Showing posts with label Unique Notebook. Show all posts
Showing posts with label Unique Notebook. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Cabaran menjadi anak tunggal





Cabaran menjadi anak tunggal...ialah survival ;


  • maka, saya mempersiapkan diri untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan bertekad belajar Reiki dan lain-lain ilmu self healing. saya suka baca dan ke kursus membina diri supaya sbg bekalan di hari 'jatuh' saya.
  • dan berusaha untuk menghafal peta, jalan,dan membaca seberapa banyak signage yg ada diatas jalan raya supaya mudah untuk saya ke sana sini untuk berurusan tanpa mengharap bantuan org lain.
  • belajar dan terus belajar photoshop utk memudahkan bisnes saya. dulu sampai menangis sbb geram belajar pshop xdapat2. hehe. hingga hari ini, saya cuba dan terus cuba, dan sy tahu layer2 dlm pshop sy sungguh mengarut. tapi yg penting hasilnya ok. hehehe
  • disebabkan minat sgt pada kertas, saya google dan akhirnya bertemu quilling. sejak hari itu, saya belajar sendiri melalui tutorial di dalam blog, google dan terus google untuk menambah ilmu seni ;) dan hasil quilling saya masih jauh ketinggalan hasilnya berbanding otai yg lain ..
  • pesan atuk, utk ada kemahiran dalam hidup. samada menjahit, mengurut, memasak atau apa saja. orang begini, jika dicampak ke dunia mana sekali pun.. boleh hidup, insyaAllah.
  • dan, jangan sesekali berhasad dengki dengan kejayaan orang. atuk pesan, mesti terus belajar dan pelbagaikan skill dalam banyak bidang. walaupun perempuan, mesti pandai bertukang, mesti pandai buat kerja lelaki. 
  • kemahiran untuk hidup harus diperbaiki dari hari ke hari.



* sekian bebelan hari ini *

Tuesday, February 12, 2013

Positive Emporium di Publika

Malam tadi, ada special review Postive Emporium di Berita TV3. Rasa sungguh berbangga sebab kedai ni milik orang Melayu dan ideanya yang sangat unik.

Kalau lah Ima tak ada kerja dan tak ada bisnes sendiri, Ima rasa mungkin... er..mungkin Ima akan apply kerja kat kedai ni. Sebab sangat jatuh cinta dan memang inilah kedai idaman Ima. Hm.. wish i can have 1 like this shop. ;)

Baiklah, sementara impian Ima jadi kenyataan tu... apa kata korang pergi ke Positive Emporium kat Publica. Area Jalan Duta .


Positive Emporium 

Positive Emporium turns inspirational and motivational quotes into an artful mix of design and concept. These unique merchandise are great gifts for various occasions such as birthdays, weddings, farewells or just to friends and family.

Description :
Positive Emporium has come up with an artful concept design using inspiration motivation quotes and phrases.
This unique gift ideas can be for a personal gift occasion, a wedding gift, farewell or a birthday gift for a special friends, family members, your boss or even to yourself.


Sila datang beramai-ramai dan membeli belah di sana. Bawa duit lebih / credit card ya ! :p
Kalau tak nanti rasa menyesal tak beli barang yg ada kat situ. Sebab sangat best dan unik.









I just fall in love with Positive Emporium
Semoga perniagaannya maju dan terus sukses...

Yang ikhlas menge'share'
Ima Zahra


Saturday, January 19, 2013

Berapa Harga Quilling Wedding Guest Book ?

Jujurnya, Ima Zahra masih terlalu baru dan jarang praktis quilling wedding guest book berbanding otai-otai yang lain. Tak pernah terfikir untuk buat benda ni sehinggalah kawan sendiri kahwin, dan Ima tak ada idea nak bagi hadiah apa. Instead of bagi pinggan mangkuk atau lampu tidur atau kipas angin atau seterika atau frame atau baju tidur ( erkkk ).. apa kata kalau Ima hadiahkan guest book yang Ima design sendiri ? Kononnya adalah unsur sentimental di situ kan.. Haha.


Apa pun, budaya guest book ini Ima rasa cuma boleh diplikasikan jika kita buat majlis kahwin di dewan. Atau paling tidak pun, mesti ada satu area yang comel, bukan dibawah panas terik dan selesa untuk tetamu menulis.


