Monday, February 28, 2011

Ku rakam cinta pada Pohon Kayu

Teruja dengan kayu. Teruja dengan pokok. Kerana dengan melihatnya terlalu banyak ilham tercipta. Dengan melihatnya keseronokan seperti tidak bersyarat. Bibir terus mengukir senyuman.. Barangkali ada cerita istimewa yang terakam oleh setiap pokok di dunia ini. 


Sekali saya, abah dan mak terpandang pada pokok yang berdahan mengunjur ke tasik ini, kami terus jadi Excited dalam kereta. " Berapa lah umur pokok ni sampai dahan dan ranting dan jadi pintu gerbang jalan ? "

Abah berhenti kereta di tepi, dan untuk 10 minit kami berposing-posing dengan pokok ini. Ha ha. Memang kelakar rasanya. Tunggu jalan raya clear, cepat-cepat snap gambar - takut kena langgar pulak. Buat hal posing tengah jalan raya. He he..

Dan pohon ini merakam cerita kami bertiga. Di hari jadi abah. Tak perlu buat parti besar-besar berhabis duit beribu ringgit untuk merakam kebahagiaan. Jika kita hargai apa yang ada sekeliling, semuanya akan terasa indah dan cukup.

" Jika kau inginkan nikmat, cukuplah Islam sebagai nikmat untukmu "


Dari kayu -- kertas terhasil. Jika tulisan yang kita tulis di atas kertas kosong itu ialah kata-kata yang indah, maka indahlah ia. Jika kertas yang sekeping itu digulung kreatif dan ada inspirasi, maka kad inilah yang terhasil. :) Tiga bunga rose itu adalah lambang kami sekeluarga.


Setiap kad yang terhasil, pasti ada cerita. Tanyalah pada semua pembuat kad.. mereka ada jawapan yang panjang untuk setiap kad yang direkanya. :)


Saturday, February 26, 2011

Feng Shui bersama Ima Bloomwood


First of all, saya bukanlah 'hantu' Feng Shui, tapi saya suka baca tentang Feng Shui dan menimbang tara kelogikan apa yang disarankan.

Second of all, saya belajar Numerologi - dan boleh serba sedikit buat Feng Shui sendiri.

Third of all, saya suka shopping, Jadi boleh lah beli barang-barang yang sesuai untuk mengharmonikan energi diri, ofis, atau rumah. He he. Alasan je lah kannnn....

Jom baca sikit soal jawab Feng Shui ( ni copy dari Buku Feng Shui in 5 Minutes )

Q : Is it okay to leave a dead tree in our garden ???
A : No. Get rid of it, or you invite Bad Feng Shui.---> pokok mati buat apa simpan?? buat semak, nampak sangat pemalasnye..jadi, alihkan lah ia.. kan itu dah menimbulkan KERAJINAN?? Barulah bagusss.. ! :)

Kalau mmg dah musim luruh, tak yah lah nak tebang2 pokok kot ?

 Q : What are the special good luck flowers ?
A : Peonies, Chrysanthemums, Plum blossom, Magnolia and Narcissus
--> Agak2 minum air teh bunga ngan makan ais krem magnolia je ok kot ??

Plum Blossom


Q : How can i double the benefit of water views ?
A : Hang a mirror where it reflects the water views into your house.
--> kalau letak mirror sebelah swimming pool, boleh dapat dua swimming pool ! kalau mandi sensorang dalam tu...adalah teman sorang lagi teman..hihihihi..


Q : Which colors are Yin , and which are Yang ?
A : All colors are either Yin or Yang. Yin colors are mainly GREEN, BLUE, PURPLE-BLUE,and GRAY. The Primary Yang colours are RED, YELLOW, PURPLE-RED and Orange.
---> Apakah warna AURA anda ? ;)


Q : What clothing colors boost personal Qi Life Energy ?
A : AVOID ALL-WHITE. If u wear a white uniform, COUNTERACT the drain by wearing RED underwear or red somewhere on your person.
--> he he he... dah tau daaaahh...pontianak pakai sepende merah. ha ha ha..


Q : Are there any Feng Shui principles on positioning clocks ?
A : Yes, Do not place clocks so they can be seen by anyone who opens the front door ?
--> Macam nak halau orang datang umah je kaaan ??? hehehe


daaaaaaaaaaaaaa... !~

Saturday, February 19, 2011

Tweezer for quilling



Semalam, saya beli tweezer. Yeeehhaa.. Seronoknya sebab ada tweezer, nanti senang lah buat kerja gulung menggulung kertas lagi. Cuma RM2 sahaja.

Agak lama juga saya melupakan sekejap aktiviti mengquilling, :) sebab sibuk menguruskan urusan kedai Realelite World saya.

