Friday, August 5, 2011

Bawa botol mineral kosong jika anda ke China

Saya pernah ke Beijing pada tahun 2005 bersama geng Aura Seri. Memang seronok dapat jejak Great Wall Of China, dan bershopping dengan hebatnya di sana. Barangan di sana memang murah, jika anda betul-betul bijak menawar.

Disebabkan ketika itu musim sejuk, jadi kurang minum air. Tapi bila banyak minum air, jadi masalah pula kerana asyik nak cari tandas.

Bersama geng BSY, pada akhir Julai 2011 yang lalu, saya ke Guang Zhou pula, melalui tanah Hong Kong dan tinggal 2 malam di Shenzhen. Kali ini merupakan musim panas di Shenzhen dan GuangZhou. Suhu mencecah 38-39C,kering tanpa setitis hujan, bahang, malahan pukul 9pagi sudah boleh mulai berpeluh.

Bila musim panas, perlu minum banyak air untuk mengurangkan dehidrasi tubuh. Ya, selepas itu akan keraplah melawat tandas.


 Kami bersama botol air :) Teman setia sepanjang hari. 







Pesanan saya, sila sediakan botol mineral kosong ke mana-mana sahaja jika anda berada di negara China, kerana tiada langsung sumber air di dalam tandas, kecuali di sinki. Takkan mungkin anda mahu membuang hajat berkali-kali dan hanya menyelesaikannya dengan kertas tisu sahaja.

Malaysia mewah air. Kita tidak mungkin betah dengan suasana ini. Jadi, silalah isi air di sinki, dan kemudian tunaikan hajat anda.

Ini mungkin isu kelakar-kelakar, tapi ia sebenarnya isu besar bila anda berada di sana berlama-lama. :) Bagi yang tidak biasa, mungkin hajat besarnya terpaksa ditangguh sehingga pulang ke Malaysia.

Tandas awam di sana memang busuk sebatu. Maklumlah, kurang air. Faham-faham sajalah.

Okay !
Ingat pesan saya, bawa botol mineral kosong ke tandas negara China ya !

2 comments:

  1. kena cipta gayung yg boleh lipat & masuk dalam handbag. Ambil idea daripada besen mandikan baby, dah ada yg boleh lipat, sangat sesuai utk family yg suka melancong.

    ReplyDelete
  2. Wah, ada rupanya gayung leh lipat, canggih tu... :)

    ReplyDelete