Thursday, December 29, 2011

SENTAPan Jiwa





A strong woman works out everyday to keep her body in shape.
BUT a woman with strong Iman prostrates in prayer to keep her SOUL in SHAPE.





< sedang mencuba perbaiki kedua-duanya. >

Tuesday, December 27, 2011

Before 2011 Ends.....,

Yup.
2011 bukanlah tahun yang cemerlang buat saya.
Banyak impian yang masih lagi 'on progress'..
Pengalaman telah dikutip.
Ada yang ambil, ada yang terbuang, ada yang terlalai..
Ima Zahra lemah orangnya..
masih banyak perlu diperbaiki dengan bersungguh-sungguh
tapi saya memang tak tahu malu
tetap mahu berharap
akan ada pakej-pakej istimewa dan menarik
untuk saya di 2012 / 1433
juga untuk kalian semua.
Mudah-mudahan.

dari buku nota yang cute ;)

Saturday, December 24, 2011

Kenapa idea banyak bila tengah pandu kereta ?

Soalan di atas terlalu skema.
Diba tak suka Kak Timahnya yang menulis dengan skema. Haha..  Nak buat macam mana, sesekali ayat dalam kepala ni tersusun sangat. Haks!

Ayat biasa --> " apesal bila drive kete,banyak je idea datang?"

Haa... okay sikit kot?

Betul ! Saya selalu dapat idea hendak menulis blog semasa memandu kereta. Idea berdesup-desup masuk siap jadi boleh buat ayat intro, letak gambar, selit-selit lawak etc.. Waduh ! Kalaulah idea di kepala ni boleh terus load masuk dalam blog, confirm dah beribu post yang Ima Zahra buat. Tak terlarat kome nak membacenye.

Satu lagi, idea bisnes - merancang buat marketing, design iklan, edit blog bisnes semuanya boleh datang sederap masa bawa kereta. Apa boleh buat, cuma SAVE je lah dalam ingatan...dengan harapan bila sampai ofis nanti nak buat kerja / nak tulis blog seperti yang dirancang..

Malang sekali, bila dah sampai ofis, duduk depat PC,... menghadap FB...langsung terbang melayang semua idea-idea itu. Ha ha. Cuba ingat-ingat balik, pun tak dapat juga. Alahaaaaii....

Jadi apa perlu saya buat ? Sentiasa 24jam bawa laptop - dan bila ada idea terus berhenti tepi jalan ? Hissh...macam melampau pulak kan. Nanti mak cakap ' timah, mana kau? tak sampai-sampai ofis ni haa..'

Jadi, salahkan FB eh, haha.. ( tak nak mengaku salah sendiri )

Haaa.sekali kena gantung gaji sebulan baru tau. Tak nak. Tak nak.
;)

Oh, gambar di bawah cuma hiasan. Fairies yang terbaru saya buat tu kecil je sebenarnya.. tapi dalam gambar kat blog ni macam besaaar lah sangat :p



Friday, December 23, 2011

My Notebook collections



Sebahagian koleksi buku nota yang sudah diguna dan belum diguna. :)
 I love them all..
Sesetengahnya menyimpan suka dan duka...


my passion


Thursday, December 22, 2011

Impianku...

Doakan saya ! Mudah-mudahan suatu hari nanti tercapai juga...

Best Friend Till Jannah




Mengalir air mata ...
Remind me of you, Effy & Diba ...
dan kawan-kawan yang pernah rapat dengan saya dulu
dan rapat dengan saya sekarang...

Love you. Love You !

Day 10: In 10 ways, describe yourself in the next 10 years

Yahooo !!! Last Day of 10 Days Challenge,,

Ya bedabedoooo...
Eh kejap, tiba-tiba Ima Zahra teringat perangai masa kecik-kecik umur 7-8tahun..

