Showing posts with label Aura. Show all posts
Showing posts with label Aura. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Tonsilitis di bulan Ramadhan


Ramadhan bulan yang bertemakan " menahan ". Tapi tekak ima tak boleh tahan bila badan tak cukup air. Dan akhirnya menjerit " oooooi timah ! minumlah air banyak-banyaaakkk !!" ... Kah kah kah.

Saya pula sungguh pekak tak reti bahasa. Masih minum air sekadar membasahkan tekak.

Tonsil sudah tak boleh ber"tahan" = ber"puasa".. sebab kalau tonsil itu berpuasa, tak ada faedahnya pada tubuh saya. Malah dia pasti berdosa kerana tak menjalankan amanah yg diberi Allah. Errr...

Hah ! Sampai macam tu sekali !

Ni ape kes cerita tonsilitis nih... nasib lah. Ini je yang buat saya semangat untuk menulis. Wakaka.

Pertama sekali, tonsil bukanlah benda comel yang tergantung-gantung kat dalam gua mulut itu. Ia sebenarnya berada di tepi kiri dan kanan dalam mulut. Eh, jap. Faham tak ni ?

Cuba tengok gambar tu...

Ha, sekarang dah nampak kan ! Yang tergantung tu nama canggihnya uvula. Rasanya doktor ape pun kat Malaysia ni tak penah sebut Uvula. Hikhikhik.

Bengkak tonsil ( swollen tonsils ) itu lah yang buat saya menghadapi kesukaran untuk menelan air liur. Sakit kepala, berkahak tapi tak leh kuar. Kalau keluar pun sakit laaaaa. Part paling tak boleh tahan ialah, air liur berkumpul dengan sangat banyak dan cepat ( massive and rapid. Ecceeehh !! ) , kejap-kejap nak pergi meludah. Rasa macam geli pulak nak telan kan.. Hish. sudah ima. Sudah !

Antara simptom lain bengkak tonsil ialah leher terasa kejung, sakit leher dan sakit kepala. Hey ! Tak lupa juga...bila nak telan air, kena tekap kedua-dua telinga sebab sudah melarat jadi sakit telinga. Terasa kebas-kebas dek menahan sakit. Padan muka aku. Siapa suruh lambat jumpa doktor.

Doktor Effy & Doktor Mariam pasti terasa mahu belasah saya. Haha.

Oh, lupa nak cerita. Tonsil berada di kawasan Throat Chakra ( Chakra Biru ). Perkaitannya ialah , apabila kekurangan air ( aura biru ), tubuh akan mengalami 'pemanasan global'.( Haha). Bila badan menjadi terlalu panas, kawasan biru akan menjadi sasaran utk berlakunya 'peperangan' dan penyerangan antibodi.

Lalu, bila sistem imun melemah - batuk, selsema, kelesuan badan dan demam akan mula menunjukkan kelibat.

Ada faham ka ni? hai yaaaa...

Penyelesaian termudah ialah - terus ke klinik, dan mengadulah pada doktor.

" Doktor, semua dah tak kena. Puncanya sakit tekak. Lepas tu baru jadi yang lain-lain "

Maka si doktor akan menyuluh mulut kita yang sungguh misteri itu ( tolonglah kumur-kumur sebelum jumpa doktor, malu kot kalau ada sisa udang cili api celah gigi. haha! ). Dan.....

walaaaaaa....~

" Tonsil bengkak. Nanti saya akan bagi ubat bla bla bla bla bla... ...... " doktor itu sungguh kurang asam. Sudahlah saya sedang mengalami kecelaruan minda, dia pulak boleh cakap laju-laju. Memang tak masuk otak lah.

Yang penting, antibiotik !

Bila dah tak boleh telan air liur jangan gedik lah nak layan homeopati ke ape. Memang lambat lah baik ! Selamba je makan 'dadah'.

Esok-esok boleh makan ubat no 10 ( homeopati) untuk buang 'dadah' dalam badan.

okay !

moral of the story ?
Pertama - Sila minum air sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan.

kedua - tonsilitis tidak begitu menggembirakan.




