Cabaran menjadi anak tunggal...ialah survival ;
- maka, saya mempersiapkan diri untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan bertekad belajar Reiki dan lain-lain ilmu self healing. saya suka baca dan ke kursus membina diri supaya sbg bekalan di hari 'jatuh' saya.
- dan berusaha untuk menghafal peta, jalan,dan membaca seberapa banyak signage yg ada diatas jalan raya supaya mudah untuk saya ke sana sini untuk berurusan tanpa mengharap bantuan org lain.
- belajar dan terus belajar photoshop utk memudahkan bisnes saya. dulu sampai menangis sbb geram belajar pshop xdapat2. hehe. hingga hari ini, saya cuba dan terus cuba, dan sy tahu layer2 dlm pshop sy sungguh mengarut. tapi yg penting hasilnya ok. hehehe
- disebabkan minat sgt pada kertas, saya google dan akhirnya bertemu quilling. sejak hari itu, saya belajar sendiri melalui tutorial di dalam blog, google dan terus google untuk menambah ilmu seni ;) dan hasil quilling saya masih jauh ketinggalan hasilnya berbanding otai yg lain ..
- pesan atuk, utk ada kemahiran dalam hidup. samada menjahit, mengurut, memasak atau apa saja. orang begini, jika dicampak ke dunia mana sekali pun.. boleh hidup, insyaAllah.
- dan, jangan sesekali berhasad dengki dengan kejayaan orang. atuk pesan, mesti terus belajar dan pelbagaikan skill dalam banyak bidang. walaupun perempuan, mesti pandai bertukang, mesti pandai buat kerja lelaki.
- kemahiran untuk hidup harus diperbaiki dari hari ke hari.
* sekian bebelan hari ini *
xpa saya paham. sama la kitew. anak tunggal jugak. hiks =)
ReplyDelete