Cara-cara untuk tidur dengan gembira. Mahu tau ? Sila tingkatkan daya imaginasi anda :-


Alolo..comeynyee..tapi bukan begini caranya

  1. Bentang tilam di atas lantai
  2. Letakkan bantal di atas tilam
  3. Berdiri dan hadapkan muka setentang dengan bantal
  4. Kedua-dua tangan di sisi.
  5. Bersedia....tarik nafas...
  6. Jatuhkan badan kedepan (dan bawah), dengan badan yang kejung keras seperti berdiri, tangan masih disisi !
Hey ! bukan macam ni jugaaak !

Pooook !! Nangka 20kg berbentuk orang jatuh dengan muka tersembam di atas bantal. Kelassss nyaahh. ( 20kg la sebab budak lagi )

Yes ! Macam ni. Tapi bila dah tertangkup -kedua dua tangan mesti kat sisi badan jugak.


Eh, apesal Ima Zahra beriya-iya cerita pasal ni ? Aiyooo. Apapun sila cuba buat balik nanti ya .. ha ha.. 

Sekarang ni, tak mampu nak buat begitu lagi...entah ke mana keberanian menjatuhkan badan itu menghilang...Hehehe...

Okay ! Sekarang jom jawab soalan terakhir ini. 

In 10 ways, describe yourself in the next 10 years ( jap, ape maksud in 10ways ? uh..lantaklah )
  1. Umur 36 - hooi ! tuanya ???
  2. Ada rumah
  3. Ada anak - saya sedang mengejar anak yang masih belum hafal sifir. Kahakaha... imaginasiku OVER !
  4. Well known - Aku mahu fofuler. ngerti ?
  5. Maintain cute - Haha. perasan ! Biasa saja kalau orang tegur " eh, iye ke ? Saya ingat baru 26 tahun ! "
  6. Kaya dan berkongsi kekayaan dengan orang lain.
  7. Sihat - bertenaga dan bersemangat
  8. Dikelilingi oleh kawan yang baik dan budaya Islam 
  9. Tidak menetap di Malaysia - Yes !! 
  10. Masih mempunyai mak & abah.


Hasnah, aku berjaya ! Walaupun lewat sehari dua. Tak kisah laaaa... Hehe

Tuesday, December 20, 2011

Day 9: 10 things you dream to buy

Cuba baca balik soalan tu ? Tak challenging langsung. Haha. Ada ke tanya Ima Zahra 10 things you dream to buy ?

Dream ?
to BUY ?
Haha..

Mestilah banyak...!!

Tapi soalan ni macam ulang-ulang la..Hari tu dah tanya wishes..ni tanya lagi. hem..


  1. Rose perfume Yvos Rocher
  2. Rumah Dutamas
  3. Lot kedai di kawasan boleh buat duit
  4. Rumah sewa
  5. Kamera kecil - sudah pening bawa kamera besar-besar
  6. Perfect Concealer nak tutup eyebag ni haaa
  7. Berus-berus mekap :)
  8. Shape Plus
  9. Kasut baru ! Hehehe....
  10. SKII Miracle Water


Ada sesiapa nak hadiahkan ima ? haha.. birthday tak lama lagi tu..hehhehe...

Monday, December 19, 2011

It's a boring day...

kosong.
bosan.
tak happy
sunyi
tak ada perasaan.

sesekali waktu-waktu sukar pasti terjadi..dan saya berharap ia berlalu dengan cepat dengan tidur sepanjang hari.

day eight : 10 of my favourite songs

Soalan menyampah nak jawab, sebab saya memang tak tahu tajuk lagu. Banyak lagu yang best-best tapi tak tahu tajuk.

Jadi macamana ?

Oh, em..kalau tak nak jawab 10 lagu boleh tak ? Eh, ini bukan ada markah pun kan Hasnah ? Aku jawab ikut suka hati boleh kan ? Tak ada skema jawapan punnnn..ho ho.

