Monday, January 31, 2011

Wilayah Cinta

Sempena Hari Wilayah, dan saya rasa gembira bekerja hari ini..saya ingin meluahkan gumbira menjadi anak Kuala Lumpur.


Pemandangan dari bilik saya. Saya mmg anak KL,ok!

5 perkara yang buat saya jatuh cinta dengan Kuala Lumpur :
  • Banyak Shopping Complex yang ada kedai pelik-pelik.
  • Banyak Restoran / Kedai Makan yang best-best.
  • Pengangkutan awam mudah. Kalau kereta kena clamp kat rumah, jalan kaki depan sikit dah dapat Teksi. Ha ha.
  • Banyak signboard, billboard. Saya hampir menghafal semua iklan Bilboard di sepanjang Federal Highway.
  • Banyak kedai buka sampai 2-3 pagi. Best wooo... jalan malam2 tak panas,tak jem. Banyak lampu. weeeee!~

1 perkara yang buat saya benci dengan Kuala Lumpur ( terutama Jalan Pahang ) :
  • Hari-hari saya dapat Saman dari DBKL, sebab Parking kat sini sangat sangat sangat LIMITED !!! Grrrrrrrr!!~~

***************************************************

Sementara di ofis, saya sedang enjoy dengan kayu-kayu yang ada. Mengemas dan membersihkan energi ofis. Hari ni cuti, inilah masanya untuk memberi sentuhan 'emas' kepada ofis. Cewaah!

Kulit Kayu Manis - ole-ole dari Bukit Tinggi.


Smile

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That's the time you must keep on trying
Smile what's the use of crying
You'll find that life is still worthwhile
If you just smile
- Josh Groban-

ima yg suke perasantan. oh, perasantan membawa bahagia.ha ha.

Kagum dengan Blog Quilling ini.. cayok !!!
 http://miyyahatkertas.blogspot.com/
 Warna Kuning sentiasa melambangkan keceriaan. Jingga juga. Hijau menstabilkan hati yang ceria. Kalau sesiapa yang hati dia kelam -kelam, kusam..bosan..silalah pakai baju warna kuning ya ! :)

Atau, jumpa saya pun boleh juga. Sebab saya beraura kuning-hijau. Hehehe..

Balut dan tampal


Satu - membeli wrapping paper adalah kegilaan saya sejak sekolah rendah. Asalkan ada corak menarik, tekstur kertas yang meletop, pasti saya beli !

Dua - wrapping paper paling mahal pernah saya beli ialah yang di bawah ini. RM 25 ! Hanya sebab ia dari New Zealand. Beli di The Curve. Ima gila dan membazir. Faham tak, ima?


Tiga - Membalut hadiah adalah sangat mengghairahkan ! Sangat 18SX. Ah, saya suka ! Penuh cabaran, keterujaan, ketelitian, kebebasan dan rasa cinta.


Empat - Saya selalu berangan-angan nak kerja kat Parkson ke... Jusco ke.. Living Cabin ke.. supaya saya dapat balut hadiah orang. Haaiisshh...Kerja membalut, mengikat, menampal, menggunting sangat best,ok ?

Lima - Jika anda terjumpa wrapping paper yang unik dari pandangan mata bulat tak berapa sepet anda, sila belikan untuk saya. Ha ha. Ia lebih berharga dari membelikan saya 10gram emas. ( Ima TIPU ! Emas lebih berharga !!! ) Tapi wrapping paper lebih teruja !


Akhir kata, i LOVE wrapping paper.

Sunday, January 30, 2011

Do what u love.


Oprah Winfrey Show adalah kesukaan saya. Beliau sangat mengkagumkan. Ah, semua pun tahu tu. :) Saya suka menonton kerana ia banyak memberi inspirasi untuk saya teruskan bisnes, mengatur langkah yang betul, mengambil iktibar dan sungguh positif !

Setiap show beliau, akan mengingat-ingatkan saya betapa pentingnya untuk " buat apa yang anda suka".
Question yourself every day...' apa yg aku suka buat ?' apa yang aku boleh buat?' aku nak jadi apa ?'

Bila kita buat apa yang kita suka, semuanya akan jadi hebat. Kalau suka bercakap,teruskan. Tapi bercakaplah macam Oprah. Baru ada duit, ada hasil.