Babai.
bebel with love.
Ima


Tuesday, May 1, 2012

Masih ada dalam hati... !


Ketika saya mencari gambar ini, jiwa saya diruntun kesedihan. Sepertinya dia masih ada. Sepertinya saya baru sahaja bergurau senda dengannya semalam ! Sejak pemergian abadi MakNdak, tiada setitis pun air mata jatuh di pipi saya. Bila melihat mak asyik terkenang-kenang kakaknya...saya tidak rasa apa-apa. Ketika tubuhnya yang kaku itu dicium ahli keluarga untuk terakhir kali, saya hanya melihat mereka menangis. Tiada setitis air mata dipipi saya. Tiada. Fikir saya - saya telah Redha sepenuhnya. Jiwa saya tenang. Redha kah itu namanya ? Atau mungkinkah saya degil untuk percaya bahawa makndak sudah tiada ?

Semenjak hari pertama bertemu MakNdak selepas berita menghidap kanser itu, saya membuka hati saya luas-luas untuk sentiasa bersamanya. Sentiasa memberi healing untuknya. Inilah cabaran saya sekali lagi...sebagai Reiki Healer. Saya masih terkenang rupa payudara arwah MakLong yang membuak-buak kansernya. Tapi tika itu saya masih kecil ! Saya tiada ilmu. Saya tidak tahu apa-apa.

Jadi, saya mahu sedaya upaya membantu makndak menghadapi kesakitan ini. Saya mahu makndak sembuh. Semua orang fikir dia akan sihat.. tapi hari ini...dia sudah tiada..Kata mak, Kanser ni seperti sudah ada tempoh dan tahu tarikh kematiannya. Saya setuju, tapi saya juga mahu melawan. Kerana banyak bacaan saya ketika membuat tesis dahulu- kanser boleh pulih. Ramai yang pulih, ada banyak rawatan alternatif. Boleh dengar muzik hipnosis, boleh buat reiki, boleh akupuntur, boleh mindpower..macam-macam rawatan ada. Jangan mengalah.

Tapi makndak sudah tiada..


Mak selalu ingat-ingatkan saya...MakNdak dulu jaga saya ketika saya masih bayi. Saya cukup nakal kerana hanya mahu tidur atas kaki makndak yang melunjur. Sampai kebas kakinya...makndak beri saya makan...

MakNdak cuma bersekolah hingga darjah 6. Berkorban demi adik beradik yang lain - kerana keluarga kami miskin. Bila mak dan adik beradik balik dari sekolah, makndak sudah siap masak untuk semua. Kain baju sudah habis di basuh. 

Teringat saya makndak juga punya rambut yang cantik ketika muda-muda. Dia suka warna merah. Ketika saya umur 12 tahun, saya suka buka almari di kampung dan cuba-cuba pakai kebaya merah makndak. Tapi bila saya pakai..tak cantik. Sebab belum ada body. ;). Sekarang, tak payah cuba lagi, confirm tak muat sebab body dah berlebih-lebih. 

Saya sempat menghabiskan waktu hampir dua minggu untuk merawat makndak. Saya urut badan makndak... banyak cerita yang sempat kami sembang dalam bilik terapi.. Saya cuma mahu makndak ketawa dan lupakan kesakitannya. Kerana ketawa akan memecah energi negatif pada aura tubuh, akan membuang semua kesakitan. Saya mandikan makndak dengan Ultrasonic Bubble Bath... Saya Reiki makndak. Saya buang trauma makndak... Saya buat apa yang saya tahu..dan saya mampu. Segala penyembuhan saya serahkan pada Allah yang Maha Pengasih.

Subhanallah. Terima kasih MakNdak..kerana memberi Timah peluang untuk menimba pengalaman berharga. Detik bahagia bersama...akan Timah ingat sampai bila-bila.

Setiap kali saya terasa MakNdak kesakitan dan mengharapkan saya disisinya..saya akan segera lakukan Reiki Jarak Jauh. Mudah-mudahan, berkuranganlah sakitnya.. Saya hanya mampu berdoa agar Allah mengurangkan kesakitannya. 

Beruntunglah MakNdak kerana bertegas untuk menjadikan anaknya al-hafidz. Hafiz anak tunggal sama seperti saya. Kehilangan ummi adalah kehilangan terbesar dalam hidup. Tapi Hafiz tabah. Hafiz cekal. Saya tak pernah jumpa anak lelaki yang menyayangi dan menunjukkan sayang pada ibu seperti Hafiz buat. Teruskan berdoa untuk ummi, ya... Hafiz.!

Hari ini sudah cukup 16 hari kami sekeluarga kehilangan bidadari syurga. MakNdak mengajar anak-anak jirannya mengaji Quran sama seperti atuk Husin ajar. Sayangnya pada anak-anak kecil mengatasi segalanya. Bila budak-budak sudah berada di luar pintu rumah, tetapi dia masih belum solat Zuhur...katanya dia tak dapat solat dengan kusyuk kerana risau anak-anak itu diculik. Hebatnya MakNdak !


Tangan saya sudah tidak mampu untuk menaip lagi.
Hati saya semakin tebal sebaknya.

Sebenarnya saya mahu bercerita tentang hikmah dan pengajaran besar yang saya dapat dari kehilangan MakNdak. Tapi, untuk bercerita kisah ketika hidupnya saja sudah begitu panjang...Dan saya tidak mampu untuk teruskan lagi. 

Alfatihah & Yassin .


* Sejak berita MakNdak menghembuskan nafas terakhir hingga sekarang...saya masih enggan mengalirkan air mata.... Ketika kucupan terakhir itu, saya bisik di telinganya..." Mak Ndak, terima kasih jaga Timah.. Timah sayang Mak Ndak ".



 
 

Sunday, December 11, 2011

Day 1 : 10 Days Challenge

Hasnah telah tag Ima Zahra untuk melakukan 10Days Challenge ini. Dia tag Eha jugak, tapi rasanya macam Eha tak mampu je nak buat. hahaha. kejam tak ?

Betul cakap Hasnah, ni macam dah buat masa 30Days Challenge hari tu... tak apa lah ulang lagi. Kot-kot berfaedah,mana lah tahu. Seperti yang saya cakap dulu - dulu, ianya seperti revision terhadap diri sendiri. Jadi, kalau anda suka- sila baca. Kalau anda tak suka, sila close tab. Terima Kasih. ;)

Perlu jawab ---> 10 Days Challenge :-

day one : 10 things about me

day two : 10 things I love

day three : 10 things I hate

day four : 10 things I want to say to one person

day five : 10 wishes

day six : 10 items I can’t live without

day seven : 10 important people

day eight : 10 of my favourite songs


Day1 : 10 Things about me 

Okay, saya jawab ikut Numerologi ya ! Tarikh lahir 18-01-1985
  1. Elemen : Logam
  2. Perancang yang baik, teratur dan boleh memimpin tapi kurang dari segi pelaksanaan 
  3. Percaya pada prinsip diri sendiri dengan kuat
  4. Suka berkongsi pendapat atau bercakap, dicemburui ( eh, korang jeles ngan i ke? haha ), menarik pengkritik tanpa disedari ( biasalah orang follow blog tapi dendiam mengata belakang,kan...?)
  5. Bijak mengurus dan melakukan pelaburan yang akan berjaya. Hasil dinikmati oleh diri sendiri dan keluarga (feewwit )
  6. Sangat suka bantu dan menjaga orang ( oh, bergantung juga )
  7. Sukakan seni dan muzik ( obviosly kenapa blog ini ditubuhkan ! )
  8. Boleh mengawal elemen kayu. ( sila rujuk label "Kayu" dalam blog ini ;)  )
  9. Tahun 2011- ialah tahun PERUBAHAN untuk saya.
  10. Warna Aura : Hijau-Kuning

Okay ! Jumpa esok !