Sunday, January 30, 2011

Gosip dan Kedai Kayu

Saya selalu perasantan bahawa saya selalu ada pandangan yang berbeza bila melihat sesuatu.
  • Gosip antara budak perempuan.
  • Pakwe makwe berdating.
  • Promote bisnes baru kat prospek
  • Gosip antara budak lelaki
  • Layan facebook dengan laptop ramai-ramai.

Semua di atas menceritakan tentang BERCAKAP (2) mengenai ilmu dan pengalaman. Kisah baik, menarik,hangat, sedih, pahit, masin,masam. Ia sangat KAYU (4).


Maka, tak hairanlah, manusia2 yang saya tulis di atas memilih KOPITIAM sebagai tempat melepak. Sebab kopitiam punya konsep kedai pun berkayu-kayu jugak. Serasi lah kan ? Tambah pulak kita memang order air kat Kopitiam tu.


Cuba tengok Old Town White Coffee ? PapaRich ? Bangi Kopitiam ? Dan macam-macam lagi kafe ala-ala kayu yang menjadi tempat lepak berjam-jam. Energinya sesuai sangat. Kedai kopi yang begitu dah menjadi trend orang sekarang.. ia menjadi lebih eksklusif dan terkini.

Bussinessman menggubah kesukaan manusia menjadi BUDAYA yang lebih segar sesuai mengikut zaman. Inovasi dilakukan untuk meraih market. Saya berharap suatu hari saya akan jadi seperti itu.

Saya rasa, apa yang saya faham dan maksudkan dalam kepala otak ni, tak dapat terluah dengan baik di entri ini. Oh.sedihnya. Tak apa lah, saya akan asah lagi tulisan saya, supaya apa yang saya nak tulis ni, anda faham.

Numerologi itu menarik. Tapi saya baca dengan cara begini. Bukan dengan cara membaca perangai manusia. Sorry eh..!

No comments:

Post a Comment