Inilah caranya yang mungkin boleh bantu anda mudah diingati oleh pemandu pelancong sekiranya anda tiba-tiba hilang dari rombongan. Ha ha.
Contohnya : Okay, siapa yang masih belum ada dalam bas ?
( semua orang tercari-cari, oh ya ! ada "budak pink" tu belum ada lagi )
Nampak tak ? Jika anda seorang yang berat mulut untuk memperkenalkan nama, dengan memakai pakaian bertema boleh membantu anda diingati rakan-rakan yang lain.
Pada percutian saya ke China yang lepas, saya memilih untuk memakai warna pink selama beberapa hari. Ya, sebenarnya memakai satu warna juga dapat memudahkan proses memilih baju dan tak perlu nak gosok tudung setiap hari. ( saya tak suka pakai tudung ekspress - tidak sesuai dengan muka saya )
Lihat gambar di atas, hari pertama hingga hari ke empat, saya hanya pakai baju pink / ala pink. Eh, saya bukan pink girl ya ! Selalunya saya pilih warna hitam untuk dipakai sebab ia mudah dipadan, tak nampak kotor, dan nampak kurus bila dipakai. Ha ha.
Jika keluar bercuti berhari-hari, eloklah jika anda meminimakan tudung. Waktu bercuti - anda perlu bercuti, dan kebebasan minda tersangat penting. Jangan serabutkan kepala dan habiskan masa yang lama untuk memilih dan menggosok baju.
Shawl juga antara pilihan yang baik berbanding tudung bawal. Bawalah shawl yang tidak perlu digosok, supaya ia senang di'ponyok-ponyok' di dalam bagasi anda. He he. Akhir-akhir ini, saya jatuh cinta dengan inner neck oleh Mia Stuffz.
Pic A - Cara 1 pakai shawl. Hari pertama tiba di Hong Kong.
Pic B dan Pic C - Hari yang sama.Pic B- waktu pagi. Pic C - selepas solat zuhur & asar, dan tak jumpa cermin, jadi saya cuma meletakkan shawl di atas bahu dan ikat di depan.
Ya ! pakai shawl ni kan, 10 kali bukak- 10 kali lah lain pesyennya. Ha ha.
Ini tips membawa baju dan tudung jika anda keluar bercuti :-
- bawa baju yang tidak perlu digosok / tidak nampak renyuk
- bawa baju yang ringan
- lihat aktiviti yang ditetapkan oleh travel agency - dan bawalah baju yang sesuai mengikut aktiviti.
- pilih tema supaya mudah diingati. contohnya tema warna - pink, kuning, hitam atau apa saja. Atau tema memakai shawl gaya maria elena. Atau tema memakai mekap tebal 5 inci. Anything unique will do.
- Bawa pakaian dalam yang terbaik dan selesa. Jangan bawa 'adik2' yang dah nak lunyai, kerana kita tak tahu apa akan terjadi pada kita bila di luar negara. Mungkin kemalangan / mungkin sakit ? yang menyebabkan orang terpaksa menguruskan kita. Oh ! Tidak.
- Jika anda ingin bawa baju/tudung yang perlu digosok - bawalah seterika 2 pin bersama.
Hargai masa - kurangkan stress - bergembiralah ketika bercuti.
Oh ya, sila bawa Magicryst bersama-sama dan pakailah selepas mandi. Aktiviti luar yang banyak mungkin membuatkan anda berbau tengik. ha ha. Saya sukakan Magicryst yang sungguh berkesan membuang bau badan.
No comments:
Post a Comment