Teruja dengan kayu. Teruja dengan pokok. Kerana dengan melihatnya terlalu banyak ilham tercipta. Dengan melihatnya keseronokan seperti tidak bersyarat. Bibir terus mengukir senyuman.. Barangkali ada cerita istimewa yang terakam oleh setiap pokok di dunia ini.
Sekali saya, abah dan mak terpandang pada pokok yang berdahan mengunjur ke tasik ini, kami terus jadi Excited dalam kereta. " Berapa lah umur pokok ni sampai dahan dan ranting dan jadi pintu gerbang jalan ? "
Abah berhenti kereta di tepi, dan untuk 10 minit kami berposing-posing dengan pokok ini. Ha ha. Memang kelakar rasanya. Tunggu jalan raya clear, cepat-cepat snap gambar - takut kena langgar pulak. Buat hal posing tengah jalan raya. He he..
Dan pohon ini merakam cerita kami bertiga. Di hari jadi abah. Tak perlu buat parti besar-besar berhabis duit beribu ringgit untuk merakam kebahagiaan. Jika kita hargai apa yang ada sekeliling, semuanya akan terasa indah dan cukup.
" Jika kau inginkan nikmat, cukuplah Islam sebagai nikmat untukmu "
Dari kayu -- kertas terhasil. Jika tulisan yang kita tulis di atas kertas kosong itu ialah kata-kata yang indah, maka indahlah ia. Jika kertas yang sekeping itu digulung kreatif dan ada inspirasi, maka kad inilah yang terhasil. :) Tiga bunga rose itu adalah lambang kami sekeluarga.
Setiap kad yang terhasil, pasti ada cerita. Tanyalah pada semua pembuat kad.. mereka ada jawapan yang panjang untuk setiap kad yang direkanya. :)
No comments:
Post a Comment