Sunday, February 10, 2013

7 Kedai jual kertas / art stuff di Kuala Lumpur

Kebanyakan kertas warna mudah dicari di mana-mana kedai buku atau kedai alat tulis. Ima memang pantang tengok kedai yang ada potensi jual kertas. Mesti masuk punya. Dulu Ima pengumpul kertas pembalut hadiah sebab suka sangat bagi hadiah kat orang. Sekarang ni, dah tak kumpul dah. He he. Sebab jarang bagi hadiah la kot ? Tapi kalau terjumpa corak yang cantik-cantik, mesti rembat sehelai dua punya ! Dasar hantu kertas ! Ha ha.


Antara kedai-kedai kertas / barangan art yang Ima pernah pergi di sekitar KL/Selangor :-

1. Jaya Jusco Mid Valley - bahagian stationary. tempat paling mudah nak pergi dan boleh pilih macam-macam art paper kat situ. ada saiz A4, sampul surat, saiz name card, saiz gedabak besar. ha ha. pergi je lah ke sana. mesti jumpa punya.


2. MPH Mid Valey - masa MPH berada di Level G, banyak pilihan kertas kat sini. Tapi sejak dah pindah ke bawah, macam tak berapa best sangat.



3. Paper Boutique Mid Valley - Tingkat 2, berdekatan Jaya Jusco. Business Hours 1000-2200.
Address : S-015 Second Floor: +603 2283 6290  -- THIS SHOP IS CLOSED ( updated 29/12/2016)



4. Papier The Curve - Lot 161, 1st Floor, The Curve, Mutiara Damansara, Malaysia. Contact: 03-7725 4815  . Boleh pengsan seronok gaban masuk kedai ni bila tengok kertas dan aksesori yang macam-macam. Produk Martha Stewart pun ada. Cuma yang tak berapa best, cashier die selalu tak berapa nak mesra alam. But who cares, as long as i can buy.. and bring the paper home...;) 


5. Paper Gallery , Jln Ipoh - Dulu kedai ni ada kat sebelah Central Market. Sekarang dia ada dalam kedai stationary kat tingkat bawah, paper gallery kat atas. 




6. D'Nata Tropicana City Mall - Pernah terjumpa D'Nata di KLCC ? Yap ! Kedai ni dah pindah ke Tropicana. Address : Lot G-28 Ground Floo, No 3, Jln SS20/27, Petaling Jaya, Malaysia. phone 603-7710 0271. we open 10 am - 10 pm



7. Scrapbook Memories Studio, Tropicana City Mall - This place is seriously heaven to all crafters ! Everything is here. Just prepare your cash / credit card.  Address : Lot L2-39A, 2nd Floor, No. 3 Jalan SS20/27 47400 Petaling Jaya. Phone: 03-77250063/77270062.Email: scrapbookmemories@me.com


Happy Shopping dear ! :D


With love,
Ima Zahra





14 comments:

  1. hey, nak tanya skit.. gift wrap paling cantik dekat mana antara kedai 3,4,5,6,7? thanks (:

    ReplyDelete
  2. thanks for the info.i baru nak berjinak dengan paper craft ni :)

    ReplyDelete
  3. Untuk InfO:

    Kami Pun ade Kedai Kertas dekat Pudu "Art is Art"

    kedai kami ade jual Semua jenis kertas,

    untuk design kraft @ wedding

    Layari website kami http://www.thefancypaper.com

    ReplyDelete
  4. ty sis 4 lending us a hand ^^

    ReplyDelete
  5. saya pernah beli online kat scrapbookmemories tu.. :D beli mod podge.. hihi.. teringinnya nak ke sana... :D

    ReplyDelete
  6. nak tnye, alamat paper gallery kat jalan ipoh tu kat ne ek?

    ReplyDelete
  7. berdekatan dengan Old Town White Coffee Jln Ipoh. lupa nama kedai.tapi signboard dia warna oren. sorry,, ima akan cepat reply di Fb KC Gift Shop. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oldtown dlm Brem Mall tu ke? Or Oldtown jln kuching?

      Delete
  8. HI Can i have the Paper Gallery , Jln Ipoh address please. Thanks

    ReplyDelete
  9. salam..mana nak cari mod podge kt kwsn kl ni ye??

    ReplyDelete
  10. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...






    ReplyDelete