Okaylah, saya akan jawab ikut suka . Apa sahaja berkaitan lagu, saya akan tulis sampai 10. Boleh gitu. Haha..baca je laaaa...( kalau ada masa untuk dibuang )

  1. Lagu Dato Siti tetaplah jadi pojaan - kecuali lagu-lagu dalam album CT-KD yang entah apa-apa tu.
  2. Lagu-lagu yang berlirik motivasi dan berlagu sedap didengar - boleh layan...
  3. Lagu Najwa Latif - itu sungguh memuakkan.
  4. Album Celine Dion Taking Chances itu adalah sangat superb !! Energi CD sangat luarbiasa...gila ! konsert itu sangat best.
  5. Lagu-lagu ala Bob Marley juga boleh dilayan
  6. Ave Maria by Kim Ah Joong - 200 Pounds Beauty - power wa cakap lu.
  7. Alhamdulillah - Too Phat & Malique evergreen
  8. Senyum - Malique ft Najwa ----> sweet memories ;) muuuaaahhhhhss ..Ima sudah gedik. Shooh.
  9. Asma ul Husna by Sami Yusof  -- aduhai suaranya melemahkan hati yang keras...
  10. Negaraku

Hahahaha !! Patriotik lah konon Ima Zahra !! Negaraku ??? Kahhkahkah... Bilakah kali terakhir menyanyi lagu negaraku dengan berdiri tegak ??

Lama dah weeeiiiii...

Sunday, December 18, 2011

Sila Pergi Daftar Sebagai Pengundi

Ya ! Terang-terangan Malaysia dilanda kekacauan. Tanggungjawab kita cumalah pergi daftar sebagai pengundi dan mengundi dengan BETUL di hari mengundi. Jadilah rakyat yang bijak, bukan omong kosong dalam blog, dalam fb tak puas hati itu dan ini. Sebaliknya, buktikanlah bahawa anda boleh membuat perubahan dengan memilih kerajaan yang betul.

Terang-terang kerajaan sekarang hancus. Sila ikuti perkembangan politik serba sedikit ya. Umur 21 tahun tu dah cukup dewasa untuk faham dan beza mana yang baik mana yang tidak.

Lawat www.spr.gov.my

Ima Zahra sudah mengundi di Parlimen Batu pada pilihanraya yang lepas. Hooray..rasa sungguh bangga selepas mengundi.


Saya sudah ;)


" If you think you are too small to make a difference, try sleeping with a mosquito in the room.”  - dipetik dari Blog Hanis Zalikha

Buku Nota baru 2012

Tujuan utama ke MPH ialah untuk membeli buku nota 'bodoh' yang mahal, brand a.e.i.o.u. Entah brand ini dari mana , tapi hanya secebis idea dan diperbaharui dengan gaya lebih moden - ternyata ia betul-betul menambat jiwa saya untuk membeli.

Itulah inovatif.

Dan buku nota sekarang sudah lebih canggih kulitnya, kerana dihiasi dengan kata-kata positif, motivasi, perangsang yang membuat kita mahu memilikinya. Buku nota kecil yang mungkin dahulu harganya cuma 60sen, kini sudah boleh dijual dengan harga RM6 ! Dengan saiz yang sama, tapi kulit dan gayanya berbeza.

Jadi, nak cakap apa ? Duit makin kecil atau keinginan yang melampau-lampau ?

Hemm.. saya fikir, jawapannya yang no2 itu. Oh! :(
Tapi memang buku nota kecil harga 60sen sudah tidak wujud lagi di Malaysia !
Oh, ima - alasan itu ! alasan !



