Saturday, December 24, 2011

Kenapa idea banyak bila tengah pandu kereta ?

Soalan di atas terlalu skema.
Diba tak suka Kak Timahnya yang menulis dengan skema. Haha..  Nak buat macam mana, sesekali ayat dalam kepala ni tersusun sangat. Haks!

Ayat biasa --> " apesal bila drive kete,banyak je idea datang?"

Haa... okay sikit kot?

Betul ! Saya selalu dapat idea hendak menulis blog semasa memandu kereta. Idea berdesup-desup masuk siap jadi boleh buat ayat intro, letak gambar, selit-selit lawak etc.. Waduh ! Kalaulah idea di kepala ni boleh terus load masuk dalam blog, confirm dah beribu post yang Ima Zahra buat. Tak terlarat kome nak membacenye.

Satu lagi, idea bisnes - merancang buat marketing, design iklan, edit blog bisnes semuanya boleh datang sederap masa bawa kereta. Apa boleh buat, cuma SAVE je lah dalam ingatan...dengan harapan bila sampai ofis nanti nak buat kerja / nak tulis blog seperti yang dirancang..

Malang sekali, bila dah sampai ofis, duduk depat PC,... menghadap FB...langsung terbang melayang semua idea-idea itu. Ha ha. Cuba ingat-ingat balik, pun tak dapat juga. Alahaaaaii....

Jadi apa perlu saya buat ? Sentiasa 24jam bawa laptop - dan bila ada idea terus berhenti tepi jalan ? Hissh...macam melampau pulak kan. Nanti mak cakap ' timah, mana kau? tak sampai-sampai ofis ni haa..'

Jadi, salahkan FB eh, haha.. ( tak nak mengaku salah sendiri )

Haaa.sekali kena gantung gaji sebulan baru tau. Tak nak. Tak nak.
;)

Oh, gambar di bawah cuma hiasan. Fairies yang terbaru saya buat tu kecil je sebenarnya.. tapi dalam gambar kat blog ni macam besaaar lah sangat :p



No comments:

Post a Comment