Jantung tengah berdegup kencang ( cehwaah ) sebab baru lepas Mandi Buih Ultrasonik. Fuuuhh.... seperti berjongging 3km ye ! Harap maklum. Jadi, sedang termengah-mengah menulis. Demi Hasnah ku tabahkan juga.
10 things I hate
- Bila badan sakit, tapi otak berlari laju ( macam-macam idea ) -- grrrr !!
- Bila badan sihat bukan kepalang, tapi tak ada Idea. --- banyak cekadak kau,ima !
- Bila masuk tandas, tiba-tiba nampak BUKTI yang orang last guna tak flush. -- susah sangat ke flush toilet ??
- Orang yang tengok TV pasang kuat-kuat -- sampai nak bercakap pun susah kena terjerit-jerit macam orang tak ada manners.
- Malas -- Kadang-kadang, malas itu terlalu mendamaikan. Tak guna itu Syaitan ! Syooohh.
- Tengok Home FB tapi kebanyakan status / gambar bosan-bosan dan negatif. -- tahukah kalian keluhan yang ditulis itu mampu merosakkan mood orang lain juga. hu hu hu..
- Bila perasan sendiri body kurus, tapi tiba-tiba orang tegur " ima dah berisi lah !"
- Sampai hari ini, impian menyiapkan buku tak sempurna lagi -- ima begitu pemalaskah ?
- ( tak ada idea dah nak tulis ni ! )
- pergi ke kedai makan dengan penuh harapan, tiba-tiba kedai tu tutup.
Yeay ! berjaya siapkan.
Ternyata, hendak menulis sesuatu yang dibenci lebih SUKAR dari menulis sesuatu yang disukai.
Kerana saya tak suka FIKIRAN NEGATIF.
Kerana saya tak suka FIKIRAN NEGATIF.
Tak suka.
Alamak, tu dah negatif. Ok tukar.
Suka tak ?
:)
No comments:
Post a Comment