Friday, June 21, 2013

Ada kisah dibaliknya

Seakan tercari-cari
walaupun ada
jasadnya tak kutemui

Wujud rasa
akibatnya terzahir
tapi tak ku pasti

Makin jauh umurku pergi
langkahku berlari disini

takutkah?
barangkali rasa belum cukup
jasad belum terbentuk
ingin belum mekar terpupuk

aku khali
rasa ini halus, pendam dan dalam.


13 Syaaban 1434
/ 22 Jun 2013

Wednesday, June 19, 2013

8 Perkara anda perlu tahu kenapa beli barang Online tak sampai-sampai

Ini post yg panjang. Siapa yang suka beli ONLINE, sila baca sampai habis. Pernah tak rasa bengang sebab order barang dari online shop tapi tak dapat2? atau courier lambat hantar barang sampai dekat seminggu ? 

Kalau nak order, pastikan perkara ini :-
1. Nama yang betul
2. Berikan alamat yang ada orang di rumah / ofis supaya ada orang nak sign terima barang
3. Berikan no telefon yang 24jam anda akan pegang telefon tu. ( maknanya no tel yg anda alert utk terima call)
4. Jika kawasan rumah sukar ditemui pihak courier, sila beri alamat lain atau pesan kepada peniaga untuk gunakan servis courier yang tertentu.

Kalau peniaga tu pakai Pos Laju, senang..bila tak ada orang di rumah, dia akan tinggalkan Kad untuk kita collect di pejabat pos.

*********************************************

Bagi courier lain, spt ABX Express / Skynet ( Ima guna perkhidmatan ni)/ Kangaroo/ Citilink/ Surereach atau apa sahaja... anda harus SEDAR/PEKA bahawa :-

1. Setiap courier berbeza daerah capaian. Ada tempat yg mereka servis,ada yg tidak. Ada zon 1 hari, 2 hari, 3hari. Walaupun dia kata dijamin sampai esok ke apa ke.. memang akan ada zon -zon ni.

* Kebanyakan courier susah nak masuk kawasan pedalaman / felda. Pos Laju lebih efisyen.

2. Ini prosedur courier : Peniaga > Despatch Collect > Centre Courier> Barang dihantar naik van/lori/kapal terbang ke negeri yg dituju > Courier cawangan > Despatch > Pelanggan.

3. Setiap hari, HANYA SEKALI sahaja despatch akan hantar barang. Kalau tak ada orang di rumah untuk collect & sign, mereka akan hantar hari esok . Kalau esok tak de orang lagi, mereka hantar lusa. Sehinggalah customer terima dan sign.

4. Jika sampai 4-5 hari pelanggan SUKAR dihubungi sebab kadang2 korang malas nak angkat telefon sebab unknown number/ tak sempat angkat etc, maka akhirnya pihak courier akan hubungi PENJUAL / SENDER untuk RETURN barang.

5. Bila sampai part RETURN, akan ada KOS kepada pihak peniaga. ( Anda pun makin geram sebab barang tak sampai ). So, bg barang yg untung seciput2...memang tak adil untuk peniaga tanggung kos tersebut.

6. Jika pihak courier tak jumpa alamat, mereka akan call. Tapi bukan semua despatch BIJAK & ada credit nak telefon. So mereka akan pulangkan ke cawangan dan pejabat akan hubungi beritahu masalah sekian sekian.

7. Ada sesetengah kes, courier akan hantar barang di guard house / kaunter di bawah ofis. Kalau pejabat anda jenis yang payah nak masuk, sila usahakan sesuatu dgn memberitahu guard house atau apa2 je cara yg sesuai.

8. INI MESTI AMBIL TAHU. Peniaga BUKAN pekerja Courier. Jadi mereka tidak tahu barang sudah sampai ke mana. Jika peniaga tolong cari dan call pihak courier , itu tandanya mereka mempunyai customer service yg baik. Tapi tak bermakna anda boleh naik bengang dgn peniaga sebab despatch tu tak call/ lambat hantar barang etc. SILA HUBUNGI CUSTOMER SERVICE COURIER tersebut dan Sebutkan Airbill Number/ CN Number.

Okay ! Moral of the Story...
Kalau nak beli barang online, pastikan anda tahu peniaga tu pakai courier service apa, berikan alamat yang tepat & ada orang boleh terima. Sila bertindak dengan tepat kepada orang yang tepat untuk pastikan barang selamat diterima.


Jadilah pelanggan Online yang bijak. Belian secara online sepatutnya memudahkan semua pihak. Jom sama-sama jadikan ia satu kenyataan. 

Happy Shopping !!!

Yang ikhlas berkongsi,
Ima Zahra

Tuesday, June 4, 2013

Hantaran Fresh Flower Tema Pink untuk Ninie

Last minute call,  Ninie memberi kepercayaan kepada Ima untuk buatkan dua dulang hantaran, gubahan bunga ringkas untuk meja guest book dan bunga tangan dari fresh flower ( bunga segar ) untuk majlis akad nikahnya di Bora Ombak, Ampang.


Ninie sangat cantik di hari bahagia :) 

Inilah buah tangan dari Ima sebahai peneman di hari istimewamu. Semoga bahagia berkekalan dan rumahtangga segar dengan keberkatan.






 




with love,
Ima Zahra