9 JAM dalam bas, dari KL-Jitra !
Penangan sesak di highway semasa CNY. Dahsyat. Orang Malaysia pantang dapat cuti., barangkali kedekut cuti. Dapat cuti umum baru berebut-rebut nak pergi bercuti. Sayang nak habiskan cuti tahun. Entahlah, saya tak berapa faham sebab saya cuti bila-bila masa.
Apapun,sepanjang 9 jam di dalam bas, ayat Qursi tak putus-putus dari lidah. Sambil membaca buku " Susah itu mudah ", saya bermuhasabah diri, merenung masa lampau yang hitam. Menyesali dosa yang sengaja dan tak sengaja.
Sungguh, Allah itu Maha Menyayangi. Ujian yang diberi sebagai tanda sayang kepada hambaNya untuk menambah iman dan meningkatkan kualiti sebagai INSAN. Saya seperti tertumbuk hidung sendiri bila terasa bahawa apa yg saya alami ini bukan ujian. Kerana ia bertimpa-timpa dan tak putus-putus. Maka ianya azab.
Azab juga tanda CINTA Allah kepada hambaNya. Supaya kita bertaubat, menyesali dan mengubah cara hidup kembali kepada jalan yang diredhai. Ianya sebagai TEGURAN. Subhanallah..siapa kata Allah tidak memakbulkan doa kita ? Malahan pertolonganNya lebih TEPAT dan HALUS.
Cuma kita tak memerhati dengan mata hati.
Air mata mengalir tak henti sepanjang 9 jam di dalam bas. Mungkin ada yang terseksa kerana tersekat di dalam kereta. Hanya melihat SEKSA dek masa yang terbuang. Namun, saya bersyukur kerana Allah beri saya peluang untuk menukar SAKIT JIWA dek jem yang teruk itu kepada HIKMAH untuk saya merenung alam diri.
Tak terasa penat , tak terasa lapar.
Orang Cina menyambut CNY dengan semangat dan azam baru. Mengharapkan ada 'ong' lagi di tahun Arnab. Masa yang tepat untuk saya juga, menumpang ENERGI yang sama..saya turut terasa seperti menjadi orang baru. Mudah-mudahan lebih baik dari sebelumnya.
Rugilah kalau hari ini kita lebih teruk dari hari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment