Ok, sindrom terlalu sibuk dan sedikit malas mengupdate cerita travel yg dahsyat ke
Lake Toba telah berlalu. Apa kata anda teruskan membaca entri ini, jika dah terlupa mood, boleh
baca semula kisah sebelum ini.
** TIGA TEMPAT MENARIK DI LAKE TOBA **
Memandangkan feri yang besar itu
'ana yang punya', maka kami anak beranak pun
berposing-posing sakan. Tasik ini tersangatlah besar, sehingga ke hujung mata memandang pun masih tak terlihat dimana hujungnya tasik. Subhanallah. Tasik ini punya kelebihan semulajadi yang telah Allah berikan, sayangnya mereka tak guna dengan maksimum untuk tujuan perlancongan.
Kalau
Mendiang Lim Goh Tong jenis yang suka tasik, mesti dia buat
Theme Park kat tengah tasik ni. Wow ! Mesti best !
Tempat kedua kami berlabuh ialah di
Tuk Tuk. Ianya sebuah
perkampungan orang-orang Batak dan ada juga hotel disini. Hotelnya lebih menarik sebab ada satu 'spot' untuk tetamu bermandi-manda di tasik. Mengikut statistik, orang Belanda lah yang paling ramai datang ke sini. Kemudian Orang Malaysia. Haha.
Orang Malaysia memang suka melancong, pantang dapat cuti - kalau dah jenuh dengan jem teruk kat Malaysia ,.tu yang merayau sampai Indonesia tu !
Di Tuk Tuk, terdapat taman bunga mini di depan Hotel. Pemandangannya cantik untuk photoshoot. Aha, blogger zaman sekarang suka posing-posing untuk letak gambar di blog kan.. Apa kata korang buat trip jalan-jalan sambil bergambar. Setakan ICT,Taman Tasik, Studio, tak best sangat. Jomlah kita cari pengalaman dan meluas-luaskan ilmu di tempat orang. :) Nanti ajak saya ya... Oh, nak suruh saya organize pun boleh, tapi kita naik flight lah ya !
|
Entrance Tuk Tuk |
|
Orkid |
Saya sangat terkejut apabila
mimpi saya yang agak kurang manis turut menjadi realiti apabila melihat anak-anak kecil bermandi manda dengan seronoknya berdekatan feri kami berlabuh. Pheww.. bukan mandi suka-suka, tapi ini mandi betul-betul.
Siap bawa sabun, syampu dan ubat gigi lagi ! Ha ha.
|
Ruang santai depan hotel di Tuk-tuk. |
|
Tuk Tuk dari jauh |
Tak ada apa yang menarik sangat di Tuk-tuk, jadi kami cuma menyinggah 10-15 minit sahaja disini. Dengan penuh harapan, stesen terakhir akan lebih mengujakan , kami pun meneruskan perjalanan ke
Tomok. Suatu tempat yang dibangga-banggakan oleh orang Batak di Danau Toba.