Tak sangka ramai yang suka dengan hasil kerja Ima.Alhamdulillah..seronok bila ada orang boleh faham seni kertas ni. Sebenarnya, part menggulung itu mudah - tapi makan masa sebab kena gulung satu-satu strip kertas tu. Lagi banyak bunga / daun  / details pada design itu makanya masa yang diambil juga makin banyak. Makanya kebas-kebas kaki dan punggung akan berlaku beberapa kali kerana menekun dengan penuh rasa cinta. Ha ha. ( Ima ter-hiperbola.Sorry )


The most crucial part ( eceehh crucial konon ) ialah mencari Idea dan menggabungkan warna. Serius. Bukanlah mudah macam masak maggi... percaya tak masak maggi pun susah jugak kalau kita malas.  Ha ha. Ni ape cerita maggi pulak ni. Ups. Ok. Tanyalah Diba ( erk ? macam lah korang kenal.. he he..) berapa lama Ima mengacu kertas untuk dapatkan tekstur kertas & warna yang sesuai ? Huuu...Kena ikut tema wedding dan biasanya Ima akan tengok nama pengantin sebelum mencari idea. Kadang-kadang bila kita tengok nama pengantin tu, kita macam boleh 'rasa' energi pengantin tu camana. Agak-agak dia suka tak design camni..atau camtu..atau camni.. Ahh...!~ Tiba-tiba dah 40 minit masa terhabis hanya utk pilih warna kertas je ! Haiyooo.. Still loooonngggg way to go ...

Atau,..mungkin Ima yang lembab kot ?Haha..
( Masih bertatih la katakaaan.. )

Yang penting, buku siap on time !

Buku Wedding Guest Book tu Ima beli siap di kedai, cuma perlu decorate di luar sahaja. Biasanya Ima akan pilih yang isi dalamnya tidak bergaris dan hanya ada corak supaya orang senang nak tulis dengan gaya bebas.


Kalau buat buku sendiri , handbound book - yang pertamanya Ima tak belajar lagi camana nak buat. Dan yang keduanya, kalau boleh buat pasti makan masa . Ima ada bisnes untuk ditengok setiap hari...jadi masa yg ada tak lah banyak sangat untuk kerja-kerja art. Buat ni sekadar hobi dan suka-suka saja. Sebab Ima memang dilahirkan untuk bercinta dengan kertas . ( Oh, ayat hiperbola lagi ! )

Bila ditanya tentang harga sebuah wedding guest book, Ima agak sukar menjawab. Sebab bergantung kepada design dan jenis material yang Ima guna. Biasanya untuk hasil paling minima tapi masih dipandang gojes, insyaAllah harganya sekitar RM 120 -150. Jika lebih special dan lebih halus buatannya..pasti lebih sikit harganya :) Sebab harga buku pun sekitar RM30++. Ima pilih buku yang berkualiti, tebal dan tak mudah koyak. Jadi boleh lah simpan hingga ke anak cucu piut oneng dot dot dot... 

Wedding Guest Book yang sedang disiapkan ..
Penghantaran Ima akan hantar pakai ABX Courier, Skynet atau Poslaju. Bergantung pada alamat yang diberi. So kena allocate 3 hari bekerja untuk penghantaran. Ima akan bungkus buku tu sebaik-baiknya supaya abang-abang despatch tu tak berpeluang langsung menghancurkan kerja menggulung ima yang berhari-hari tu.. huuuu.. menangis laaa kalau buku rosak kan ! Jadi, kena pastikan packaging dibuat dengan sangat teliti . So dont worry maaaa ~ ;)

Sila emel ke fahimah_aqilah@hotmail.com @ whatsapp 013-6010704 kalau berminat nak order. Boleh bagi tarikh kahwin / nak letak tarikh atas buku atau tak / nama pengantin / tema design ( banyak bunga / banyak daun / ada rama-rama / ada burung / apa saja idea yang ada dlm bayangan anda..) / warna yang dipilih.

InsyaAllah kita boleh bincang-bincang untuk lebih lanjut yea.. !

Apapun, Selamat Pengantin Baru in advance utk bakal pengantin yang baca post ni.. Jaga diri dan jaga kesihatan selalu yea. Kalau nak seri muka , boleh pakai minyak penyeri wajah . Ramai pengantin pakai lepas mekap untuk tambah seri dan bagi tenaga yang secukupnya untuk senyum depan tetamu sampai majlis habis ! Auuuwww ~  :))


Wedding Guest Book - order dari Dr Mariam untuk sahabatnya
Purple & Pink Beauty

Quill with Love,
Ima Zahra

Monday, February 6, 2012

Eh, Jusco pun ada jual buku nota cantik-cantik laaa...


Sabtu lepas sempena Maulidul Rasul yang lepas, Ima Zahra dan kanak-kanak riang menyempatkan diri menjejak One Utama. Parking penuh !!!! Berpusing-pusing dengan penuh kesabaran cari parking. Si Diba pulak dah sedang menahan perutnya yang berkeroncong. Ummi & Angah tak taulah ape yang dorang fikir. Asal nak enjoy je kot??

Patut kita berjalan-jalan sambil selawat hari tu,kan ? Huhu. Tema baju kurung berjubah tu... Tak tahan !

Tiba-tiba ternampak fail-fail dan buku nota yang sangat cute dan mesra alam di Jusco. Waaa...tak payah pergi MPH lagi ! Setakat excited & take note je lah Jusco ada jual buku nota yang unik. Tak beli pun..sebab baru je beli buku nota kat Gramedia Jogjakarta hari tu.


