Fuh. Tajuk ni macam nak pergi berperang pula kan ? Ya !
Setibanya di Pelabuhan Dumai, kami menghadapi masalah dengan imegresen Indonesia kerana kami tidak mempunyai tiket pulang ke Malaysia.Sebenarnya, abah plan supaya dari Dumai terus ke Danau Toba, kemudian ke Medan,dan dari Medan ke Tanjung Balai. Sebab perjalanan feri dari Tg Balai ke Port Klang cuma 2 jam saja. Jadi, sudah tentulah kami akan beli tiket di Tg Balai,kan ?
Oh, rupanya lain yang jadi. Orang Imegresen minta kami bukti tiket balik ke Malaysia, jika tidak, kami tak boleh masuk Dumai. Pulak dah.
Biasalah orang Indonesia sangat cekap dalam hal ini. Wakil dari syarikat tiket memang sudah ada di situ untuk menjual tiket Dumai-Port Klang kepada kami. Bisnes. Bisnes. Masalah orang adalah peluang bisnes. Kalau tak ada masalah, ciptalah masalah. Hemm...Apa boleh buat, perjalanan mesti diteruskan. Beli sajalah tiket itu dan terpaksalah kami mengharung perjalanan panjang lagi waktu pulang nanti.
Inilah perjalanan yang tidak ada tour guide, kawan atau apa-apa persediaan. Macam belon dilambung-lambung saja. Ikut saja ke mana angin menolak. He he.
( saya tidak mengambil gambar di jeti Dumai, mengurangkan risiko kecurian kamera,harta benda dan keselamatan )
Di luar pelabuhan, sudah berduyun-duyun supir menanti untuk mencari pelanggan. Naik pening juga bila asyik diburu dan ditanya mahu ke mana.
Abah cakap, nak ke Danau Toba. Bagaimana kalau naik bas ? Boleh. Naik pukul 5ptg , sampai Danau Toba pukul 7 pagi esoknya. Ha ha. Lebih 12 jam perjalanan naik bas beramai-ramai,non stop. Sesiapa ada hajat besar atau kecil sila ke jamban dalam bas ya.
Bermakna, tak berhenti untuk Solat ! Mana boleh begitu. Naik bas sangat tak islamik. Jadi, kami pun memilih untuk sewa van bersama Pak Supir. Bayaran untuk satu hari ialah sebanyak 600 000 rupiah. Duit minyak ditanggung sendiri. Ya, kan senang begitu. Boleh solat, berhenti makan, dan tidur dengan aman.
Yang penting, solat Zuhur dan Asar dahulu di Dumai. Di masjid ini, ada diukir nama-nama Allah di dindingnya, tiles yang berwarna hijau ini sangat menyejukkan hati. :)
Terasa lega bila dah selesai urusan dengan Allah. Sekarang, urusan perut pula. Makan tengahari dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Danau Toba. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang bila kami bertolak.
Kami menggunakan perkhidmatan sewa van dari Travel & Tour di Dumai. Pak Supir kami bernama Pak Saregar. Keturunan Batak. Orang Dumai memang ramai orang Batak. Mak dan abah selalu cakap, orang Batak makan orang.
Erk.
Bas ke Dumai - Medan sangat banyak. |
Semangat betul iklan rokok di Indonesia. :) |
bila nak g ke medan lg..nak ikut gak...
ReplyDelete