Buku nota yang telah berjaya mengikut saya pulang hari ini ialah :-

  1. Buku Effort (hijau pucuk pisang ) -- kertas kosong, tiada garisan. Jadi, bebas untuk menulis, melukis dan selebihnya mencakar.
  2. Buku nota kecil putih -- bertulis " sometimes you will never know the true value of A MOMENT until it becomes A MEMORY " 
  3. Buku nota kecil coklat -- bertulis " Keep it simple "
  4. Buku nota 'bodoh' yang mahal ( A5 Scout Book ) -- dalamnya kertas kosong, tapi sungguh seronok untuk menulis di dalamnya !
Semoga buku-buku ini akan menjadi teman saya untuk melakar kejayaan 2012. Cukuplah 2011 yang tidak berapa berjaya ini sebagai iktibar. Bangunlah Ima Zahra ! :)


Oh ya ! Saya mengimbas semula buku nota kecil saya di awal 2011. Di dalamnya ada tertulis " Nak handbag Baru !!!! ". Saya menulisnya ketika dalam majlis Retreat & Recharge Reiki.

Sungguh tak kusangka, tahun ini saya memang banyak beli beg ! Banyak ! Kadang-kadang perkara yang kita main-main tu mudah sekali menjadi kenyataan tanpa kita sedari. Bersyukurlah. ;)

Beg terakhir 2011

Day seven : 10 important people

  1. Mak
  2. Abah
  3. --> 10. rahsia.
Tak mahu mengecilkan hati sesiapa jika tak tiada nama disini. Yang pasti, anda tahu yang anda sentiasa di hati saya.

Saturday, December 17, 2011

Day six : 10 items I can’t live without

tulis cincai dulu lah. sudah terlewat ini.

  1. Magicryst deodoran - paling best dalam dunia ! trust me..
  2. Bedak Miyami
  3. Lipgloss Aloevera- ikut warna darah.
  4. Buku nota kecil - mesti letak dalam handbag
  5. Handphone - 1 sumber wang, 1 lagi sumber cinta ;)
  6. Kertas warna /kertas quilling/ dan yang sama waktu dengannya
  7. Kereta - oh ! kekasih.
  8. Buku / majalah - mesti ada , ia adalah peneman hidup yang paling setia
  9. Laptop / internet
  10. Shopping complex.
Wow...macam tak caya je bila shopping complex jatuh ditangga terakhir . Hehe...

Eyeliner In2It yang best..

Baru-baru ni Ima Zahra ada beli Eyeliner yang murah tapi best ;)

really black ! crayon eyeliner - jadi bila apply pada mata sangat smooth.

calit warna claret dulu. garis tebal-tebal.
pastikan calit sama saiz dan kemas pada mata kiri dan kanan ya ;)

calit eyeliner very black di atas 'claret'. tapi jangan tutup habis. tinggalkan sebahagian supaya kita ada 2 warna eyeliner.

tadaaa! lah sangat. warna hitamnya sangat hitam. bila tutup mata, akan nampak warna claret.

Sebenarnya sungguh teruja nak kongsi yang eyeliner ini best, maka gambar-gambar pun diambil lah. Bukan nak jadi otai macam blogger yang lain - oh, mereka lebih cantik ok;)

Paling penting, eyeliner ini tak smear kat bawah mata walaupun berpeluh. Itulah keistimewaan eyeliner jenis crayon. Oh, waterproof ya !

Ini ciri-ciri eyeliner In2it :-
  1. waterproof and super long wearing ---> diakui !!!
  2. dries in 60 seconds ---> lebih cepat dari itu ! 
  3. no smudging or 'panda' eyes -- yupp
  4. easy to apply and remove -- tetap kena remove dengan makeup remover. jenis tisu pun ok.
  5. ultra smooth formula 
  6. no bleeding no running.
Last sekali -- MADE IN GERMANY .

Oh, benarkah ? :)

Thanks Diba kerana berusaha gigih mengambil gambar mata yang sudah menampakkan penuaan ini. Ohh... sabarlah Ima. Manusia itu menua. Hehehe.

Friday, December 16, 2011

day five : 10 wishes

Haaaahh !!! 10 wishes !!??? Senang kacang goreng tong garden je !

Bab nak nak benda ni memang laju je nak jawab. Walaupun hidup ni tangan memberi lagi baik dari tangan yang meminta, saya tak kira. Tetap mahu meminta. Hoii, ima Zahra apa kau merepekan ini ?