Ada juga saya terjumpa ' kotak pensel yang cantik'. Uniknya kotak pensel tu, ia berwarna warni, material seperti kulit dan ada JAM di tengah-tengah kotak pensel tu. Menarik sekali. Terlupa pula saya nak ambil gambar.

Saturday, February 12, 2011

Shopping Envelopes

Sebenarnya, dah lama jugak saya buat kerja ni. Shopping sampul berwarna warni dengan hebatnya. Antara tempat shopping saya ialah - Jusco Wangsa Maju, Jusco Mid Valley, Sogo, dan MPH MidValley. Kenapa banyak sangat tempat ?

Sebab, selalunya saya borong sampai habis stok kat situ. Bila nak beli lagi sekali, stok baru masih belum diisi. Jadi terpaksalah cari tempat yang lain pulak.

Sampul-sampul berwarna ni kiraan harganya ikut gram.


Oh, tidak ! saya tak ada ramai peminat sampai terpaksa beli sampul macam ni punya banyak. Zaman Facebook ni, klik LIKE atau ADD AS FRIEND je ..lepas tu boleh komen banyak-banyak.

Jadi, apa tujuan memborong sampul ni ? Hm.. sebenarnya ini envelope untuk letak Duit Dinar Iraq. Ayah saya ( Ali Maidin ) seorang yang hebat menulis dan menganalisa perkembangan Dinar Iraq. Jadi, banyak permintaan Dinar oleh insan-insan yang CEKAP mengambil PELUANG KEEMASAN.

Nak tahu pasal Dinar Iraq, boleh baca di blog Dinar Iraq Terkini.

Lepas tu, nanti jangan lupa request nak sampul warna apa ya.. ada Gold, Hitam, Silver, Hijau, Biru, Merah.. :) Hehehe..

Jumpa lagi ! ~

Tuesday, February 8, 2011

Kisah keretaku dan Huwa Sticker

Quilling Huwa Logo

Semua yang berada di keliling kita adalah ENERGI. Kita sendiri adalah energi, dan bisa terhubung dan bersifat magnet dengan energi yang lain. Jika positif energi yang kita bawa, maka energi positif yang kita tarik.

Memandu kereta terutama di Kuala Lumpur bagi saya perkara yang mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Kemalangan bisa berlaku bila-bila masa. Kalaupun kita tak langgar orang, boleh jadi orang yang langgar kita. Atau, boleh jadi tersesat di jalan yang sama berkali-kali. Atau, kereta rosak di tepi highway atau di tengah kesesakan jalan raya.

Sticker Huwa saya tampal di kedua-dua kereta saya. Mengkarung dan Kebas namanya. Ha ha. Mengkarung tu kereta kesayangan saya, yang saya bawa bertahun-tahun sehingga energinya sudah sebati dengan diri.

Tujuan Sticker Huwa itu ditampal antaranya ialah sebagai "protection". Saya bukan sekadar tampal bodoh di kereta, seharusnya ada ILMU disebalik setiap perbuatan. Kalau nak baca dan faham tentang Sticker ini, bolehlah BACA DI SINI. Harus diingat, bukan BERLINDUNG dengan sticker ini. Ia cuma alat yang memberi isyarat dan faham kepada minda tentang perlindungan. Semestinya Hanya Allah tempat kita BERLINDUNG dan memohon PERTOLONGAN.

Syukur, kerana apa yg saya perhatikan , banyak 'pertolongan' yang Dia beri sepanjang saya bawa kereta.
  • Perjalanan di permudahkan
  • Jarang tersesat jalan
  • Selalu 'nampak' jalan yang sesak, dan diberi instinct utk elak jalan yang sesak
  • Kalau kereta accident, orang yang langgar selalu JUJUR dan bayar dengan mudah.
  • Terelak dari banjir besar (kalau tidak, kereta tu pasti terendam separuh dalam banjir)
  • Kereta rosak di tempat yang betul, berhampiran dgn workshop atau di tepi jalan, atau bila dah sampai rumah.
  • Mudah dapat parking di shopping complex ( penting nih ! )
Dan macam-macam lagi yang Allah permudahkan. Semuanya atas izinNya.

Sebenarnya, topik ini sepatutnya ditulis LEBIH TERTUTUP kerana bukan semua faham. Bagi yang faham,fahamlah. Bagi yang tak mahu ambil tahu, terus begitu.

Untuk mudah di jalan raya, SATUKAN ENERGI antara DIRI, KERETA DAN JALAN RAYA. InsyaAllah, perjalanan akan lebih mudah dan lancar. Jika ada ujian di tengah jalan, pasti anda akan lebih sabar dan yakin dengan pertolongan Allah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas semua pertolonganMu selama ini. Lindungilah daku dari kecelakaan. Bukan niatku ingin riak, sekadar berkongsi setitik dari ilmuMu. Maafkan daku jika tulisan ini digayakan dengan salah.

