Friday, April 29, 2011

A Beautiful & Memorable Trip to Dumai - LakeToba - Medan (4)

** BERSYUKUR LAH DENGAN JALAN BURUK DI MALAYSIA **

Percayalah cakap saya. Jika anda rasa jalan Malaysia ni banyak lubang ninja turtle dan buruk, ada tempat lain lagi buruk lagi. Perjalanan 12 jam Dumai- Danau Toba sangatlah mencabar dan kelakar.

Yang Kelakar : Sebab di sepanjang jalan, ada pembetung air di tepi jalan. Di Malaysia, pembetung ni di tanam di dalam tanah, itulah sebabnya JKR selalu korek-korek jalan. Di Dumai, kos mengorek tanah sangat tinggi dan disebabkan rasuah yang tinggi juga , maka pembetung air ini cuma mampu di pasang di atas jalan sahaja.

Akibatnya, rakyat terpaksa buat titi untuk masuk ke rumah mereka yang letaknya cuma di tepi jalanraya. Titi dibina di atas pembetung. Ada juga yang tak buat titi, tapi kalau nak masuk rumah terpaksalah lalu bawah pembetung pula. Kelakar betul, macam main pondok-pondok.

Kelihatan juga anak-anak kecil bermain layang-layang di atas pembetung. :)

Rumah-rumah rakyat ini letaknya di kawasan air paya bakau. Airnya kotor, dipenuhi dengan tumbuhan paya, malahan ada juga kelapa sawit yang terbenam-benam di air paya ini. Rakyat di sini menggunakan air paya untuk membasuh, mandi dan sebagainya.

Habis tu, pembetung air ni untuk apa ? Oh, ini adalah untuk menyalurkan air bersih ke kawasan perlombongan minyak. Bukan untuk rakyat.


Yang Mencabar : Kami terpaksa mengharung jalan yang super duper teruk, berlubang, berlekuk dan bertanah tak bertar ini sejauh 40 km ! Bayangkan, 40 km badan ni digoncang-goncang dalam kereta. Rasanya seperti ; bila kita naik bot kecil di laut, terpaksa pula meredah melintang gelora air selepas kapal besar lalu. Memang tercampak-campak.


40 km ! teruknya jalan...jahanam allignment kereta.

Solat Maghrib dan Isyak di masjid yang sangat besar, tapi rupanya belum siap. Di sini memang selamba, masjid tak siap lagi, tapi dah boleh guna dan berjemaah di sini. Nyamuk sangatlah banyak. Saya gelar masjid ini masjid "reggae", kerana pintu gerbangnya di cat warna merah, hijau dan kuning.

 
Kubah masjid yang tersangat besar. Terpesona melihat kerangka kubah ini
 
Cume beralas tikar,tingkap pun belum di pasang lagi
Ruang mengambil wudhuk yang sangat besar. Ada lagi di sebalik dinding ini.
Tapi kelakar juga sebab air tak dapat mengalir dengan baik,
semuanya terperangkap dalam batu-batu kecil. Esok-esok jadi tempat nyamuk dan busuklah.

Makan malam di Rumah Makan Arowana. Macam tahu-tahu saja kami ada kena mengena dengan ikan arowana. Es jeruk dan Es Pokat nya sangat sangat sangat sangat sedap. Kami juga dihidangkan dengan desert aneh ini, betik + agar-agar nescafe. Oh, kombinasinya sangat tak kena.


Agar-agar itu dibuat di dalam betik.

2 comments:

  1. dear ima...

    wah berjalan2 dgn makcik salinda & pakcik ali..kalo gi indo, memang kena beli tiket blk cause di imigresen that's the first thing diorg akan tanya.melainkan ada visa student. nice trip & cannot wait for another chapter..

    ReplyDelete
  2. tu lah senah...kalau die cakap awal2 kan senang.masalahnye ari tu kaunter tiket dari Tg Balai ke Port Klang tutup. so camne la nak beli kan..

    hai laa..pengalaman.he he he

    ReplyDelete