Tuesday, April 3, 2012

Berapa banyak alasan daaa?




Dalam kepala ada macam-macam nak buat. Perancangan di dalam kepala ini , kalau di terjemahkan pasti hasilkan juta-juta ringgit. Atau juta-juta rupiah. Tak kisah lah berapa pun. Yang penting jika diterjemahkan..ia akan berhasil.

Masalahnya, setiap kali masuk dalam bilik kerja...semua idea hilang. hanyut. lebur. padam.

Keluar dari bilik..menyala semula idea itu. Dan rasa bersalah muncul kerana tidak dapat menterjemahkan idea.

Otak mencipta alasan :-

- Mak,cuba bagi idea - macamana nak buat bilik Timah tu lawa? 

Sesuai kerja? 

Lampu bilik tu tak best lah. 

Langsir dia malap lah. 

Kerusi tu tak boleh pusing-pusing, macamana nak buat kerja?

Tapi kalau alih komputer kat tempat lain, tak ada cable pulak. Mana nak dapat internet? Nak print pun susah. 
Bising pulak tak ada privasi. 

Banyak cekadak kau Ima.
Semua pun tak boleh?


Bukannya suruh kerja bawah fly-over celah sampah. 
Tempat dah bersih, ada aircond pun tak cukup bersyukur.


Dah biasa senang... sampai kesenangan makan diri sendiri.
Belajar susah. belajar. Belajar.


Sekarang, pergi balik ! Jangan buat kerja ofis lagi. Shoooh.



'tensen' with love
Ima.

1 comment:

  1. ima...aku dah post pasal ko (ingat tak aku pernah cite ada 1 org student aku, nama mcm ko) kat blog aku...sila baca ya..

    ReplyDelete