Tuesday, March 14, 2017

Tempahan Hamper Kuala Lumpur

Baru-baru ini Kak Wati hubungi saya untuk tempahan hamper. Katanya, nak order 30 hamper untuk bowling persahabatan company. Selalunya beliau beli di Giant saja, tapi rasa tak puas hati tengok barang tak berapa menarik & tak sedap. Hmm..saya setuju juga tu.
Setelah berbincang lanjut, Kak Wati beri list panjang untuk bajet hamper setiap kategori. 

Sedang membuat persediaan nak siapkan hamper, Kak Wati tambah order lagi 10 pula untuk cabutan bertuah yg perlu dihantar beberapa hari awal dari tarikh yang diberi.

Saya pun bergegas membeli stok sesuai untuk hamper cabutan bertuah.

Antara yang diminta :-
  • hamper kain net
  • bakul yang berbeza-beza utk setiap kategori
  • pilihan makanan yang bagus
  • decoration yang cantik untuk VIP
  • penghantaran ke Bowling Sunway Pyramind & Pulapol.
Macam biasa, saya ni kalau buat hamper kadang-kadang lupa diri, kalau boleh nak beri yang terbaik untuk customer. Yang penting hasilnya cantik & org puas hati. Kalau hamper untuk kumpulan, siap tolong kira, bila bahagi-bahagi kepada ahli kumpulan biar sama rata. Haaa..fikir sampai gitu sekali.

Jujurnya, untuk membuat hamper berlainan bajet dan banyak kategori bukan mudah tapi tak mustahil. Harga barang pun dah melambung-lambung tinggi sejak minyak dah berapa kali naik ni.







Saya harap, cabaran harga kos untuk buat hamper Raya 2017 dapat diatasi segera. Jika harga barang mahal-mahal, tak dapatlah nak buat hamper versi mega-mega dgn harga rendah.

Bagi sesiapa yang nak tempah hamper bajet RM60, RM80, RM 100, RM 150, RM 200, RM 300 boleh hubungi 013-6010704 ( Ima Zahra ). Hamper Raya, Hamper Untuk Orang Tersayang, Tempahan Hantaran Fresh Flower, Event Decoration, Hamper untuk Hari Keluarga dan pelbagai event lain disediakan. 

Saya gembira untuk merealisasikan impian anda. :) Wah gituuuu .

Utk melihat beberapa contoh hamper, boleh klik link ni --> http://bit.ly/2rlcjxb

TEMPAHAN HAMPER RAYA 2018 DIBUKA !
Whatsapp : 0173971570
Call : 0136010704

:) TQ