Monday, December 23, 2013

5 Quilling Guest Book yang cantik & diminati :)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur tak terhingga atas permintaan yang baik dari pengantin-pengantin yang tempah guest book quilling dengan Ima.

Ni nak bagitau nih.. ( konon-konon bisik kat telinga hangpa ;) .. Rahsia macam mana nak buat guest book yang cantik ? 

Mudah ja ! Ima akan pastikan Ima berada dalam 'happy mode' setiap kali nak start buat tempahan. :)) Betul ! Rasa happy dan enjoy adalah sangat penting untuk buat kraf. Ia memudahkan inspirasi dan meringankan kerja.

Syukurlah semua pelanggan-pelanggan Ima baik-baik belaka. Tak bagi stress. Lepas order , beritahu design dan confirm, terusss senyaaaappp sampai Ima contact semula di Whatsapp untuk next progress. He he. 

Okay, okay.. ni Ima nak share  5 design quilling guest book yang paling di minati di KC Gift Shop. 


Selamat Menjamu Mata  :)

WGB A18

WGB A05

WGB A23

WGB A22

WGB A21

Nak tempah ?

Check semua design di Fb KC Gift Shop.

Whatsapp 013-6010704 " Saya nak tempah guestbook <nyatakan kod design>"


Selamat Tahun Baru 2014 !

with love,
Ima Zahra

Tuesday, November 19, 2013

5 hari mengidam fresh flower

Hujung tahun yang semakin sibuk dengan tempahan guest book. Asyik menggulung bunga kertas je... tetiba datang perasaan mengidam yang teramat sangat nak pegang bunga hidup. Ouh ! Disebabkan masa 24 jam tu terlalu suntuk dengan kerja yang menimbun, maka hasrat nak fresh flower tu asyik tertangguh je.

Sebelum ni ada jugak pegang-pegang bunga sebab buat hantaran fresh flower. Bila lama tak buat, ini lah jadinya..mengidam. Kekeke. Bunga ada kuasa terapi yang sangat hebat. Bunga pelbagai warna menyimpan frekuensi energi yang berbeza-beza dan mampu menghilangkan stress, menghadirkan senyuman malah merawat diri. Betul ! Sebab tu lah ada rawatan mandi bunga. ! :D

Tempat biasa shopping fresh flower ialah di Jalan Hang Lekir , berdekatan Central Market dan Petaling Street. Ramai betul yang menunggu lori sampai dari Cameron Highland. Ima tunggu dari pukul 8.40mlm, tapi lori sampai lambat ..dekat pukul 10mlm baru sampai. Sementara menunggu, jalan kaki pergi cari buah berangan sedap kat Petaling Street.  350gram RM7, 500gram RM100. ( Eh, jadi tokey berangan plak i . kikiki )

Ada 2 kedai bunga terbesar yang masih dibuka pada waktu malam. Lori yang sama akan berhenti di dua kedai tersebut. Makcik-makcik tokey bunga macam nak terkam apa ntah bila stok sampai. Serious ! Memang ngeri tengok dorang berebut bunga. Hu hu. Semua pakat nak bunga fresh segar dari ladang. 


Ima tak mengidam ros biasa. Tapi mengidam ros yang ada ton warna. So, beli ros yang diimport. Segar dan tahan lama. Air perlu ditukar setiap hari, dan potong sedikit hujung batang ros setiap kali tukar air. Tips dari kakak India kedai bunga. Terima kasih kak :D



Bunga hydrangea sangat comel dan cantik. Tekstur dia sangat lembut, rasa cam nak sapu-sapu bunga tu kat muka. Wohoo...( over ! ) Tapi bunga ni cepat layu. Kalau tak dapat air dan panas.. layu dia memang tak de segan gilu punya.

Ima beli 1 tangkai orkid, not a fan of orchid sangat..tapi tak dinafikan ..orkid memang mempunyai kecantikan tersendiri. Dan beli daun apa ntah tak tau nama. Daun ni memang tahan lama.. Rupa macam daun sup. Kekeekeke..

Seronok bila bangun tido je terus ternampak fresh flower depan mata. Hish, tetibe rasa nak pindah duduk kat Cameron Highland pulak. Hehehe.