Wish December 2011 dilanjutkan, tadaaaaa :-

nak google - brush tool, tersasul tulis Brussels - Oh, rupanya nama bandar!

  1. Make up brush set - fullamaaakkk.... budget tukang mekap profesional je aku nih.
  2. Kasut sukan - tak dapat lagi ! nampak sangat tak bersungguh. Belum bersukan, kaki dah terencot-encot sakit segala bagai
  3. Buku nota cute - Kat MPH ada jual. la la la la...
  4.  Smokey eyes set - eye shadow MAC. -- haaa..tak hengat nak MAC aje !
  5. Ehek, masih ada masa untuk turun berat badan kot ? --mak, jangan la masak sedap-sedap. kekeke.
  6. Join Retreat&Recharge Special Nisfu Syaaban tahun depan ke Bandung - semangat letak wish awal-awal.
  7. Duit ekstra RM1000 sebelum habis 2011 - utk diyoyakan dengan gumbira. ( dilarang Google 'yoya' untuk maksud )
  8. Nak pergi Brussels, Belgium. ( hambek kau ! )
  9. Iphone4s - masihkah relevan ? macam tak yah jeeeee... 
  10. Buat 1 quilling khas -tulis REIKI.


Da da da... semoga keinginan melampau dan tak terkawal ini menjadi kenyataan. 

Thursday, December 15, 2011

day four : 10 things I want to say to one person

Semalam tengok Hasnah tiba-tiba dah siapkan soalan ni. Aik ? Musykil. Oh, mungkin Hasnah 'jamak takdim'. ;)

Alamak, apa punya soalan ni...hhmmmmmm.....



10 things I want to say to one person :-

  1. Saya sayang sangat-sangat-sangat.
  2. Saya teringin nak jumpa dan bersembang-sembang selalu
  3. Saya nak dengar selalu nasihat kamu
  4. Saya mahu jadi setabah kamu. 
  5. Saya jeles dengan kedudukan dan kesempurnaan kamu! 
  6. Bolehkah kita jadi teman baik suatu hari nanti ?
  7. Bila saya buntu, jika kamu jadi saya--apa yang akan kamu lakukan ?
  8. Saya mahu jumpa kamu.
  9. Saya mahu cakap dengan kamu
  10. Saya mahu kenal kamu...

Kamu itu ialah Puteri kesayangan Rasulullah saw. Saya hanya punya nama seperti kamu, tapi masih belum dapat jadi semulia nama kamu. Cemburunya saya ! Kecewanya saya. Saya ingin bertemu kamu....wahai Fatimah bt Rasulullah...Bukankah nama kita serupa ? saya mahu mencontohi kamu......

Wednesday, December 14, 2011

day three : 10 things I hate

Hari ini hari sosial. Ramai betul datang Real Shoppe. Riuh rendah.Oh, iya bukanlah perkara yang dibenci ya. ;)

Jantung tengah berdegup kencang ( cehwaah ) sebab baru lepas Mandi Buih Ultrasonik. Fuuuhh.... seperti berjongging 3km ye ! Harap maklum. Jadi, sedang termengah-mengah menulis. Demi Hasnah ku tabahkan juga.

10 things I hate 
  1. Bila badan sakit, tapi otak berlari laju ( macam-macam idea ) -- grrrr !! 
  2. Bila badan sihat bukan kepalang, tapi tak ada Idea. --- banyak cekadak kau,ima !
  3. Bila masuk tandas, tiba-tiba nampak BUKTI yang orang last guna tak flush. -- susah sangat ke flush toilet ??
  4. Orang yang tengok TV pasang kuat-kuat -- sampai nak bercakap pun susah kena terjerit-jerit macam orang tak ada manners.
  5. Malas -- Kadang-kadang, malas itu terlalu mendamaikan. Tak guna itu Syaitan ! Syooohh.
  6. Tengok Home FB tapi kebanyakan status / gambar bosan-bosan dan negatif. -- tahukah kalian keluhan yang ditulis itu mampu merosakkan mood orang lain juga. hu hu hu..
  7. Bila perasan sendiri body kurus, tapi tiba-tiba orang tegur " ima dah berisi lah !"
  8. Sampai hari ini, impian menyiapkan buku tak sempurna lagi -- ima begitu pemalaskah ?
  9. ( tak ada idea dah nak tulis ni ! ) 
  10. pergi ke kedai makan dengan penuh harapan, tiba-tiba kedai tu tutup. 

Yeay ! berjaya siapkan. 
Ternyata, hendak menulis sesuatu yang dibenci lebih SUKAR dari menulis sesuatu yang disukai.
Kerana saya tak suka FIKIRAN NEGATIF.
Tak suka.

Alamak, tu dah negatif. Ok tukar.

Suka tak ?

:)

Monday, December 12, 2011

Day 2: 10 things I love


Oh,soalan ala-ala biodata zaman sekolah rendah.
Makanan kesukaan ? : sky juice ( kira power sangat la ttuuu )
Minuman kesukaan ? : masakan ibu.
Artis kesayangan ? : Ziana Zain, Nirvana ( perrgh...sayang la sangat...kenal pun setakat nama kat URTV, wek wek )

Oh, hingusan sungguh ! Tapi itulah kenangan manis,kan ? Ada sesiapa yang tak pernah buat biodata seumur hidup ??Rugi. Rugi. ;)

I love this flower --> pokok bunga merah toing toing !

10 Things I love :-
( refer to hobbies )

  1. Reiki Healing - sangat suka buat orang bertambah sihat, bertambah cantik
  2. Quilling - saya suka kertas, sebab saya boleh control elemen kayu. ( paham ke tak korang ? )
  3. Make up - seronok menenyeh muka orang, a simple touch akan buat saya asyik tengok je muka orang tu lepas make up. Perasan hasil kerja sendiri bagus. ha ha.
  4. Travelling - Setahun kalau tak dapat holiday macam tak best je...( tapi si Effy ni sampai sekarang tak kasi jadual, hoi...aku dah kepingin gi Bangalore ! )
  5. Photoshop - Walaupun tak hebat langsung, macam budak darjah 2 ..tapi tetap suka dan mahu belajar 
  6. Shopping Complex ! 
  7. Books ! - saya tak boleh tahan nafsu untuk membeli buku. Walaupun sekarang dah jarang baca, tapi tetap suka beli buku.
  8. Driving - pernah tak saya beritahu ? Memandu kereta membuat jiwa saya tenang.
  9. Spa - berangan untuk ada spa sendiri dengan 'silibus' yg saya cipta sendiri
  10. I love supporting friends - Yup, saya suka dengan orang yang sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Dan tak perasan bagus.

Cukuplah kot ! 
Tulis banyak-banyak pun anda tak beri baucer Spa percuma ke.... buku-buku self help percuma ke... kelas makeup percuma ke..hehehehe..
Tapi, kalau nak kasi, jangan lupa bagitau ya. Haha

Gatai !

Sunday, December 11, 2011

Day 1 : 10 Days Challenge

Hasnah telah tag Ima Zahra untuk melakukan 10Days Challenge ini. Dia tag Eha jugak, tapi rasanya macam Eha tak mampu je nak buat. hahaha. kejam tak ?

Betul cakap Hasnah, ni macam dah buat masa 30Days Challenge hari tu... tak apa lah ulang lagi. Kot-kot berfaedah,mana lah tahu. Seperti yang saya cakap dulu - dulu, ianya seperti revision terhadap diri sendiri. Jadi, kalau anda suka- sila baca. Kalau anda tak suka, sila close tab. Terima Kasih. ;)

Perlu jawab ---> 10 Days Challenge :-

day one : 10 things about me

day two : 10 things I love

day three : 10 things I hate

day four : 10 things I want to say to one person

day five : 10 wishes

day six : 10 items I can’t live without

day seven : 10 important people

day eight : 10 of my favourite songs


Day1 : 10 Things about me 

Okay, saya jawab ikut Numerologi ya ! Tarikh lahir 18-01-1985
  1. Elemen : Logam
  2. Perancang yang baik, teratur dan boleh memimpin tapi kurang dari segi pelaksanaan 
  3. Percaya pada prinsip diri sendiri dengan kuat
  4. Suka berkongsi pendapat atau bercakap, dicemburui ( eh, korang jeles ngan i ke? haha ), menarik pengkritik tanpa disedari ( biasalah orang follow blog tapi dendiam mengata belakang,kan...?)
  5. Bijak mengurus dan melakukan pelaburan yang akan berjaya. Hasil dinikmati oleh diri sendiri dan keluarga (feewwit )
  6. Sangat suka bantu dan menjaga orang ( oh, bergantung juga )
  7. Sukakan seni dan muzik ( obviosly kenapa blog ini ditubuhkan ! )
  8. Boleh mengawal elemen kayu. ( sila rujuk label "Kayu" dalam blog ini ;)  )
  9. Tahun 2011- ialah tahun PERUBAHAN untuk saya.
  10. Warna Aura : Hijau-Kuning

Okay ! Jumpa esok !

    I told you, this is the best lipglass !

    Dahulu kala, memang Ima Zahra suka buang duit beli kosmetik. Geram dengan warna dan packaging. Memang melampaulah syarikat kosmetik besar-besar di luar sana, berjaya dia menggeramkan ima dengan packaging dan kedai mewah mereka !

    Sekarang tidak lagi, saya sudah bijak membeli bila perlu. Errr...atau bila 'lama terpendam'. Haha. Ya ! Sebenarnya termasuk dalam wish list December 2011 adalah Cleanser B.liv @ Sasa. Tapi, bila tengok harganya yang .....oooh...Ima Zahra mahu yang lebih murah ! Maka... setelah pusing Watson beberapa kali, Ima Zahra mencemar duli membeli Cleanser Simply Siti. Tak tahu lah macamana, harap-harap tak lah seindah promo saja. ;)

    Dan packaging eyeliner In2it itu sungguh menggoda juga untuk saya mencuba. Emm..bolehlah pakai bila nak 'simple make up' saja.



    Ya ! inilah lipglass yang menjadi teman baik saya sudah bertahun-tahun. Semalam, saya cuba untuk cari warna yang lain, tapi tak ada satu pun yang memuaskan mata saya. Akhirnya, beli saja lipglass ini. Oh, kasih kami bertaut sungguh erat. Hehe. Poyo lah ima ! Untuk sesiapa yang tak suka bibirnya 'over the ocean' boleh pakai lipglass ini selepas mencalit lipliner pelbagai warna. Hasilnya sungguh debom.

    Eh, saya bukan pakar kejelitaan seperti blogger hebat lain. Cukup Ima Zahra !

    Ima zahra : Dik, okay tak warna ni ?Diba : Tak,macam tak (teeet ).

    M tetap menjadi pilihan. Okay, bukan MAC , tetapi bedak Miyami. Best sangat sangat !

    Oh, masing masing  !!!!

    Party Macarons (2) @ One Utama

    Berkurun tok kaduk tak ke One Utama. Dah ketinggalan kedai apa yang baru, kedai apa yang tutup..hidup lagi kah OU ? Wah ! melampau soalan itu, macam tak mungkinlah OU nak tutup kan..

    Haziq ( 9thn) sebenarnya teringin sangat-sangat nak ikut kitorang (gadis idaman Korea) berkenduri. Ha ha. Korea lah sangat !

    Haziq : Kak,nak gi OU buat apa ? tengok wayang eh ?
    Ima Zahra : Tak lah, nak gi makan-makan.
    Haziq : Makan apa ?
    Ima Zahra : Macarons
    Haziq : Halal ke ?

