam Ikan Arowana, Bukit Merah


Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku menulis ni...fuuuh..buang sakit hati. Fuuuuh..buang rasa bengang..Fuuuuuuhhhh buang negatif..

 15 interesting facts about yourself.
  • menulis dan bekerja menggunakan tangan kanan & kiri
  • mengimpikan sebuah rumah & kedai di Mont Kiara
  • sangat suka bau shopping complex - esp kat area perfume & make up
  • love arts & craft - sebab banyak kayu dan idea yang diluar batasan minda
  • sangat suka makan biskut Luxury cecah White Coffee di Toyota Service Centre
  • massage + facial + hair spa + pedicure  : perkara harus buat setiap bulan. Bakal suami, please Alert,yeah !
  • love travelling and exploring new places
  • kerja yang dibuat setiap hari adalah berpandukan List To Do yang telah dibuat.
  • otak saya seperti ada peta Malaysia, saya jarang risau untuk pergi ke tempat baru dan akan balik ke rumah dengan selamatnya ( asalkan minyak kereta penuh ,ok )
  • selalu SS dan membayangkan saya ialah penulis terkenal. Ha ha.
  • saya cuma bertahan tinggal di Malaysia kerana makanannya yang sedap sahaja.
  • hari-hari menanam azam untuk lebih rajin & bangun Awal Pagi. ( hampir 10 tahun,tak pernah menjadi ! )
  • tak boleh tahan tengok buku-buku di MPH. Rasa nak beli semua. Rak Self Help & New Age selalu menjadi tempat saya melepak berjam-jam
  • hanya membeli perfume di Airport / Duty Free sahaja

Ternyata, apa yang saya tulis di entri ini, tak sama dengan entri yang dah hilang sebelum ini. Entri ini kurang merapu, kurang emosional, dan kurang poyo.

Macam makan nasi + sayur kobis masak lemak , tapi tak ada sambal belacan.

Sila imagine sekarang,ya !

Ha ha ha..

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.


Sebenarnya saya telah menulis tersangatlah panjang untuk entri ini, bila dah post, jadi KOSONG. saya sungguh bijak kerana tak save dulu.

uwwwaaaa !!!!~~ blogger sungguh kurang asaaaaammmmm !~

perah otak nak tulis, camni pulak jadi.. memang terChallenge sungguh kesabaranku..

30 Day Challenge of Kertas dan Cinta

Eha ! Sesungguhnya kau memang mengenakan aku. Tapi disebabkan aku asik termimpi-mimpi ayat kau iaitu " ima--> sile start! sepatutnya blogger mmg kene wat menda ni supaye cargass sket ", maka aku pun OK je lah !

Aku akan cuba sehabis boleh untuk menyahut challenge 30 hari ini tanpa mengabaikan kisah KERTAS dan CINTA. Tak mau lari topik. He he he.. Janjiku pada diriku. Hekhekhek.. Walaupun blog ini sungguh tak glamour, aku akan terus menulis sebab aku MAHU.

MAHU itu keputusannya dari HATI. :)

Mungkin ada baiknya juga saya menyahut cabaran 30 hari langsing jari ini ! Chaiyok ima-bloomwood !!! Nanti saya akan link jawapan pada setiap hari di bawah bila dah siap. ok... ~

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Day 02 - The meaning behind your Blog name.

Day 03 - A picture of you and your friends.

Day 04 - A habit that you wish you didn’t have.

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to.

Day 06 - Favorite super hero and why?

Day 07 - A picture of someone/something that has a big impact on you.

Day 08 - Short term goals for this month and why.

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days.

Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Day 11 - Another picture of you and your friends.

Day 12 - How you found out about Blog and why you made one.

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently.

Day 14 - A picture of you and your family.

Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.

Day 16 - Another picture of yourself.

Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why?

Day 18 - Plans/dreams/goals you have.

Day 19 - Nicknames you have; why do you have them?

Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future.

Day 21 - A picture of something that makes you happy.

Day 22 - What makes you different from everyone else?

Day 23 - Something you crave for a lot.

Day 24 - A letter to your parents.

Day 25 - What I would find in your bag?

Day 26 - What you think about your friends?

Day 27 - Why are you doing this 30 day challenge?

Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29 - In this past month, what have you learned.

Day 30 - Who are you?



Fuuhh ! Ima-bloomwood , silakan bersedia menyinsing lengan. ( Aku rasa nak nanges ni, ehaaaaaa !!!~~~ )


Kertas berharga - Beyond the Law of Attraction

Kertas yang bertulis - dirapi cantik - mempunyai cover yang menarik - kertas yang berkualiti - sangatlah berjaya mencuit hati saya untuk rasa GEMBIRA.

Buku adalah sumber maklumat. Eh, semua orang pun tahu :) Dikatakan, semua buku mengandungi ilmu yang berharga , bezanya cuma cara penyampaiannya samada boring atau tidak. Kan, Kan, Kan ? Saya tersangat geram bila tajuk buku itu sangat best tapi bila tengok penyusunannya ...alahai... takde kekuatan sungguh nak baca. Kedekut perenggan !

Saya ada buku baru. Oh, ima-bloomwood sangat pantang tengok kedai buku. MPH sungguh menggiurkan !!! Rasa nak ada rumah macam MPH sebijik. ( berangan ima, berangan ~ ).

Setelah mengikut dan membaca berulang kali BUKU THE SECRET, saya rasa boleh juga beli buku Beyond the Law of Attraction ni. Untuk memberi inspirasi baru, mengingat-ingatkan ilmu yang dah terlupa, dan refresh mood :)



Fuuuhh...percayalah..seusai saya membayar untuk buku ini, saya rasa nak lompat-lompat kegumbiraan kerana ada buku baru ! Tak sama FEEL beli buku baru, dengan Majalah baru. Weee !~ Wee !!

Jika anda tidak pernah berminat untuk baca buku  @ tak pernah mempunyai hobi baca buku, saya sungguh sungguh kasihankan anda.  Bacalah ! Guru Besar sekolah rendah saya cakap...bawalah buku ke mana saja anda pergi. Bawa je - baca tak baca, lain kira.

Didikan dari kecil untuk cintakan buku tersemat di hati saya. Terima kasih mak, abah, dan Cikgu Azahari.