Oh, bagi sesiapa yang mencari kedai kraf/kertas quilling/kertas untuk scrap book, clay dan semua mak nenek kraf, boleh lah ke Craft Haven di One Utama. Errr..tak ingatlah alamatnya..tapi sama area dengan McDonalds laaa.. Okay ! Jangan lupa bawa duit lebih..sebab anda akan pengsan di sana kerana teruja mahu membeli kedai itu. ha ha ha..

Itu saja perkongsian untuk hari ini.. Waaah.. dah macam host tv pulak.

Babai.

Saturday, January 7, 2012

Buku Nota untuk diconteng...masih kosong..hehe


La la la la... buku nota ini dibeli untuk menconteng idea. Tapi masih kosong.. Ups, bukan tiada idea tapi sibuk menconteng di kertas A4 terpakai.

Korang ada tak perangai sayang nak guna buku kosong sebab masih cantik ?? Hu hu. Jika ada, sila senyum sambil menyanyi dalam hati..." kita serupaaaa " :)

Baguskan buku tu... ada kata-kata keramat di dalam. He he.


" It's not enough that we do our best, sometimes we have to do what's required."

Err..moral of the story ?? Jangan nak bajet best sangat sampai menyibuk-nyibuk nak buat benda yang tak sepatutnya dibuat... Tu namanya men'capub'. Apa itu ? Mencari Publisiti . Okay ? Sekian pelajaran sekolah menengah.

Babai.

p/s : buku-buku berhikmah ini biasanya mudah di dapati di MPH.

Tuesday, December 27, 2011

Before 2011 Ends.....,

Yup.
2011 bukanlah tahun yang cemerlang buat saya.
Banyak impian yang masih lagi 'on progress'..
Pengalaman telah dikutip.
Ada yang ambil, ada yang terbuang, ada yang terlalai..
Ima Zahra lemah orangnya..
masih banyak perlu diperbaiki dengan bersungguh-sungguh
tapi saya memang tak tahu malu
tetap mahu berharap
akan ada pakej-pakej istimewa dan menarik
untuk saya di 2012 / 1433
juga untuk kalian semua.
Mudah-mudahan.

dari buku nota yang cute ;)

Friday, December 23, 2011

My Notebook collections



Sebahagian koleksi buku nota yang sudah diguna dan belum diguna. :)
 I love them all..
Sesetengahnya menyimpan suka dan duka...


my passion


Sunday, December 18, 2011

Buku Nota baru 2012

Tujuan utama ke MPH ialah untuk membeli buku nota 'bodoh' yang mahal, brand a.e.i.o.u. Entah brand ini dari mana , tapi hanya secebis idea dan diperbaharui dengan gaya lebih moden - ternyata ia betul-betul menambat jiwa saya untuk membeli.

Itulah inovatif.

Dan buku nota sekarang sudah lebih canggih kulitnya, kerana dihiasi dengan kata-kata positif, motivasi, perangsang yang membuat kita mahu memilikinya. Buku nota kecil yang mungkin dahulu harganya cuma 60sen, kini sudah boleh dijual dengan harga RM6 ! Dengan saiz yang sama, tapi kulit dan gayanya berbeza.

Jadi, nak cakap apa ? Duit makin kecil atau keinginan yang melampau-lampau ?

Hemm.. saya fikir, jawapannya yang no2 itu. Oh! :(
Tapi memang buku nota kecil harga 60sen sudah tidak wujud lagi di Malaysia !
Oh, ima - alasan itu ! alasan !



Buku nota yang telah berjaya mengikut saya pulang hari ini ialah :-

  1. Buku Effort (hijau pucuk pisang ) -- kertas kosong, tiada garisan. Jadi, bebas untuk menulis, melukis dan selebihnya mencakar.
  2. Buku nota kecil putih -- bertulis " sometimes you will never know the true value of A MOMENT until it becomes A MEMORY " 
  3. Buku nota kecil coklat -- bertulis " Keep it simple "
  4. Buku nota 'bodoh' yang mahal ( A5 Scout Book ) -- dalamnya kertas kosong, tapi sungguh seronok untuk menulis di dalamnya !
Semoga buku-buku ini akan menjadi teman saya untuk melakar kejayaan 2012. Cukuplah 2011 yang tidak berapa berjaya ini sebagai iktibar. Bangunlah Ima Zahra ! :)


Oh ya ! Saya mengimbas semula buku nota kecil saya di awal 2011. Di dalamnya ada tertulis " Nak handbag Baru !!!! ". Saya menulisnya ketika dalam majlis Retreat & Recharge Reiki.

Sungguh tak kusangka, tahun ini saya memang banyak beli beg ! Banyak ! Kadang-kadang perkara yang kita main-main tu mudah sekali menjadi kenyataan tanpa kita sedari. Bersyukurlah. ;)

Beg terakhir 2011