Pada mulanya, saya adalah pengikut senyap Blog Handmade Card Kak Lin. Saya kagum melihat hasil-hasil halus tangannya. Ideanya segar. Sejak hari itu, saya mula mengenali perkataan 'quilling'. Terima kasih Kak Lin.
Saya terus meng'google' hasil-hasil quilling. Wow !! Memang cantik. Saya selalu tanya pada diri saya ' kenapa saya tak kreatif macam mereka ?' atau ' kenapa saya tak pernah terfikir design ni ?'. Itulah yang dikatakan anugerah. Ianya dari Allah, Maha Pencipta. Dialah yang mencetuskan inspirasi ciptaanNya kepada hamba yang dikehendaki.
Sepertimana blog ini. Ia diinspirasikan oleh seseorang yang semakin istimewa dihati saya. Begitu juga dengan Diba. Dia selalu cakap 'diba suka tengok akak buat kad'. Kak Seri juga selalu cakap ' Timah buat lah benda-benda kreatif dan arts tu..teruskan..'. Effy selalu cakap ' aduhh..berapa lama nak siap buat 1 kad tu...'..Meskipun beberapa orang keliling saya beri galakan, tapi saya tetap rasa idea saya tak hebat pun. Segan lah nak buat.
Tapi minat tak pernah terpadam. Setiap kali singgah kedai kertas, reben, art, dan yang seumpama dengannya...saya pasti naik gila ! Berhabis duit untuk kertas dan aksesori yang akhirnya akan tinggal dalam beg kertas selama berbulan-bulan.
Mujurlah mak tak pernah nak komplen sangat hal ni. Terima Kasih, Mak !
Sesekali, saya buat kad kepada mereka yang terpilih. Dulu tak ada kamera, jadi tak ada simpanan untuk koleksi saya. :( Hanya mereka yang benar-benar istimewa akan dapat kad saya. Walaupun ia tak cantik, tapi saya hadirkan ikhlas dari hati saya dalam kad tersebut. Bagi saya, disitulah kecantikannya ! Oh, ima perasantan lagi.
Akhirnya, kerana dia juga. Pada malam birthday saya, saya buat kad quilling pertama untuk diri saya. Inilah hadiah untuk diri saya. Kerana saya sayangkan bakat kecil saya. Dan saya hanya mahu duduk diam di rumah malam itu, menanti dia pulang dari kerja.
1 for me |
1 for you |
18 Januari 2011, ianya bermula. Dan saya harap kertas dan cinta ini akan sama-sama subur.
Terima Kasih semua.
No comments:
Post a Comment