Sunday, May 8, 2011

Barang Arts sangat mahal

Petang tadi saya melepak-lepak dengan Diba & Farah di The Curve. Ramai sungguh manusia di situ - memandangkan hari ini ialah Mother's Day. Jadi ramailah yang berusaha seboleh-bolehnya untuk meraikan ibu mereka. Di kesempatan itu juga, kedai-kedai pun membuat promosi Hari Ibu, diskaun itu dan ini.

Malangnya, kedai jual kertas dan segala tok nek scrapping yang saya pergi tadi tak pula buat diskaun gila-gila. Yang gilanya itu adalah saya- mata naik juling sebab semua benda nak tengok dan sungguh mengujakan. Tapi malang seribu kali malang, hanya 10% dari barang-barang di kedai itu saya faham ape fungsinya.

Hah ! Baru 10% faham - tapi berhabis duit sudah lebih RM100. Saya fikir saya tak mahulah nak tahu details product di kedai itu. Mesti lagi habis rabak duit saya. Tidak ! Ima Zahra - harus berwaspada dan tahu asal usul ya - pesan saya kepada diri saya yang sudah tidak terkawal.

Tujuan utama ke Kedai Kertas bernama " Papier" itu ialah untuk membeli Stamp ala-ala bunga @ berbentuk border. Oh, tinggal harapan sajalah . Apa yang saya cari tu tak ada, makanya hati menjadi sangat tidak gembira. Saya tercari-cari apa yang boleh dibeli.

- kertas2 yang sungguh adorable
- wrapping paper kempen recycle
- reben
- ink stamp
- stamp
-quilling paper

Nasihat saya, janganlah menterjebakkan diri dalam dunia seni yang menghabiskan wang ini. Pheeww !~

Apapun, melepak bersama Diba dan Farah di Papa Rich memanglah sangat menyeronokkan. Love you both !!!

"OMG! ima, kita dah besarlah ! ", says Farah
( selepas Diba memberi kenyataan meletop )

thanks for e nice lighting ,Papa Rich.

5 comments:

  1. Berjimat-cermat amalan mulia..hehehe

    ReplyDelete
  2. ima, beli quilling paper tu kat ner?

    ReplyDelete
  3. V- baik :)

    Solehah - kat The Curve. alang2 ada kat kedai tu...ima rembat je.padahal tak payah beli pun.

    ReplyDelete
  4. ima,the curve tu kat kedai mana? tak penah jumpa..

    ReplyDelete
  5. the curve tu kat tingkat satu..atas the street..

    ReplyDelete