Kertas yang bertulis - dirapi cantik - mempunyai cover yang menarik - kertas yang berkualiti - sangatlah berjaya mencuit hati saya untuk rasa GEMBIRA.
Buku adalah sumber maklumat. Eh, semua orang pun tahu :) Dikatakan, semua buku mengandungi ilmu yang berharga , bezanya cuma cara penyampaiannya samada boring atau tidak. Kan, Kan, Kan ? Saya tersangat geram bila tajuk buku itu sangat best tapi bila tengok penyusunannya ...alahai... takde kekuatan sungguh nak baca. Kedekut perenggan !
Saya ada buku baru. Oh, ima-bloomwood sangat pantang tengok kedai buku. MPH sungguh menggiurkan !!! Rasa nak ada rumah macam MPH sebijik. ( berangan ima, berangan ~ ).
Setelah mengikut dan membaca berulang kali BUKU THE SECRET, saya rasa boleh juga beli buku Beyond the Law of Attraction ni. Untuk memberi inspirasi baru, mengingat-ingatkan ilmu yang dah terlupa, dan refresh mood :)
Fuuuhh...percayalah..seusai saya membayar untuk buku ini, saya rasa nak lompat-lompat kegumbiraan kerana ada buku baru ! Tak sama FEEL beli buku baru, dengan Majalah baru. Weee !~ Wee !!
Jika anda tidak pernah berminat untuk baca buku @ tak pernah mempunyai hobi baca buku, saya sungguh sungguh kasihankan anda. Bacalah ! Guru Besar sekolah rendah saya cakap...bawalah buku ke mana saja anda pergi. Bawa je - baca tak baca, lain kira.
Didikan dari kecil untuk cintakan buku tersemat di hati saya. Terima kasih mak, abah, dan Cikgu Azahari.
No comments:
Post a Comment