Friday, April 15, 2011

Hobi saya membeli & menyimpan notebook

Bukan notebook (laptop) tu. Bukan. Bukan.

Yang ni.


Sekarang ada banyak notebook cantik-cantik, yang ditulis dengan positive ideas, simple, menarik dijual di kedai buku. Kalau pergi MPH @ Kinokuniya memanglah pengsan dibuatnya. Rasa mahu beli semua. Saya adalah peminat buku-buku kosong ini. Dan selalunya dibiarkan kosong bertahun-tahun, kerana sangat sayang untuk menconteng di dalamnya.

Hari ini, saya telah bertekad untuk menconteng salah satu daripada koleksi notebook saya. Gambar di atas ini cumalah sebahagian, sebahagian lagi di rumah, sebahagian besar lagi masih di kedai buku. ha ha. :)

Dan saya telah memilih buku hitam ini untuk menconteng idea-idea saya, melukis dan mengarang idea yang terlintas di fikiran. Buku ini saya namakan " Buku Idea ". Untuk mengelakkan idea-idea saya yang datang sesuka hati dari melayang begitu sahaja.


Antara topik yang boleh diconteng di sini ialah ; quilling, design iklan, hal hal photoshop, tampal iklan menarik, website menarik yang kreatif, dan gambar.

Saya MELARANG diri saya menulis TO-DO-LIST di dalam buku ini. ( Ima ! jangan sedap tangan nak conteng kat mana sempat yerrr..)

Di bawah ini adalah buku nota kecil yang sentiasa saya bawa di dalam handbag untuk mencatat to do list, shopping list, mengira numerologi, dan apa saja yang saya rasa nak tulis. Rojak lah. Setiap tahun biasanya saya akan ada 2-3 buku kecil ini. Saya mengamalkan sikap membawa nota kecil ini sejak saya tingkatan 4. Terima kasih kepada Pak Usu saya yang menekankan habit yang bagus ini :)


Di era teknologi moden ber IT dan canggih ini, saya rasa ada eloknya jika anda jadikan Pen dan Kertas sebagai sahabat karib anda. Ia benar-benar memberi impak yang berbeza berbanding android @ iphone @ segala maknenek yang seumpama dengannya.

Inilah gaya old skool yang masih relevan dan berkesan.

1 comment:

  1. saya pun ada habit cam tu...terbiasa sejak belajar until now...

    ReplyDelete