Showing posts with label Trip Kashmir-Delhi-Agra. Show all posts
Showing posts with label Trip Kashmir-Delhi-Agra. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Subuh-subuh lagi dah terpacak depan pintu (2)

Di Kashmir, kami menginap di Houseboat selama 2 malam. Ia pengalaman unik kerana kami perlu naik sampan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke rumah. Rumahnya utuh diperbuat dari kayu ukiran 100%, mempunyai ruang tamu, ruang makan dan 3 bilik tidur lengkap dengan bilik air.

Hiasan dalaman di rumah kayu ini benar-benar menangkap emosi saya. Suka sangat !!

Water Taxi. Boleh naik 3 orang 1 boat. Budaya Tipping di sini terlalu dahsyat. Sila masukkan bajet secukupnya dalam bajet percutian anda. When i mention secukupnya, it means " CUKUP BANYAK". 

Pemandangan mennghadap hamparan tasik dikelilingi pemandangan gunung salji begitu indah. Namun, hanya mampu menikmati keindahan itu sesekali kerana percutian disini seringkali diganggu penjual-penjual yang datang ke rumah.

Ada 3000 buah Houseboat yang cantik dikeliling Tasik ini. Subhanallah.
Mereka akan sentiasa bersedia untuk masuk ke rumah, dan menghampar satu persatu barang jualannya. Dimulakan dengan penjual jaket yang tak serik-serik merayu sehingga kami semua beli jaketnya, kemudian datang pula penjual souvenier kayu, kemudian esok pagi subuh subhi datang pula penjual souvenier kayu yang harganya lebih murah, diikuti penjual shawl dan sari yang menjual dgn harga melambung ke langit. Selama 3 hari tu, memang asalkan kita ada je kat rumah, bergilir-gilirlah penjual datang. Fenin.

Penjual jaket yang 2-3 kali masuk rumah untuk menjual. Semakin sakit hati bila tengok muka dia. Aduh !  Jual barang mahal, dan paksa-paksa kita beli sampai timbul rasa bersalah dan kesian. Siapa tak kuat iman, memang goyah berdepan dengan mereka.

Sepatutnya boleh enjoy di beranda rumah, tapi sayangnya hanya dipenuhi orang mereka. :(

3 hari di sini, kami sesak jiwa dengan sistem kedai offline yang datang terus ke pintu rumah. Nak sarapan tak aman, nak dinner pun tak aman. Harga yang diletak terlalu mahal dan tak masuk akal. Kalau malas nak tawar menawar, memang habis lah duit kering kontang di hari pertama.

Ahmad bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan kami di Housboat, menyediakan sarapan dan makan malam. Walaupun sudah bayar pakej kepada tour agent, tetap mereka minta tips selama 3 hari. Katanya, mereka tak dibayar. Entahlah. Perjalanan harus diteruskan, kata abah, kalau nak berkira, masa kat Malaysia tu kita berjimat. Bila dah jalan ni.bayar je lah.. Kalau banyak berkira, keseronokan akan berkurang. Oh yes ! So true ! :D
Subuh di sini pukul 5pagi. Cik Pah & Cik Mas sudah kelaparan kerana jika di Malaysia sudah pukul 7 pagi. Mereka sediakan sarapan agak lewat , jadi Cik Pah mula mengetuk2 pintu cari air panas untuk makan maggi in cup. He he he. Memang kelakar kawan-kawan abah ni. 

" Timah, timah...kau tengok tu...lepas subuh je dorang dah ketuk pintu dah" kata Cik Pah. " Ingatkan si Ahmad, acik nak mintak air panas kat dia.. tengok-tengok dah berkumpul dah dorang ni nak berjual-jual..!"

Ya Allah, dorang ni semangat bebenor pepagi lagi nak meniaga. Aduhai !!!!

Masuk hari terakhir, money changer pulak datang di pelantar sampan depan rumah.Barangkali kawan-kawan peniaga dorang dah cakap " orang Malaysia tu dah habis duit beli barang-barang kitorang, Memang kaw-kaww kena tipu, jual mahal pun dorang bayor. Kau pergilah sana, mesti dorang nak tukar duit lagi. " He he.. " (ayat tu hanya ciptaan minda Ima semata-mata..heehe )

Apa pun, semangat menjual mereka sungguh tinggi. Tengok customer macam harimau kelaparan menerkam orang . Terkam ! Cekau duit dia ! Yeaahh !!  Selagi tak beli, selagi tu tak berganjak. Situasi ini biasa saja jika ke Indonesia atau China. Saya fikir, hanya di Malaysia je salesman kita tak pernah berjual sampai begitu sekali. 