Masalahnya, saya suka macam-macam !!! Hahaha. Saya suka shopping, saya suka makan, saya suka arts, saya suka berniaga, saya suka menulis. Ima tamak. Hahaha..

Nah, dari sinilah perlunya PENGURUSAN.

Anyone wants to be my manager ? Ha ha.


Mimpi yang men'jaga'kan

Dua hari ini, saya alami mimpi buruk. Barangkali ianya adalah natijah dari ketakutan dalam diri saya. Mimpi yang membuatkan saya terjaga dari layanan indah perasaan.

Ia hadir mungkin sebagai amaran.
Ia hadir mungkin sebagai cerminan diri.
Ia hadir sebagai natijah.

Saya harap mimpi yang buruk itu tidak muncul di alam realiti.

Jika ia benar-benar akan berlaku, saya harap ada perlindungan dari kerosakan yang mungkin terjadi.


Inspirasi Quilling

Pada mulanya, saya adalah pengikut senyap Blog Handmade Card Kak Lin. Saya kagum melihat hasil-hasil halus tangannya. Ideanya segar. Sejak hari itu, saya mula mengenali perkataan 'quilling'. Terima kasih Kak Lin.

Saya terus meng'google' hasil-hasil quilling. Wow !! Memang cantik. Saya selalu tanya pada diri saya ' kenapa saya tak kreatif macam mereka ?' atau ' kenapa saya tak pernah terfikir design ni ?'. Itulah yang dikatakan anugerah. Ianya dari Allah, Maha Pencipta. Dialah yang mencetuskan inspirasi ciptaanNya kepada hamba yang dikehendaki.

Sepertimana blog ini. Ia diinspirasikan oleh seseorang yang semakin istimewa dihati saya. Begitu juga dengan Diba. Dia selalu cakap 'diba suka tengok akak buat kad'. Kak Seri juga selalu cakap ' Timah buat lah benda-benda kreatif dan arts tu..teruskan..'. Effy selalu cakap ' aduhh..berapa lama nak siap buat 1 kad tu...'..Meskipun beberapa orang keliling saya beri galakan, tapi saya tetap rasa idea saya tak hebat pun. Segan lah nak buat.

Tapi minat tak pernah terpadam. Setiap kali singgah kedai kertas, reben, art, dan yang seumpama dengannya...saya pasti naik gila ! Berhabis duit untuk kertas dan aksesori yang akhirnya akan tinggal dalam beg kertas selama berbulan-bulan.

Mujurlah mak tak pernah nak komplen sangat hal ni. Terima Kasih, Mak !

Sesekali, saya buat kad kepada mereka yang terpilih. Dulu tak ada kamera, jadi tak ada simpanan untuk koleksi saya. :(  Hanya mereka yang benar-benar istimewa akan dapat kad saya. Walaupun ia tak cantik, tapi saya hadirkan ikhlas dari hati saya dalam kad tersebut. Bagi saya, disitulah kecantikannya ! Oh, ima perasantan lagi.

Akhirnya, kerana dia juga. Pada malam birthday saya, saya buat kad quilling pertama untuk diri saya. Inilah hadiah untuk diri saya. Kerana saya sayangkan bakat kecil saya. Dan saya hanya mahu duduk diam di rumah malam itu, menanti dia pulang dari kerja.

1 for me

1 for you

18 Januari 2011, ianya bermula. Dan saya harap kertas dan cinta ini akan sama-sama subur.

Terima Kasih semua.

Gosip dan Kedai Kayu

Saya selalu perasantan bahawa saya selalu ada pandangan yang berbeza bila melihat sesuatu.
  • Gosip antara budak perempuan.
  • Pakwe makwe berdating.
  • Promote bisnes baru kat prospek
  • Gosip antara budak lelaki
  • Layan facebook dengan laptop ramai-ramai.

Semua di atas menceritakan tentang BERCAKAP (2) mengenai ilmu dan pengalaman. Kisah baik, menarik,hangat, sedih, pahit, masin,masam. Ia sangat KAYU (4).


Maka, tak hairanlah, manusia2 yang saya tulis di atas memilih KOPITIAM sebagai tempat melepak. Sebab kopitiam punya konsep kedai pun berkayu-kayu jugak. Serasi lah kan ? Tambah pulak kita memang order air kat Kopitiam tu.


