Hello semua... minggu lepas saya menghabiskan
3 hari untuk pergi membuat
servis urut selepas bersalin di Setapak.
Urutan bersalin selama 1 setengah jam, dan saya buat Reiki selama setengah jam. Seterusnya, tungku tradisional dengan daun mengkudu, juga sapukan kapur dan limau sebelum pakaikan bengkung kepada ibu bersalin.
Sementara menunggu urut selesai, saya belek-belek baca
Majalah Pa&Ma. Terjumpa cara-cara nak buat anak-anak kecil suka makan dengan membuat dekorasi pada makanan.
Hey, buat
penguin pot pot debut debut dengan
sebiji anggur ! alahai, sangat comel.
|
ambil sebiji anggur, kemudian hiris kulitnya sedikit untuk buat badan penguin |
|
Kemudian ambil lobak untuk buat kaki,mata dan hidungnya. |
Oh ! Tersangat seronok membuat ini. Masa mak tengah sibuk-sibuk masak asam pedas untuk dimakan beramai-ramai, saya pula sibuk buat projek ini hanya untuk ambil gambar saja ! Ha ha.
Apakata anda cuba di rumah pula ! Buatla banyak-banyak ekor penguin ni, lepas tu tunjuk kat saya yer. he he.
No comments:
Post a Comment