Sunday, January 30, 2011

Kayu cinta

Masa tulis tajuk ni, kayu cinta. saya terfikir, eh eh..kenapa orang tulis 'main kayu tiga'. kenapa tak 'main besi tiga?'

Kenapa mesti kayu ?

*********************************************************************

Saya suka kayu. Rumah kayu, pintu kayu, pensel kayu, hissh..apa saja berkaitan kayu, saya suka. Saya idamkan sebuah rumah kayu yang cantik dan seni. Dan diatas kayu itu, saya akan tampal semua kerja-kerja kertas saya. Oh..indahnya bayangan itu. Perfect !


Kertas terhasil dari Kayu. Dalam numerologi, kayu (4) merujuk kepada ilmu dan pengalaman. Hala tuju dan arah. Kita menulis arah tuju di atas kertas. Buat proposal bisnes atas kertas. Buat to do list atas kertas. Buat senarai beli barang dapur atas kertas. Bagi saya, menulis di atas kertas adalah sesuatu yang seksi !

Oh, ada juga yang menulis di atas kertas tisu. Terutama bila melepak di kedai mamak. Mulut pot-pet tak berhenti, tangan pula gatal nak menconteng. Tisulah yang jadi mangsa. Menulis atas tisu, bagi saya adalah Obsesi !

Ada pembaris kayu yang panjang. Ingat tak ? Kayu itu juga dijadikan pengukur. Saya selalu mengukur kehidupan saya. Adakalanya, pembaris saya terlalu pendek untuk mengukur kertas kehidupan yang panjang dan lebar. Adakalanya,hidup saya tidak berganjak langsung dan sentiasa berada di dalam pembaris yang pendek. Manusia menilai mengikut pembaris yang berbeza-beza. Pandangannya tak sama. Jadi,selalu-selalulah cari ilmu dan pengalaman, supaya pembaris kita bertambah panjang dan tepat.

Sekarang, saya mahu beli satu pembaris baru. Shhh..rahsia... ia perlu ditempah terlebih dahulu. Custom made. :)

Sebenarnya, entri ni tak ada kena mengena pun dengan kayu cinta. Apelah ima !



No comments:

Post a Comment