Hasrat di hati nak rehat 2 jam sahaja di bilik. Bolehlah meluruskan pinggang sekejap sebab sudah kepenatan 'exercise' dalam kereta sepanjang malam. Oh,lupakan ! Magnet bantal dan tilam sangat kuat sehinggakan kami bertiga pengsan sehingga Zuhur.Ingatkan terror lah nak terus pusing tasik waktu pagi tu kan, rupanya tak lah 'terror' mana. He he.
Ada baiknya juga kami 'pengsan' tu, supaya senang hati nak berjalan waktu petang apabila sudah menjamak Solat Zuhur dan Asar. Kita tak tahu berapa lama masa bakal dihabiskan untuk explore Lake Toba kan, jadi sebaiknya selesaikan dulu tanggungjawab. :)
Mimpi. Bilik kami menghadap tasik. |
Air tasik yang tenang |
Dalam mimpi. Inilah deretan bilik-bilik di hotel. |
Selepas makan tengahari, kami pun meneruskan eksplorasi Danau Toba, untuk melihat keindahan alam dan bagi saya, merasa energi Tasik Terbesar di Asia.
Tidak, bukan naik feri yang RM2 yang pergi satu stesen tu. Kami cari feri lain supaya dapat kami singgah di ketiga-tiga tempat. Alang-alang sampai, biar pergi semua tempat. Jadi, abah pun berunding-runding untuk sebuah feri yang dapat ke tiga tempat, iaitu ; puteri raja di sumpah batu, Tuk-tuk dan Tomok ( saya tahu apa yg anda fikirkan ! Bukan! bukan yang itu )
Kami naik feri yang sebelah kiri tu |
Lepas berunding-runding harga feri keliling tasik |
Orang lain naik feri RM 2 sahaja, beramai-ramai satu kapal ( Feri yang ramai-ramai tu hanya pergi 1 tempat saja )
Tapi disebabkan kami nak pergi semua tempat, maka kami berempat ( termasuk Pak Supir ) sewa satu feri. Fuh, rasanya macam artis tengah shooting cerita hindustan je. Ha ha |
Wah hebat hang. Sewa 1 feri. Brapa kosnye?
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.