Tuesday, February 12, 2013

Buku DIY Quilling

Yeah.. i know. i know. lately no personal post on my blog. he he. waktu terlalu cepat berlalu dan kadang-kadang tak sempat nak digest semua perkara. apatah lagi nak tulis ke blog. 

Sampaikan kat dalam laptop ni, Ima dah buat 1 file khas " to blog ". Dalam tu ada gambar-gambar untuk diblogkan. Ya Allah, apa punya perkataan da.. nampak kat pakcik Ali ni, mampus kene bahan. hikhik..

Okay, Ima baru lepas minum kopi mahkota dewa. Perghhh..sedap dan kaw-kaw. Kepada sesiapa peminat kopi, boleh lah try. Idea menyala-nyala lepas 'mengewa' . Err.. have u ever heard 'mengeteh' to describe minum teh petang-petang ? So, bila minum kopi mahkota dewa...boleh lah sebut 'mengewa' kan. Haha. :p

Ima sangat suka dengan MPH. Kalau nampak MPH mesti masuk sebab suka buku. Bila masuk biasanya mesti ada hasil sebuku dua yang dibeli. Selain rak Self Help , Stationary, dan Health... Ima akan menyinggah ke ruangan Art. Kat situ ada buku-buku DIY kraftangan yang biasanya dalam Bahasa Inggeris. Buku-bukunya tebal mak nenek, gambar dalamnya cantik-cantik...dan Harganya pun mahal mak datok. Hu hu. 

Sebelum meriahnya  PTS, Karangkraf, dan beberapa syarikat penerbitan buku yang lain, buku-buku DIY dalam Bahasa Melayu sangatlah sedikit. Biasanya kita akan terselak DIY Kraf ni dalam majalah-majalah sahaja. Jarang dibukukan. Namun sekarang, perkembangan dunia penerbitan buku semakin meriah. Implikasi kepada masyarakat semakin baik. ( Kejap, kenapa ayat Ima ni dah macam tulis karangan..? Aiyooo )..


Apa yang susah sangat ni... ? Sebenarnya Ima nak bagitau sekarang ni dah makin banyak buku-buku kraf quilling, quilting, sulaman, buat kad, origami dan macam-macam lagi dalam Bahasa Melayu. So, pada sesiapa yang suka dengan kerja seni, boleh rajin-rajin ke kedai buku untuk dapatkan idea yea !

Tak dinafikan, kalau kita Google... hasil carian image dan website lebih menyeronokkan berbanding buku. Cumanya, kalau korang beli buku.. ia boleh menggalakkan syarikat penerbitan buku untuk berusaha lebih menghasilkan buku-buku seni yang lebih elegan dan informatif. :)

Kalau Ima ke toko buku di Indonesia , ada ratusan buku-buku art dalam Bahasa Indonesia. Persembahannya menarik dan buat kita rasa nak beli buku tu. InsyaAllah, satu hari nanti Malaysia akan jadi begitu juga. Hmm.. sekarang ni baru bertatih, sebab rakyat Malaysia terlalu seciput... he he he..


Yang rajin menulis hari ini,
Ima Zahra

No comments:

Post a Comment