( peringatan : cerita di bawah mungkin membosankan anda. lebih baik jangan baca )
Dek kerana mengejar 30 Days Challenge ni punya pasal, saya terabai pula nak menulis kisah-kisah lain yang sebenarnya terlalu banyak untuk ditulis / dikongsi ( sapa nak baca ? ).. :)
Ahad yang lalu saya telahpun menguatkan tekad untuk bercinta dengan kertas. Ya. Macam satu perjuangan untuk kita memulakan sesuatu perkara. Memikul status anak tunggal bukanlah mudah, terutama dalam situasi melawan kebosanan. Mujurlah ada hobi menggodek kertas.
Sebelum saya mengenal quilling, saya cuma buat kad-kad biasa. Yang digunting,lipat dan tampal sahaja. Pernah sebelum ini, saya terjebak dalam Clay Art. Beratus-ratus ringgit habis untuk benda-benda ni. Saya tak pernah berkira berapa mahal semua itu, kerana untuk mengatasi kebosanan dan stress bukanlah murah harganya.
Apabila saya stress, otak saya mudah untuk jadi kreatif. Kreatif menyelesaikan masalah, atau paling tidakpun mengatasi kebosanan dalam waktu segera. Jadi, membuat kad adalah cara yang paling tidak membahayakan kesihatan, dan tidak mengganggu orang lain.
Jujurnya, saya tidak pernah plan sebelum buat sesuatu design kad. Saya mulakan dengan apa yang ada. Kemudian, belek-belek warna. Lepas tu gunting apa yang patut. Sedikit demi sedikit, rasa bosan terus hilang kerana saya sudah semakin tenggelam dalam dunia baru.
Semua masalah tiba-tiba seperti dibawa angin. Hilang. Hilang. Yang tinggal bersama saya hanyalah impian dan syok sendiri. Ha ha.
Energi gembira semakin hadir dalam kad-kad saya. Fuuuh..memang best. Orang kata - Fana. Apatah lagi bila kad tu dah siap. Walaupun tak lawa sangat, tapi tetap suka. Tak tahu lah orang lain, tapi bagi saya yang pembuat kad - bila kad dah siap...jadi syok sendiri. Setiap 5 saat nak tengok lagi. Lepas tu belek lagi. 5 saat tengok lagi. Apparraaa.. !~
Blog Kertas dan Cinta ini saya abadikan 'rasa' yang saya alami ketika membuat kad/apa saja art ( yg tak berapa art ). Ia adalah hobi yang menenangkan jiwa saya. Yang memenuhi soul saya.
Kadang-kadang saya rasa, tak ada boyfriend pun tak apa. Jangan tak ada kertas warna. He he he. Sakit hati dengan kertas , tak sampai dalam macam sakit hati dengan boyfriend. Percayalah.
Choww !~~
* i'm not a perfect person .....there's many thing I wish I didn't do ...But I continue learning ...
Sopan berkain batik...Seorang wanita mithali agaknye... ;p
ReplyDeleteeh, silap tu. berseluar batik... :P
ReplyDelete