Monday, April 2, 2012

Adat atau tradisi exam ?





Mutiara Kata :
Siapa yang tak bermata panda ketika menghadapi exam adalah seorang yang genius
-          Ima Zahra


Tengok mata sendiri di cermin, Si Po Kung Fu Panda pun musykil macamana boleh ada species panda yang lain di Malaysia? Cukup tidur atau tak cukup tidur, mata Ima memang berpanda-panda. ( Ada ke perkataan tu? Aduh )


Hari ini Ima nak berkongsi beberapa adat atau tradisi exam yang semua orang pun mengalaminya. Saja Ima nak dokumenkan saja.


 Sebelum Exam
  • Bila ditanya bila tarikh exam ? Maka Ima akan jawab..hujung bulan 3. Antara pasti dan tak pasti. Atau bulan 4 ya ? Entah lah. Alah, mana pulak jadual yang UM beri hari tu ? Taka pa lah,balik nanti boleh cari.
  • Banyak juga nak study ni, subjek 3 bulan lepas sudah melayang kemana. Antara ingat dan tak ingat je. Eh, apa nama subjek yang pertama dulu yer ? Emmmmm..... nantilah cari buku nota balik.
  • Sebenarnya Ima Cuma mampu tumpukan perhatian untuk 1 jam yang pertama masa kuliah. Lagi setengah jam dan mula pandang-pandang orang tepi. Aha ha ha.... pakcik tu tidur sedap je tersengguk-sengguk. Setengah jam yang terakhir....Cuma sipi sipi je suara pensyarah itu sebab sudah kesejukan dan kantung sudah penuh. Tandas. Tandas.


Seminggu sebelum Exam :
·  
  • Kak Seri, Timah exam minggu depan. Sambil tunjuk muka risau dan tak tahu arah hidup mampukah aku study setelah bertahun-tahun tinggalkan dunia belajar.
  • 5 hari sebelum exam – Kemaskan meja, selesaikan semua kerja office yang urgent. Bayar semua bil untuk mengelakkan kerja-kerja menyelit ketika study. Haih, gangguan tu.
  • 4 hari sebelum – Nota telah dikumpulkan, pen dan highlighter telah tersedia. Masa untuk berjuang...yezzaaaa...marilah kita betapa dengan buku. Study Ima. Study

“ Eh, ada Top Chef pulak, tengok kejap.”
.
.
“ Alamak, Merlin ulangan lah. Episod ni best ni. Okay jugak kalau repeat”.

Laptop dah dibuka, Buku pun di buka. Tersadai-sadai saja kerana Ima juga sedang tersadai di depan TV. Dugaan. 

  • 3 hari sebelum – Alamak, baru habis buat nota 1 buku je. Baru ada 25 markah ( itupun kalau dapat full mark ). Kena study cepat sikit ni...kalau tidak mesti gagal punya. Saat-saat gelabah pun tiba. Tekanan sudah semakin tinggi. Yezza...inilah yang kita mahu !
  • 2 hari sebelum – Macam tak percaya je bila mak cakap “ Orang lain kalau nak exam, kena ambil cuti. Mana ada pergi kerja”. Iye ke? Tak payah lah....kan orang bekerja lagi terror. Tengok orang yang study part time tu...mana ada yang gagal. Semua sukses. Budak-budak fulltime lagi selalu repeat paper.

Ceh, lain kali jangan melawan cakap mak.

Bila dah senja baru gelabah. Mulalah pulun study tak pandang kiri kanan. Bontot lebam-lebam hangus terbakar. Makan pun terasa buang masa. Study sampai 4-5 pagi.

Tradisi 918 – Tekanan menghasilkan sesuatu.
Kalau tak tertekan, memang takkan study betul-betul. Ha ha.

Makin nak pengsan. Tapi seronok. Tangan dah lenguh-lenguh sebab tulis nota. Almaklumlah, i kan blogger. Mana ada pegang pen. Cewaaah...

Tukar strategi – kita tengok soalan past year. Cuba try jawab. . tet. Tet. Tet. Tet.


 Banyak lah pulak kertas soalan ni. Apesal makin latest makin susah soalannya. Huarrrgghhh tensen. .

  • 1 hari sebelum – Walaupun study dahsyat sangat lah konon, Ima tetap sempat facebook. Ha ha. Rosak. Nasib baik masa study kat KUTPM dulu belum zaman fb lagi. Kalau tidak, confirm 5 tahun aku duk repeat paper yg sama. Ha ha.
Tangan dah makin lenguh. Mulalah tenyeh minyak angin.
                 
Tukar strategi lagi – hafal je lah. Baca kuat-kuat bagi telinga dengar.
               

“ Abah, ape kata abah tolong baca nota Timah, lepas tu abah cerita” . Ha ha ha. Mula lah nak tuang kan kan kan... 

Abah pun cerita lah sikit pasal apa itu ijtihad bla bla bla... ala bah, tu baru bab 1. Uwaaaa...

Terpaksa lah pulun hingga ke minit yang terakhir.


Hari Exam :
  • 4 jam sebelum exam – Ya Allah, mengantuk lah pulak. Nak tidur sekejap boleh tak ?
  • Tapi kalau terbabas macam mana? Mak dan abah tak ada – siapa nak kejutkan. Alamak. Alamak. Tapi mengantuk sangat ni. Macamana kalau nanti masa tengah jawab soalan boleh tertidur pulak ? Aih,..teruk benorrr...
  • Kejap, check tengok. Apa yang ada dalam kepala otak ni? Cukup ke belajar ?
  • Tutup mata... subjek Pengantar Syariah Islam...subjek Pengajian AlQuran...subjek Pengajian As Sunnah...Subjek Ijtihad ( hah !! Matilah bab ni.......)
  • Pengsan.Pengsan.Pengsan.
Kak Najah telefon “ dik, dah habis study ke ?”

( 2 jam sebelum exam)
“ Belum lah kak....aduuuhh...entah lah. Yang dah baca semua dah berterabur dalam kepala ni ha...  Harap-harap Ima tak tercicir otak Ima bawa pergi dewan exam”

  • Parah. Ima. Parah.


Hari Exam telah berlalu. Harap-harap Ima lulus lah.......kuikuiki. Inilah cabaran bila dah bertahun tak jadi student. Lintang pukang emosiku.



Bebel with love,
Ima.

1 comment:

  1. ima. effy ada exam tiap kali abis posting kat each department. each department 6 minggu jek.
    so sekarang, dah cukup masa tu, effy ckp merapu meraban, ima paham kenape kan? kann?

    ReplyDelete