Jujurnya, memegang bunga, bau haruman bunga segar ( bila  bunga turun dari lori tu..phewwww semerbak bau bunga macam bau pagi yang sangat super segar..) .. memang sangat natural therapy. Instead of makan ubat kurang stress, lebih baik mandi bunga atau paling tidak pun, pergi kedai bunga/taman bunga dan enjoy pemandangan bunga tu. 

Okay..sekarang i dah jadi sangat minah bunga. hahaha.

Ima selalu berpendapat beli fresh flower tak lah membazir kalau nak buat hantaran kahwin. Sebab kalau beli borong, dapat harga rendah. Besides, yang kita nakkan itu ialah 'terapi bunga dan warna' selain dari rupa yang cantik. Kalau nak pakai reben, bunga plastik etc..boleh tu boleh.. tapi kadang-kadang terasa wasted sangat sebab reben2 tu nanti kita tak pakai pun. Bunga segar tu memang lama-lama jadi layu dan kering, tapi selagi dia masih segar.. selagi itu aura bunga itu akan memberi manfaat kepada mata yang memandangnya.


psst ; 
pesanan kepada semua lelaki. Semua perempuan suka bunga. Kalau dia cakap dia tak suka bunga, jangan percaya. Bunga memang boleh buat hati perempuan cair. Tak ada perempuan dapat bunga kemudian dia buang sebab dia benci bunga melainkan dia benci pemberi bunga tu. kakaka. 




with love,
jadi minah bunga kejap,

Ima Zahra


Sunday, October 13, 2013

When there's no one else, look Inside yourself..

Lagu semangat untuk yang patah hati, yang ingin terus bermotivasi , dan yg ingin mencari inspirasi...



"The Voice Within"

Young girl, don't cry
I'll be right here when your world starts to fall
Young girl, it's all right
Your tears will dry, you'll soon be free to fly

When you're safe inside your room you tend to dream
Of a place where nothing's harder than it seems
No one ever wants or bothers to explain
Of the heartache life can bring and what it means

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin
To trust the voice within

Young girl, don't hide
You'll never change if you just run away
Young girl, just hold tight
And soon you're gonna see your brighter day

Now in a world where innocence is quickly claimed
It's so hard to stand your ground when you're so afraid
No one reaches out a hand for you to hold
When you're lost outside look inside to your soul

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin
To trust the voice within

Yeah...
Life is a journey
It can take you anywhere you choose to go
As long as you're learning
You'll find all you'll ever need to know

You'll make it
You'll make it
Just don't go forsaking yourself
No one can stop you
You know that I'm talking to you

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin
To trust the voice within

Young girl don't cry
I'll be right here when your world starts to fall..


Thursday, October 10, 2013

Tempah Guest Book Unik & Cantik dengan Ima Zahra

Vogue tak i punye blog title .. ;p

Terima kasih atas sokongan dari pelanggan-pelanggan Ima @ kertasdancinta @ KC Gift Shop. 

Ima dah siapkan album khas untuk customer yang datang kat kedai Ima. Biar senang dorang nak pilih design guest book & hantaran. 

Guest Book boleh buat untuk :
- Majlis Wedding
- Majlis tunang
- Birthday Party
- Office / Kedai

Klik gambar utk besarkan.






Gubahan Hantaran 
Bertemakan " Kertas dan Cinta ". Ima suka gunakan kertas / crepe paper untuk bunga dan dekorasi. Lebih teliti dan halus buatannya sebab bukan beli bunga ready made kat kedai. :)

Yang penting dekorasi hantaran adalah gabungan idea-idea baru & unik, dan pastinya lain dari yang lain. 

Mana yang tinggal area KL, boleh tempah gubahan fresh flower juga. Sebenarnya kan, kadang2 pakai fresh flower lagi jimat berbanding hantaran biasa di kedai tu.


Anda bebas untuk memilih tema bersesuaian bajet. Setiap ciptaan tema yang baru dan unik untuk guest book & hantaran, Ima akan berikan nama khas sempena nama anda. Cthnya, Lisa Surihani nak cipta tema " Surat khabar Cinta". Maka Ima akan letakkan nama tempaha " Surat khabar Cinta Lisa Surihani ". Wah wah. Bestnye kan ? 