Kadang-kadang terfikir juga nak bawa mereka ni datang Malaysia jadi salesman saya. Mesti barang habis jual, sebab mereka jenis tak putus asa, bersabar dengan karenah, tahan kena maki dan ayat rayuan mereka power ! Atau mungkin ada baiknya mereka ni kita jadikan Coach untuk melatih semua Salesman cap Melayu keluaran Malaysia. Hehe.


Okay !
Jumpa lagi ~~~ 

p/s : yg seronok shopping
Ima Zahra :P

Sunday, March 30, 2014

Perjalanan pergi Kashmir yang tak sampai-sampai (1)

Perjalanan ke Kashmir pada minggu lalu membuat saya terfikir , ' tang mana yang Air Asia boleh menang 5 tahun berturut-turut sbg Best Asian Low-Cost Carrier ?'
Airport LCCT yang sangat tak mesra, kena jalan jauh gila dari satu tempat ke satu tempat.. semua benda berbayar, dan tangga ( naik kapal ) sungguh tak awesome !

21 Mac 2014 : Perjalanan saya bermula dari KL - Kolkata selama 4 jam. Kemudian menunggu di airport Kolkata selama 5jam untuk domestic flight Kolkata-Delhi. Pastinya tiada ruang solat disediakan, jadi kami solat subuh di tempat menunggu. Tukang cuci tandas tu bising betul bila kami ambil wuduk sebab lantai jadi basah. ( Bukan banjir pun ! )

Ada beberapa syarikat penerbangan tambang murah di India yang saya perasan sepanjang perjalanan ; Indigo, Spice Jet, Jet Airways, Air India .

Airport Kolkata ( Domestik )
Airport Kolkata

Airport Delhi ( Domestik )

Di airport Delhi

Bahagian luar Airport Srinagar, Kashmir

Perjalanan ke Delhi sekitar 2 jam lebih. Hanya transit sebentar sementara menunggu flight seterusnya ke Sri Nagar, Kashmir. Terasa tak sampai-sampai ke tempat tujuan. Tapi kami berenam ( Saya, mak, abah, Cik Mas, Cik Pah & C.Din ) enjoy je minum kopi entah berapa kali, makan beralas perut berkali-kali. Tidur atas lantai beralas sejadah. Tengah-tengah pagi buta dorang sembur ubat nyamuk dalam airport. Gila. Lemau tak terkata. 


Kalau kaki complaint, memang akan rasa terseksa dengan perjalanan kami. Hehe. Mujurlah kawan-kawan abah sporting belaka.

Oh ya ! Kami bukan pergi holiday..tapi pergi travel. Jadi, kena banyak fleksibel & we dont expect too much leisure. :p

22 Mac 2014, 10pagi :
Tiba di Airport Sri Nagar. Angin sejuk dan timbunan salji di ruang airport menyapa kami. Airport Srinagar kecil dan sistem imegresennya poyo. 

Pemandangan dari atas, Kashmir.

Pergunungan Salji Himalaya

Luar airport SriNagar

Oh, sebenarnya.. terlalu banyak pemeriksaan ntah apa-apa yang masuk dek akal di semua airport India. Sekejap-sekejap check tiket. Lepas tu beg hand lugage pun kena tag & kena cop. Setiap kali nak naik kapal, dekat 10 kali kitorang berhenti untuk diperiksa. 

Sesiapa yang berangan nak ke India, tolong berada di airport 3-4 jam lebih awal. 

Tangga kapal :
Saya suka tangga kapal terbang Indigo.. untuk orang tua-tua sakit kaki, ia sangat selesa untuk naik / turun kapal. Bukan macam Air Asia, tangga tak cool langsung. Kesian tengok nyai bergigih-gigih nak panjat naik & turun tangga. 

Abah berjaket batek Indonesia. 
Shuttle bus :
Ada shuttle bus yang akan bawa kita direct ke kapal dari departure hall. Tak lah terkedek-kedek berjalan jejauh macam kat Air Asia.

Seat lebih selesa :
Finally, seat Indigo lebih selesa dan luas sikit berbanding Air Asia. Baru lah lega pinggang dan tengkuk. 

Budak menangis :
Malangnya untuk setiap flight yang saya naik, sentiasa ada budak kecik yang meragam menangis suara satu kapal tak henti-henti & parent dia buat dek jeee !!! Uwaaaaaa ~~ Memang tension. Rasa nak baling je budak tu dengan parent dia sekali ke luar tingkap kapal. Urgh.


Err..i mean..RASA je.. rasa je nak campak.
hehe :p