Monday, August 4, 2014

Sukarnya solat !

Ramai juga pesakit-pesakit yang masih menunggu untuk operation, yang boleh berjalan..sihat mengurus diri, tapi tidak bersolat di katil sendiri. Pada awalnya saya fikir barangkali mereka jamak.Tapi zuhur ke asar pun hanya baring terkedip-kedip mata. Maghrib ke Isyak pun sepi juga. 

Tiada kelibat ibadah solat.

Awal-awal lagi nurse sudah cucuk tangan untuk ambil darah. Dan ditinggalkan jarum di situ. Oh ! Jarum mencucuk-cucuk daging menyebabkan pergerakan saya terbatas. Nak solat pun mahu menangis sebab bila takbiratul ihram, tangan yg berjarum itu berlaga dengan telekung ! Inilah akibatnya bila tak ada pengalaman, kalau saya tahu pasti saya lebih bersedia.

Terasa malu dengan Allah, bila sambil solat sambil menangis bukan kerana kusyuk dan takut, tapi kerana tak tahan menahan sakit dicucuk jarum. Ah ! gedik sungguh !

Saya diberitahu esok belum tentu saya operate lagi. Cuma standby. Jadi mesti mula puasa pukul 4pagi. 

Saya mandi pukul 6.15 pagi . Awal sungguh ! Pertama kali mandi pagi rasa tak mahu keluar bilik air. Nikmat sungguh badan kena air paip selepas tidur bermandi peluh. Usai solat Subuh, nurse drip air. 

============================================================

RABU, 16 July 2014

Setiap kali berulang alik dari katil ke bilik air, saya akan melihat-lihat pesakit yang terlantar di katil mereka. Kebanyakannya tak berdaya, tak boleh bergerak, kepala botak , muka pelik-pelik herot berot. Sekilas lalu, hati saya berdoa semoga saya tidak seteruk itu selepas operation dan mendoakan mereka cepat sembuh.


Di sini.. 
Aku lebih dahulu mendoakan mereka
Lebih bersyukur dgn nikmat yg ada

Di sini..
Aku lebih lama mendoakan setiap satunya
Lebih dekat dgn jiwa mereka.

Betapa antara mereka hampir kecewa dgn ujianNya..
Betapa antara mereka mahu gembira spt selalunya

Di sini..
Ku melihat mereka mahu sembuh
Tapi tak patuh pada Pemberi kesembuhan utknya.

Di sini..
Air mataku mudah sekali tergugur tika solat
Mudah2an ada kesembuhan dan kebahagian untuk semua.

Sungguh..ujian utk ku tak seberapa.
Berbanding mereka.

Moga lebih jauh ku melihat segalanya.


Abah cakap, kena duduk di hospital baru dapat idea karang ayat puitis. Ha ha ! Bunyi macam duduk penjara boleh karang novel.



2 comments: