Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Thursday, February 1, 2018

Surprise Birthday, Candy Buffet & Chocolate Fountain - Kuala Lumpur

Syukur alhamdulillah..
2018 bermula dengan sangat baik sekali. Ima.Bloomwood makin mendapat kepercayaan dari pelanggan tersayang.

Selain hamper, kami juga menyediakan Pakej Surprise Birthday Party, Candy Buffet & Chocolate Fountain untuk kawasan KL & Lembah Klang. Kawasan jauh-jauh sikit seperti Bangsar, Kepong, Ukay Perdana, Petaling Jaya kita cover juga, tapi ada beberapa requirement yg perlu dipenuhi lah.

Minimum Pakej untuk Candy Buffet & Chocolate Fountain ialah RM 500

Kita juga provide servis untuk Chocolate Fountain Party di pejabat / rumah / mana-mana shj untuk 10-50 pax. Kalau anda nak buat simple party, teringin nak makan coklat & marshamallow... just wasap je Ima. InsyaAllah kita adjust slot untuk anda.

Okay lah.. ima belanja gambar-gambar untuk tatapan anda.
Jom kita sama-sama jadikan party anda satu kenyataan... Decor ikut tema-tema tertentu pun ima boleh adjust, tapi bagitau lah awal sikit..senang nak buat preparation.

Candy Buffet for Wedding in KL

Candy Buffet Setup for Birthday Party Kuala Lumpur - Pink Theme

Chocolate Fountain & Candy Buffet for Wedding - Kuala Lumpur - Blue Themed

Bithday Backdrop, Decoration & Balloons - Blue Theme

Simple Celebration - Flower box & Balloons - Black & White Themed

Candy Buffet for Aqiqah. Lots of food @ Dewan Perdana Indera, Gombak

Click for better view


BERMINAT ? APA YANG PERLU ANDA BUAT ?

Whatsapp kami : Ima.Bloomwood


Berikan details ini siap-siap..

Nama tuan/cikpuan : 
Nama Majlis :-
Cadangan tarikh & Masa :-
Cadangan Tempat :-
Cadangan Tema / Color :-

Request :-
( apa yg anda terbayang dlm minda / 
gambar2 yg anda survey)


It's okay kalau belum ada semua details, just isi mana yg ada je.. sebab Ima nak check date & availability dulu


Terima Kasih !
See You Soon !!!<3



Monday, February 3, 2014

A review of M Boutique Hotel, Ipoh

Jika anda sedang mencari-cari sebuah percutian singkat yang mahu dijadikan memori kekal seumur hidup, Ima sarankan anda menghabiskan waktu di M Boutique Hotel.

Intro :


Pada asalnya, Ima & the Petites ( Diba, Ummi & Angah ) nak ke Cameron Highlands. Tapi kami terpaksa menukar program last minute sebab tak dapat cuti panjang. Di kesempatan yg jarang-jarang berlaku ini, saya ajak Dr Mariam & sepupunya juga untuk bercuti.

Kali terakhir Ima berfoya dgn Yam ialah semasa kunjungan ke Universal Studio, Singapore 3 tahun lalu.

Kami memulakan pemanduan ke Ipoh hari Sabtu 18 Januari 2014, pukul 3.30 petang. Agak lewat sebab saya kerja half-day. Highway Utara-Selatan agak sibuk sebab hujung minggu bersekali cuti Thaipusam. Jadi tak boleh nak speed sangat, maka terselamatlah saya dari perangkap AES yang bertuah itu ! :p



Gayat :

Setibanya di perkarangan M Boutique Hotel , iaitu bersebelahan Old Town White Coffee.. ( alamat : Hala Datuk 5) saya sudah terpaku dengan dinding luar yang sungguh cantik berbatu-bata itu. Gigihnya orang yg buat bangunan ni. 


Perjalanan di koridor hotel dipenuhi dengan bunga-bunga Tahniah , buatkan saya terfikir .."oh, barangkali Hotel ni baru launch.."

Melangkah masuk ke lobi... kami semua ternganga-nganga, terbeliak, terpaku, terpesona, ter-ntah apa-apa lagi lah bila melihat decoration yang tersangat cantik. Saya sudah pun membelek Fb hotel sebelum ini.. jadi memang sudah expect ID nya yg cantik. Tapi tak sangkalah secantik ini !


Setiap inci dari ruang masuk, lantai, dinding, meja, almari, bucu hingga ke atap .. ahhh..semuanya cantik & sangat details ! 

Saya & Yam menguruskan check in, sementara si petites enjoy dgn ambience yang mempesona itu. Terima kasih Aisyah Sankhari yang memudahkan urusan booking & beri layanan terbaik pada kami. In fact, Ima rasa.. semua pekerja di situ mesra - mesra orangnya. Kami terasa kegayatan kami ini begitu dialu-alukan.. He he he ;)


Gayat lagi :

Masuk dalam lif menghala ke bilik masing-masing.. kami berenam gayat lagi. ( Lantaklah korang nak cakap kami 'peghak' ke apa..but this hotel really drive us crazy in love with the decorations ).


Semua tempat, semua dinding adalah tempat terbaik untuk bergambar. Bagi manusia yang 'hantu-gambar', suka posing, gila glamour, tempat ini adalah highly-recommended. Trust me.


Bila dah masuk dalam bilik, kami menjerit lagi ...'aaaaaaaaa~!! cantiknya !!" snap.snap.snap. tak henti-henti bergambar walaupun masing-masing muka dah serabai sejak dalam kereta ke Ipoh tadi.


The truth is :

Okay. Jom jadi waras sikit. Sebenarnya, jika dibandingkan harga bilik vs saiz, harganya boleh dikira mahal. Tapi, saiz bilik yg kecil itu menjadi besar dengan interior design yg awesome seperti mengalu-alukan kedatangan tetamunya.

Kami bermalam di  Bilik " The Two Twins & The Queen : Deluxe" . 1 katil single + 1 katil queen . Tilam / bantal / selimut / aksesori bilik air / tuala / peti ais / peti duit ( utk simpan duit shopping kami yg ber'juta mimpi' ) adalah 5 stars ! Saiz bilik air kecil. Ngam-ngam sui.



Cukup, cukup, cukup sudaaaaahh :

Ima rasa cukuplah post ini untuk menceritakan betapa kami gembira menginap & mahu lagi datang ke sini lain kali. 

Ada banyak lagi nak cerita tentang hotel ni.. hmm.. tunggu lah kalau M Boutique Hotel bagi i buat review berbayar, mungkin lebih banyak lagi boleh dimuatkan. He he.


Overall :
iols,weols,uols sure puas hati dgn ambience hotel ni. lebih-lebih lagi photographer.



yg jujur melapor,
Ima Zahra.