** TIGA TEMPAT MENARIK DI LAKE TOBA **
Memang seronok bila berada di atas feri mengelilingi tasik. Perasaannya tak sama langsung dengan naik feri atau bot di laut. Air tasik lebih tenang, jadi tiada masalah mabuk tasik. Udaranya juga sejuk, jadi memang terasa angin sejuk mengusap-usap pipi. Ewaaah~. Juga tidak melekit, kerana bukan udara berperisa masin seperti air laut.
( Anak-anak, sila buat jadual perbandingan beza naik feri di tasik dan di laut,ya ! Homework ni )
Pertama sekali kali tiba di tempat " Puteri Raja menjadi batu ". Tak tahulah samada ia benar-benar terjadi atau hanya sengaja dibuat cerita dongeng untuk tujuan perlancongan.
Apa ? Tak nampak mana puteri raja tu ? Tu, cuba tengok ada batu hitam yang macam tergantung tu. Nampak ? Ha ! Yang tu lah. Dikatakan, puteri raja tu nak berkahwin dengan orang biasa, tapi tak diizinkan. Maka puteri pun larilah ke gunung, dan entah macam mana mati tergantung atas tu, langsung jadi batu.
Besar betul puteri raja tu kan? kan? kan ? Hm..entahlah, tempat orang..jadi janganlah banyak soal dan pertikaian. Tiba-tiba kena campak ke tasik nanti macam mana ? Haihh..
Kami juga dijodohkan untuk bertemu 3 orang anak kecil yang menjadi hero tasik. Selamba saja naik sampan kecil di tengah-tengah tasik, yang jauh dari kawasan rumah - dan bermain-main di situ. Mak dia orang tak marah pula kan ? He he.
Mak saya 'geram' betul tengok budak-budak tu selamba naik sampan sendirian, berani betul anak-anak Batak ni.
Mak : Uiii, beraninya...makcik nak naik juga lah.. ( jerit mak dari atas feri kepada mereka )
Budak : Boleh... cuma 10 ribu rupiah.
Laaaaa.. tengah tasik pun bisnes juga. Budak kecil pulak tu. Kalau anak sekecil ini di Malaysia, tak ada langsung dalam fikiran mereka nak cari duit,barangkali.
(aduh, sambung esok-esok lah. mengantuk sudah. )
No comments:
Post a Comment