    Haaaa !!! Ambik kau setepek ! Inilah yang kita mahukan ya tuan tuan puan puan sekalian.. budak kecik yang concern dengan Halal Haram makanan... bukan main hentam keromo nak glamour semata-semata nak ikut trend aja.

    Halal lah...

    Apa pun, ibu tak kasi Haziq ikut... terus dia duduk tersodok duduk kat sofa. Merajuk.

    Tema Party Macarons kali ni ialah :- PEGHAK. ( reti sebut ?? )
    Sebab kitorang semua dah lama sangat tak datang OU.  Ha ha. Ternyata, kitorang memang peghak sebab 10 minit yang pertama masuk mall... masing-masing diam, tak bercakap-cakap, mulut nganga, mata buntang besar-besar - sbb dalam hati memasing " okay,, apa yang aku dah ketinggalan ni ? apa yang latest ? " uwwaaa.. ke Ima Zahra je camtu .., ha ha ha. sorry lah adik-adik !


    Gambar !

    ini bukti kitorang memang dah lama tak datang OU, okay ! Diba tengah google address..he he..


    Silap tarikh lah..10/12/2011. malas nak edit balik.

    angah : kenapa macarons dalam gambar kat atas tu buruk ?


    YES ! gigitan-gigitan cinta Gadis Idaman Korea telah bermula  (padahal JAWA ! )

    Entah kenapa, bila dah selalu-selalu makan benda ni, saya rasa semuanya sama je rasa !!! tapi ada walnut, ada strawbery,ada vanila, ada green tea, sesame ( hah ! yang ni rasa BIJAN seehh ). Eh kejap, ada macarons durian  ! belum cukup gigih untuk mencuba. eeerrkrkkk !!

    hai cik kak, bolot sorang nampak....?? eh kejap,

    alamak ! angah ke yang makan semua macarons ni ???

    Eh, lupa pulak nak bagitau kedai macarons ni. Sila cari LG - New Wing, depan Cold Storage, One Utama.

    Rasa macarons die tak lah manis sangat berbanding kat The Curve hari tu. But, still...no way to diabetic patients.

    Happy ! Thanks semua ! Harap-harap lepas ni ada lagi yang join . Abang Miji dah terliur,kot ! haha.

    Thursday, December 1, 2011

    December 2011 Wishlist

    Sebenarnya ikan arowana boleh dimakan ke tak ?
    Err...bukankah orang tak makan arowana sebab harganya mahal ? Ye lah...boleh sampai RM15,000 seekor ( yg besar + cantik ).. Ko gile nak makan ikan mahal gitu !??? Ko mampu...?? Haha.


    Ada orang cakap ikan tu tak leh makan sebab sisik die cantik. Emmm.... entahlah ima zahra belum pernah jumpa ayat Quran cakap ikan ni tak leh makan. Bukan 2 alam, bukan beracun, ...entahlah. Kalau ada, tolong habaq naaaa...

    Wishlist Bulan 12/2011  
    • kasut sukan ( berangan kot2 satu hari ni tetibe terbuka hati nak jogging di Tasik Titiwangsa,kekeke )
    • 'ruang reiki' yang special kat RealShoppe.
    • turun 3kg ! ( weeiih..camana berat boleh naik ni ?)
    • iphone4s siri ( okay,kalau tak dapat pun nak Samsung apa nama ntah lupe)
    • party macaron ( lagi !!! dgn diba,ummi,angah)
    • gosip dgn effy ( lama tak sembang fyyyyyy !! i miss youu )
    • new lipgloss
    macaron's party
    fav lipglass
    in hidden wishlist

    Dah. dah. yang lain-lain P&C. 
    Eh kejap, nak masuk dalam list jugak...tambah lagi satu..errrrr

    • nak jumpa Ustaz Don ! ( heheheheheh...gataiiiiii !)
    Babai ;)