Cuba tengok Old Town White Coffee ? PapaRich ? Bangi Kopitiam ? Dan macam-macam lagi kafe ala-ala kayu yang menjadi tempat lepak berjam-jam. Energinya sesuai sangat. Kedai kopi yang begitu dah menjadi trend orang sekarang.. ia menjadi lebih eksklusif dan terkini.

Bussinessman menggubah kesukaan manusia menjadi BUDAYA yang lebih segar sesuai mengikut zaman. Inovasi dilakukan untuk meraih market. Saya berharap suatu hari saya akan jadi seperti itu.

Saya rasa, apa yang saya faham dan maksudkan dalam kepala otak ni, tak dapat terluah dengan baik di entri ini. Oh.sedihnya. Tak apa lah, saya akan asah lagi tulisan saya, supaya apa yang saya nak tulis ni, anda faham.

Numerologi itu menarik. Tapi saya baca dengan cara begini. Bukan dengan cara membaca perangai manusia. Sorry eh..!

Kayu cinta

Masa tulis tajuk ni, kayu cinta. saya terfikir, eh eh..kenapa orang tulis 'main kayu tiga'. kenapa tak 'main besi tiga?'

Kenapa mesti kayu ?

*********************************************************************

Saya suka kayu. Rumah kayu, pintu kayu, pensel kayu, hissh..apa saja berkaitan kayu, saya suka. Saya idamkan sebuah rumah kayu yang cantik dan seni. Dan diatas kayu itu, saya akan tampal semua kerja-kerja kertas saya. Oh..indahnya bayangan itu. Perfect !


Kertas terhasil dari Kayu. Dalam numerologi, kayu (4) merujuk kepada ilmu dan pengalaman. Hala tuju dan arah. Kita menulis arah tuju di atas kertas. Buat proposal bisnes atas kertas. Buat to do list atas kertas. Buat senarai beli barang dapur atas kertas. Bagi saya, menulis di atas kertas adalah sesuatu yang seksi !

Oh, ada juga yang menulis di atas kertas tisu. Terutama bila melepak di kedai mamak. Mulut pot-pet tak berhenti, tangan pula gatal nak menconteng. Tisulah yang jadi mangsa. Menulis atas tisu, bagi saya adalah Obsesi !

Ada pembaris kayu yang panjang. Ingat tak ? Kayu itu juga dijadikan pengukur. Saya selalu mengukur kehidupan saya. Adakalanya, pembaris saya terlalu pendek untuk mengukur kertas kehidupan yang panjang dan lebar. Adakalanya,hidup saya tidak berganjak langsung dan sentiasa berada di dalam pembaris yang pendek. Manusia menilai mengikut pembaris yang berbeza-beza. Pandangannya tak sama. Jadi,selalu-selalulah cari ilmu dan pengalaman, supaya pembaris kita bertambah panjang dan tepat.

Sekarang, saya mahu beli satu pembaris baru. Shhh..rahsia... ia perlu ditempah terlebih dahulu. Custom made. :)

Sebenarnya, entri ni tak ada kena mengena pun dengan kayu cinta. Apelah ima !



Gulungan Kertas


Adakah sebab saya berelemen Metal (6) dalam numerologi, maka saya terlalu mencintai kertas (9) ? Tekstur kertas mampu meluahkan isi hati dengan tepat. Warna mampu menjelaskan ketenangan, kegelisahan, kekacauan, kebahagiaan. Gam sebagai pengikat suasana dan rasa.Gunting sebagai pengalun mimpi dan menjadikannya realiti. Perfect !

Saya terlalu cintakan kertas. Jika digulung,ia bulat. Seperti hidup. Bila kita picit dan cantum ia jadi bunga. Dan senyuman terukir. Hidup seperti gulungan kertas yang tertulis rahsia yang terbuka. 

Wahai kertas,

saya ingat awak setiap pagi
saya mimpikan awak setiap malam
saya mencitai awak atas alasan sentimental
harap2 awak percayakan saya
saya telah serahkan jiwa saya

Kerana kertas,kawan dan family adalah kecintaan saya. Blog ini sebagai tanda sayang saya.


 Saya sayang mereka semua...my friends and family (F2)