Memang saya sudah merancang untuk menganyam kertas sepanjang 4 jam di dalam feri Port Klang - Dumai. Sudah saya bayangkan betapa banyaknya saya boleh quil, tanpa di marah emak. Ha ha. Inilah masanya untuk buat apa yang saya suka. Kertas.Kertas.Kertas.
Bekal sudah di bawa. Saya siap-siap potong kertas untuk dibawa bercuti. Toothpicks, gam, tweezer pun dah bawa. Siap masuk dalam 2 plastik yang berbeza. 1 untuk tools, 1 lagi untuk kertas. Kalau dah suka, sanggup buat apa saja kan ? The power of love. :)
Tolong abaikan kertas yang kelihatan mencucuk hidung saya itu. Ha ha. Tak tercucuk pun sebenarnya. Hish.. malulah. |
Di awal perjalanan, saya cepat-cepat keluarkan semua peralatan saya dan mula 'menganyam'. Oh ya, nampak tak Pakcik berketayap di hujung tu... dia memang sangat rajin dan otak dia tak pernah berehat. Ada saja yang digodek, kejap telefon orang, kejap lagi menulis-nulis, kejap lagi kira duit, kejap lagi korek poket. Ada saja lah yang dibuat. Fuuuuhh...
** TUTORIAL BUNGA ROSE COMEL **
Terima kasih mak, sebab jadi photographer untuk tutorial bunga rose comel ini. Sebenarnya, tak cadang pun nak buat tutorial, cuma nak buat rose banyak-banyak supaya mudah di kemudian hari. Tambahan, ini anyaman yang agak simple untuk dibuat di ruang yang terhad.
Pertama, gulung rapat-rapat :) |
Gam hujung kertas. Harap maklum ya, ruang sangat terhad - jadi, kaki, tangan, mulut, celah handbag, pelipat jeans, semua jadi tempat saya meletak alat dan kertas. |
Untuk buat batang dan daun rose, belah 1cm kertas. |
Gulungkan belahan kertas itu supaya menjadi daun. ( alahai, tak pandailah nak buat ayat ) |
Ha, macam ni lah. Cantumkan bunga dan batangnya. Dah siap ! :) |
Marilah bersarapan dahulu di dalam feri. Alahai...nasi gorengnya memang gaya budak tadika masak. Bukanlah nak mengata-ngata kan, tapi apa salahnya masak sedap-sedap. Tambang feri RM 110 tapi bagi kualiti nasi goreng macam 30sen saja- kan saya dah mengata-ngata.
Perjalanan masih jauh, ada 3 jam lagi dalam feri. Sejuknya bukan main sebab kami duduk betul-betul berdepan dengan aircond. Makanya, tuala kecil diguna untuk menutup hidung yang sudah membeku. He he.
rajinnye buat quill tuu., hehe
ReplyDelete