Itulah inovatif.
Dan buku nota sekarang sudah lebih canggih kulitnya, kerana dihiasi dengan kata-kata positif, motivasi, perangsang yang membuat kita mahu memilikinya. Buku nota kecil yang mungkin dahulu harganya cuma 60sen, kini sudah boleh dijual dengan harga RM6 ! Dengan saiz yang sama, tapi kulit dan gayanya berbeza.
Jadi, nak cakap apa ? Duit makin kecil atau keinginan yang melampau-lampau ?
Hemm.. saya fikir, jawapannya yang no2 itu. Oh! :(
Tapi memang buku nota kecil harga 60sen sudah tidak wujud lagi di Malaysia !
Oh, ima - alasan itu ! alasan !
Buku nota yang telah berjaya mengikut saya pulang hari ini ialah :-
- Buku Effort (hijau pucuk pisang ) -- kertas kosong, tiada garisan. Jadi, bebas untuk menulis, melukis dan selebihnya mencakar.
- Buku nota kecil putih -- bertulis " sometimes you will never know the true value of A MOMENT until it becomes A MEMORY "
- Buku nota kecil coklat -- bertulis " Keep it simple "
- Buku nota 'bodoh' yang mahal ( A5 Scout Book ) -- dalamnya kertas kosong, tapi sungguh seronok untuk menulis di dalamnya !
Oh ya ! Saya mengimbas semula buku nota kecil saya di awal 2011. Di dalamnya ada tertulis " Nak handbag Baru !!!! ". Saya menulisnya ketika dalam majlis Retreat & Recharge Reiki.
Sungguh tak kusangka, tahun ini saya memang banyak beli beg ! Banyak ! Kadang-kadang perkara yang kita main-main tu mudah sekali menjadi kenyataan tanpa kita sedari. Bersyukurlah. ;)
Beg terakhir 2011 |
No comments:
Post a Comment