Okay! sekian dulu update kali ni. Rajin-rajin lah follow Instagram --> IMAZAHRA_KC & Fb Kc Gift Shop yeaa..


muahs with love
Ima Zahra

Thursday, September 26, 2013

Review Perfume Lelaki. Yg maskulin vs yg penyayang .

Hidung clairsentience Ima akhirnya sudah sembuh setelah hampir sebulan selsema. Cepat-cepat tengok stok perfume yang baru-baru kat kedai. Hari ni nak ushar 2 jenis perfume lelaki. Ada banyak stok nih..tapi biasalah, hot selling. Kena cepat-cepat kebas kalau nak. 


ALLURE HOMME CHANEL


Ohhh !!! I just fall in love dgn bau ALLURE HOMME CHANEL. Bau yg lembut tapi ada character. This guy mesti penyayang lah ! Hahaha... Apesal takde kawan laki ima pakai bau ni...ish ish... 
--> Crisp and clean, warm and sexy. Difficult to define. Impossible to resist.
Aduhh.....sementara tulis status ni..dah 15x bau perfume ni.. 
Btw, kalau yg laki jenis 'gagah' @ mat sport mmg takkan suka bau ni. Hehehe...



BVLGARI MAN EXTREME

First time bau BVLGARI MAN EXTREME - Baunya sungguh melambangkan vitality and strength. Sapa yg pakai ni mmg sangat maskulin bikin jiwa jadi panasaran weh. Hikhikhik. Si pemakai ni pastinya bergaya, mat smart, oh ya~ peramah tapi belum tentu mudah terpikat. La la la...

Siapa si teruna Bvlgari ? teringin nak tau.. 



p/s : Ima jual perfume EDP , 18ml - RM 30. Free pos . Order cepat 013-6010704. Siapa cepat dia dapat. Beli lah utk lelaki tersayang dalam hidupmu ;)



Friday, September 13, 2013

Semangat Juang vs Pechichilan.

Tak terkawal. Perasaan gembira adalah sesuatu yang sukar dikawal. Kalau sedih, kita MESTI kena kawal, er..cover line kononnya. Takut orang terperasan. Ima sedang 'pecicilan' ( bak kata org Jawa ) sekarang ini. Sindrom perangai tak terkawal sedang menyerang secara tak sengaja.



Berbulan-bulan memendam lemak hingga badan menjadi bulat menawan. ( Ahaks ! ). Berbulan-bulan kurang aktif fizikal. Kurang semangat untuk berlasak-lasak. Barangkali kerana kurang sihat. Oh, being lazy is just a state of mind katanya. Whateva.

Alhamdulillah, Ima dapat banyak tempahan tak putus-putus dari Kertas dan Cinta. Tempahan guest book, hantaran, paper shredder dan lain-lain. Sekarang sedang memikirkan untuk meluaskan jenama KC Gift Shop. Sedang berkerja keras berusaha sedikit demi sedikit. Bila terlalu banyak bergelumang dengan kertas, risiko paling dahsyat ialah sakit pinggang, membesarkan tubuh, dan meningkatkan lemak. Sebab asyik duduuuuuuuuuuk dan meneeekuuuuun je. Exercise jari je. Kalau pergi massage, mintak masseur tu urut lebih sikit kat jari.Fuuuhh...nyaaamaaan bangat ! Haha

Hari ini adalah antara hari-hari yang memuaskan hati. Being active, pecicilan & banyak berurusan dengan manusia. Walaupun stress sikit kat Jalan Genting Klang tadi, fuuiiii..nasib cepat buat keputusan untuk terus menyimpang ke Festival City untuk meredakan perut yang semakin kebuluran.

Nandos akhirnya memenuhi ruang perut. Memang Nandos kat situ pekerjanya MakNyah2 gelap. Tak kisahlah, daripada dia merepek kerja lain elok lah keje restoran. Dessert ala-ala Chocolate Volcano dia sangat superb sedap.... and of cos bila kebuluq, mediteranean rice + 1/4 extra hot chicken adalah sangat nyummmeh.

