** TIGA TEMPAT MENARIK DI LAKE TOBA **
Hari sudah semakin menghampiri senja ketika feri kami yang kosong dan besar itu tiba di perhentian terakhir, Tomok. Tomok oh Tomok, adakah kau berasal dari sini ? He he.
Hati saya kurang senang bila tiba di tanah Tomok, terasa energinya semacam saja. Abah dan Mak dikejar oleh penjual kacang rebus di tepi jeti. Ha ha. Biasalah, typical Indonesian.
Disebabkan percutian kami tidak diiringi tour guide, maka saya pun konon-konon berlakon minat sejarah dan geografi dengan mengambil gambar peta Danau Toba. Nanti jangan kata tak tengok peta pulak kan. He he.
Rupanya di Tomok ni banyak kedai-kedai menjual cenderamata, baju, kain, ikan tilapia masin, dan barangan kraf Indonesia. Sejenak kaki saya melangkah masuk ke kawasan kedai, signal Dup dup dup dup di Heart Chakra pun menyala-nyala. Itu tandanya " ini kawasan keras". Cepat-cepat saya perkukuhkan aura dan kunci rapat-rapat supaya tidak terjangkit elemen-elemen yang tidak baik pada tubuh. Saya juga buatkan protection untuk mak dan abah.
Saya agak gembira bila puak-puak pekedai ni bukan jenis yang tarik tangan sampai kita beli barang dia. Eh, percaya atau tidak - saya tidak terpikat langsung dengan satu barang pun di sini. Konon nak beli T-Shirt Danau Toba, tapi rasa tak sedap hati betul nak keluarkan duit, so tak payahlah.
Ada 2 tempat tarikan Orang Batak di sini ; yang pertama - Patung Si Gale-Gale & Rumah tradisional Orang Batak, dan yang kedua - Kubur Raja Sidabutar ( org pertama jumpa Danau Toba ). Abah cakap, sejarah Nabi pun tak hafal, tak payahlah nak ambil tahu sangat sejarah Orang Batak.
Saya memang tak suka ke sini. Sangat tidak suka. Menyeramkan. Suram. Tapi, bila dah sampai - jangan ketinggalan. Sekurang-kurangnya mesti menjengah. Eh tidak ! Saya tak pergi langsung ke kubur tu....eeeewwww..takut. Hanya ambil gambar papan tanda sajalah.
Penduduk di Tomok lebih ramai dan aktiviti mereka juga macam-macam. Jadi kebersihan di situ kurang memuaskan ( gaya report pengawas sekolah ). Saya juga terjumpa kedai yang menjual -----. Oh, tidak mahu saya menulisnya. Anda tengoklah gambar ini sendiri.
makanan favourite dorang - sila klik utk lebih jelas. aarrrrgghh ! |
No comments:
Post a Comment