Pada entri My Dear April, Ima mengharap sangat-sangat perkara baik berlaku. Mungkin kerana kehendak terlalu besar maka ianya menjadi kenyataan. Dengan itu Ima berusaha juga untuk memperbaiki diri untuk memberi ruang perkara baik itu masuk dalam hidup. Mungkin juga Allah telah membaca blog Ima ( Allah kan terror, apa pun Dia boleh buat ..setakat baca blog,.ape de hal... ) dan kesian kat hambaNya ini..lalu Dia permudahkan banyak urusan Ima.
Syukur. Alhamdulillah.
Selalu juga Ima bertanya pada diri, Ima ni kuat complain ke ? Ima jenis yang terlalu banyak bersungut ke? Berbanding dgn mensyukuri..mana yang lebih banyak ? hmm..kalau banyak komplen..memang kita akan terus mengundang masalah. Kan kan kan ?
Jadi Ima berhenti dari komplen bukan-bukan di Facebook. Walaupun ada juga tersasul menaip status..hehehe..tapi kiranya tak lah teruk. Ha ha. Kata cikgu yoga Ima,..." Ima perlu teman untuk bercakap,, untuk meluahkan. Banyak perkara Ima tak share... "
Mulanya macam tak terima juga sebab rasanya Ima dah kuat membebel dah di Fb, dah rajin menulis di blog. Tapi bila fikir balik, .oh ya.. mungkin Ima hanya menulis isu-isu "permukaan" sahaja.. Bukan intinya. Hmm...
April 2012 lebih bererti :-
- Dimulakan dengan berita gembira kawan Ima yang dinaikkan pangkat itu..
- Menyebabkan Ima rajin buat quilling card... he he..
- Masa yang ada walaupun berlalu sungguh pantas, tapi terasa tidak terlalu sia-sia. Ada juga waktu sia-sia tu, InsyaAllah, akan perbaiki lagi.
- Ima shopping buku di MPH. Hoorayyyy.. Buku " Heal Yourself" adalah buku terbaik dan mengandungi apa yang Ima perlukan waktu ini. Ia benar-benar merawat diri.
- Kehilangan MakNdak pada 15 April memberi sebuah pengajaran yang terlalu besar pada naluri diri. Banyak yang dipelajari dan dihayati secara sedar. Subhanallah.
- 22 April - tak disangka-sangka dapat jumpa dengan Bintang Negara...Siti Nurhaliza...di Pavillion. Memang dah biasa jumpa Siti secara Live...tapi kali ni lebih seronok bila mak dapat ambil gambar dengan Siti. Bila tengok muka mak yang sangat happy tu, rasa lega...rasa puas. Mudah-mudahan, dapat jadi rajin dan berwawasan besar macam Siti.
- Tiba-tiba Diba menyuarakan yang dia sekarang sudah jadi lebih baik.. Pakaian lebih sopan ..emm...ada sesuatu yang positif dan suci lahir dari sanubarinya. Ia ikhlas. Ima dapat rasa. Teruskan,dik...
- Ada memori indah tercalit pada 21 April :) " Hai orang atas...."
- Ramai orang berbuat baik dengan Ima...Ima kurang sakit hati bulan ini. Ha ha. Baguslah..kurang kerosakan hati. :p
- Dapat jumpa dengan ahli keluarga masa balik kampung baru-baru ini. Hubungan keluarga Wak Husin memang rock ! Betul cakap Diba, meskipun berjauhan...tapi tetap dekat di hati. Dapat Quality Time dengan sepupu yang jarang berjumpa - itu cukup Indah !
- Ima dapat beli DVD Charmed Season 7- 8. Ha ha. Ini pun masuk jugak ke ?? Ha ha ha..
- Peluang memperbaiki diri digunakan sebaiknya.. Seronok dapat melepaskan apa yang terikat.
- Let go adalah pelajaran paling besar pada bulan April. Sesiapa yang masih tak Let Go perasaan yang jahat, kejam, benci, iri hati yang melekat pada diri...tolong lah buang segera. Let it Go. Ringan badan bila hilang semua perasaan negatif tu.
- Abah dah start pergi Gym. Ima percaya, tubuh fizikal juga menuntut haknya. Kita wajib berlaku adil pada tubuh. Hak tubuh fizikal ialah mendapatkan senaman dan kekal aktif (selain dari makan ) Semoga berpanjangan ye bah...
- Mak lebih sihat bulan ni. Cukup lah dekat sebulan sakit hari tu... Huru hara hidup sekeluarga. Kenapa masih ada yang tak percaya bahawa Ibu memang tunggak keharmonian keluarga ?
Banyak lagi perkara kecil-kecil yang membuat April 2012 lebih baik dari bulan sebelum ini. Ada perkara boleh ditulis, ada perkara tidak mampu diluah melalui kata-kata.
Ima menulis ini hanyalah sebagai catatan peribadi. Untuk track record sendiri. Kalau ada manfaatnya kalian baca, aplikasikan lah dalam hidup.
Senang saja, kalau nak orang buat baik kat kita, kita kena jadi baik dulu. Betulkan pemikiran yang kita ada dulu.Buangkan amarah, buangkan dengki, buangkan semua perasaan yang menganiaya diri sendiri.
Belajarlah untuk menerima diri sepenuhnya, dan perbaikilah kelemahan yang ada. Hidup akan lebih indah dari pelangi.
Wahh...entri ini sungguh banyak huruf dan tidak teratur.
Next aim : Ima berharap dapat menulis dengan lebih baik dan teratur. Supaya orang lain tak bosan baca. hehehe....
No comments:
Post a Comment