Monday, February 7, 2011

Tahun Baru Cina CNY dan semangat baru (lagi).

9 JAM dalam bas, dari KL-Jitra !

Penangan sesak di highway semasa CNY. Dahsyat. Orang Malaysia pantang dapat cuti., barangkali kedekut cuti. Dapat cuti umum baru berebut-rebut nak pergi bercuti. Sayang nak habiskan cuti tahun. Entahlah, saya tak berapa faham sebab saya cuti bila-bila masa.


Apapun,sepanjang 9 jam di dalam bas, ayat Qursi tak putus-putus dari lidah. Sambil membaca buku " Susah itu mudah ", saya bermuhasabah diri, merenung masa lampau yang hitam. Menyesali dosa yang sengaja dan tak sengaja.

Sungguh, Allah itu Maha Menyayangi. Ujian yang diberi sebagai tanda sayang kepada hambaNya untuk menambah iman dan meningkatkan kualiti sebagai INSAN. Saya seperti tertumbuk hidung sendiri bila terasa bahawa apa yg saya alami ini bukan ujian. Kerana ia bertimpa-timpa dan tak putus-putus. Maka ianya azab.

Azab juga tanda CINTA Allah kepada hambaNya. Supaya kita bertaubat, menyesali dan mengubah cara hidup kembali kepada jalan yang diredhai. Ianya sebagai TEGURAN. Subhanallah..siapa kata Allah tidak memakbulkan doa kita ? Malahan pertolonganNya lebih TEPAT dan HALUS.

Cuma kita tak memerhati dengan mata hati.

Air mata mengalir tak henti sepanjang 9 jam di dalam bas. Mungkin ada yang terseksa kerana tersekat di dalam kereta. Hanya melihat SEKSA dek masa yang terbuang. Namun, saya bersyukur kerana Allah beri saya peluang untuk menukar SAKIT JIWA dek jem yang teruk itu kepada HIKMAH untuk saya merenung alam diri.

Tak terasa penat , tak terasa lapar.

Orang Cina menyambut CNY dengan semangat dan azam baru. Mengharapkan ada 'ong' lagi di tahun Arnab. Masa yang tepat untuk saya juga, menumpang ENERGI yang sama..saya turut terasa seperti menjadi orang baru. Mudah-mudahan lebih baik dari sebelumnya.

Rugilah kalau hari ini kita lebih teruk dari hari sebelumnya.


Wednesday, February 2, 2011

Entah di mana

hadirlah
jangan jauh
dihati.

sayanglah
bukan dendam
dihati.

di mana kemanusiaan
di mana agama
di mana belas kasih
di mana peluang

hidup terlalu singkat.
ruginya.


*untuk Mesir* dan Pakcik H yang perasan tak gila kuasa. poorahhh !~

Tema Majlis Perkahwinan : Bunga Kertas

Konon-konon, Tahun Arnab Emas ialah tahun yang baik untuk berkahwin. Masa Tahun Tikus pun saya dengar begitu juga. Saya rasa, tiap-tiap tahun pun baik untuk kahwin. :) Sebab, kalau dah sampai masa..kahwin je lah.Tak payah tunggu tahun. Kan . Kan. Kan.

Saya nak kahwin ! Tahun ni mahu ada progress. Pertama,'send' energi dulu. Seperti di bawah.


Kemudian, cari calon. Ha ha. Teruk betul ima tak de orang nak. Ha ha.

Lepas tu, pegi kenduri kahwin Kak Teh , esok. Ambil berkat orang kahwin. La la la.. excited tengok barang hantaran dan kemas bilik pengantin. Wee !!~

Oh ya ! Kena belajar buat cekodok & madu tangkur ( ikan bilis kicap sangat sedap ) sampai LULUS dek Puspakom Makcik Robbaniah.(mak saya ).

Dalam masa yang sama, berdoa, pujuk, merayu dengan Allah supaya dekatkan jodoh. ( ima ! desperate ke? ngok ! ) Saya terima SIAPA sahaja yang Allah tentukan untuk saya.

Ha ha. Good Luck ima !

Kad kahwin handmade ??? Lebam kot ! Diba,janganlah kau gatal-gatal lagi mencadangkan hal ni. Kalau tak, ekau jugak lah yang jadi mangsa gulung kertas. Ha ha....

Atau, mungkin kita boleh buat decoration majlis kahwin dengan KERTAS ? Bunga kertas, quilling, ape-ape je lah yang daripada kertas. Harap-harap Lin Handmade Greeting Cards & the gang boleh terima tempahan dari saya. :)

Hoi ima, berhenti berangan !