Setelah berkurun lama menyimpan hasrat untuk kembali sihat, fleksibel dan kuat..akhirnya hari ni menyambung semula kisah cinta dengan Celebrity Fitness. Memang tak boleh harap kalau sensorang nih. Senaman kena berteman. Kena tengok semangat makcik2 tu bersenam . Kena tengok pempuan2 body gojes yang dah kerempeng sebab keturunan ( bukan sebab workout okay ? nampak tak i busuk hati di situ? kahkah ) . Baru rasa jeles lebih sikit untuk mengejar fit & sihat. Kuang kuang kuang. :p

Padahal kolesterol dah berkampung kat jantung. Lutut dah tak mampu nak angkut sekotak Biomil turun tangga ofis. Sangat ngeri situasi itu. Simple rule. If I dont like my current situation, I must make changes. Kan ?

Tak seronok sebenarnya tak aktif. Kenapa pulak basuh baju tak jadi motivation untuk diri sendiri kan? Haih.. Tapi dulu, rajin je..sebab bangun pagi rasa sihat. Rasa ada komitmen nak pegi senaman. Pastu automatik termasuk gear rajin. Okaylah. Mudah-mudahan teori ini masih berjaya. Er, kalau dulu tak berapa berjaya, maka harap2 makin berjaya lah kali ni. Huhu.

Okaylah. Sekian mengomel sendiri. Gear pecut sudah dikurangkan ke gear yang lebih sesuai untuk parking landing atas tilam. Maaflah. Ima tak pandai drive kereta manual. So tak tau kena pakai gear apa. Ha ha. 

Ada 3 guest book untuk diselesaikan minggu depan . Slowly-slowly lah. Sambil2 tu boleh start buat hantaran untuk adik sepupuku Hafiz. Sementara tu sibuk mencari & mengumpul idea . Nanti LIKE page ima eh --> KC Gift Shop . Semua gambar ima upload situ. Atau follow kat insta imazahra_KC

Salam Sayang,
Salam pechicilan.

Ima Zahra

Wednesday, August 28, 2013

Nak Ima Zahra reply cepat ? Ini caranya ;)

Media sosial banyak bebenor. Ima pun sudah tak terkejar nak jaga semua. Hihi. Bisnes Susu Biomil perlu diberi fokus, dalam masa yg sama Ima masih bercinta dengan kertas. Terima kasih kepada semua bakal pengantin yang order guest book & gubahan hantaran dari Ima.

Hantaran for my cousin Muadz Najwa. Handmade paper flower kayy ! Gojes tak. Hehe.

InsyaAllah, kalau ada kelapangan ..Ima akan squeeze time sebaik-baiknya untuk siapkan order walaupun tempoh order anda sudah di 'consider' Urgent Booking. 

Minta maaf sangat kalau ada komen yang tak tereply kat blog ni. Coz technically payah sikit nak reply kalau pakai phone ;)

Maka dengan itu.... silakan lah ke media sosial yang lain ni ek..Keluar je notification, kompem i reply. He he he.

______________________________________________________________________

FACEBOOK

KC Gift Shop - Album semua design guest book, hantaran fresh flower, hantaran unik, kad ada kat sini. Senang boleh sebut kod je. Paper shredder pun ada jual kat sini tauu... Rajin-rajin lah LIKE page ni eh..share kat wall korang ke..eh eh eh..!

Ima Zahra - Ni personal Fb. Kalau tak boleh add, boleh follow Ima. Nanti Ima add as friend k ! Ima rajin share-share cerita & gambar kat sini. 


_______________________________________________________________________


INSTAGRAM : IMAZAHRA_KC
Gambar behind the scene & post santai-santai di sini.. ;)

________________________________________________________________________


EMEL : fahimah_aqilah@hotmail.com   . Kalau nak tanya harga guest book & nak reply cepat, better thru whatsapp. Emel pun boleh juga ! Mana-mana yg korang senang lah. 

_________________________________________________________________________


WHATSAPP / LINE : 0136010704 

__________________________________________________________________________



Okay ! Sekarang Ima nak charge phone ..nanti diserbuuuuuuu notification bertalu-talu. Hi hi hi... Sudah Ima. sudah. nak sambung siapkan order. Jumpa lagi semuaaaaaaa~~~ 


With Love,
Ima Zahra





Friday, July 26, 2013

Perfume Review Guerlain Samsara, Idylle & Dunhill Desire

Petang tadi ada dating dengan Akma kat Sogo. Dia nak beli Salindah untuk dibawa balik ke Sarawak. Sementara menunggu, Ima sempat cuci mata di Ground Floor, dengan harapan jumpa Handbag yang memikat hati. Tapi sayangnya, ada lebih 5000 handbags kat sana, tapi satu pun tak berkenan di mata. (apatah lagi di hati ? ;) )

