Adakah sebab saya berelemen Metal (6) dalam numerologi, maka saya terlalu mencintai kertas (9) ? Tekstur kertas mampu meluahkan isi hati dengan tepat. Warna mampu menjelaskan ketenangan, kegelisahan, kekacauan, kebahagiaan. Gam sebagai pengikat suasana dan rasa.Gunting sebagai pengalun mimpi dan menjadikannya realiti. Perfect !
Saya terlalu cintakan kertas. Jika digulung,ia bulat. Seperti hidup. Bila kita picit dan cantum ia jadi bunga. Dan senyuman terukir. Hidup seperti gulungan kertas yang tertulis rahsia yang terbuka.
Wahai kertas,
saya ingat awak setiap pagi
saya mimpikan awak setiap malam
saya mencitai awak atas alasan sentimental
harap2 awak percayakan saya
saya telah serahkan jiwa saya
Kerana kertas,kawan dan family adalah kecintaan saya. Blog ini sebagai tanda sayang saya.
Saya sayang mereka semua...my friends and family (F2)
No comments:
Post a Comment