Lepas tu menyinggah kaunter-kaunter perfume untuk mengecam bau. Almaklumlah, i kan tauke perfume berjenama. Kenalah mahirkan hidung. Haha. Ima singgah kaunter Guerlain dan disapa oleh lelaki berwajah wanita. Oh, i know what i mean !~~

Beriya dia siap cerita sejarah fragrance Guerlain ni , asalnya dari France, dibuat untuk kerabat diraja.Amboi amboii..  Ada yg jenama Samsara tu Queen Elizabeth selalu pakai sampai hari ni.. ( Ima terfikir, Queen Elizabeth yg mana satu eh...aduhh..dah tua kot dia kan ? Perlu ke aku pakai perfume org tua . Hikhik ).

" Mana satu yg Elizabeth pakai ?' tanya Ima .
" Yang ni " dia pun tunjuk Samsara. 


Ima pun try lah bau.. hmmmmm..... try lagi.....dot dot dot.

" Tak lah wangi mana bau Ratu ni kan,.. biasa je.. " lancar aje mulutku tak de insurans. Haha. Entah yo ntah tidak si lelaki ***dan ni cerita.

------------------------------------------------------------------------------------------

Semangat lagi dia nak tunjuk botol yang lain pulak. Guerlain Idylle namanya. Bila spray kat kertas, wangi. Sekejap je lepas tu bau kat kertas tu dah hilang. So, Ima suruh dia spray kat tangan Ima. Oh, baru naik. Sedap juga bau dia. Strong floral and a bit spicy. 

Dah dekat 2jam, ima bau semula tangan ima. Laaa.. tahu tak, bau dia dah jadi Sangat SAMA dengan Dunhill Desire Red. 

Harga Guerlain Idylle 50ml - RM 340+
Dunhill Desire 50ml - sekitar RM 200 je rasanya.

Tak berbaloi kan ? Konon nak beli jenama di raja + mahal, tapi end up..baunya jadi ala Dunhill je. Dari bau perempuan terus jump into bau laki. Haiyoyo...~

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Okaylah sekian review berdasarkan tahap kepekaan hidung Ima hari ini. 

Btw, kalau tertanya-tanya.. apehal si minah ni gelabah bagi review pasal minyak wangi ? Sebab kepakaran deria ima ialah deria Bau. I am a clairsentience person. 

Okay ! Kalau nak beli perfume branded 18ml , EDP pada harga terlalu berbaloi, boleh tengok kat Fb Realelite World. 


Take care semua ! 

Si kaki bau ( bukan kakiku berbau )
Ima Zahra.

Thursday, July 25, 2013

Random Topics : Ramadhan bulan Sale di dunia & di akhirat


Alhamdulillah ! Bulan yg dipenuhi dengan Offer-offer terbaik dari Allah. Manusia memang gila offer...kalau ada warehouse sale, mega sale, anniversary sale, hari raya sale.. memang confirm shopping complex penuh. Yang penting, SOGO tutup pukul 11mlm pun orang duk sibuk dalam fitting room lagi pukul 11.30. 10 hari terakhir Ramadhan mereka memang dengan harapan penuh Sogo bukak 24 jam ! Dahsyat sungguh manusia obses dengan sale. Ini bukan kerja syaitan tau. Syaitoon dah takde kena mengena lagi sebab dah kena ikat. Ha ha. 

Allah bagi offer lagi TERBAIK. Merangkumi dunia & akhirat. Kalau kita betul2 berkejar baca Quran, berlumba solat taubat, terawih, sedekah , solat sunat yg lain..Allah kasi Lailatul Qadar. Semua dosa kita terampun. SEMUA. Amazing kan. Cuba bayangkan ada handbaq Louis Vuitton ( kenapa mesti handbag Ima ?? Haha), yang berharga RM30 ribu. Pastu ada offer, bukan 30% off, bukan 70%, tapi KASI FREE JE ! Tak nak lagi ?

Kita ni memang kalau tak de depan mata, kita tak paham-paham kan ? Hu hu. Moga Allah bagi hidayah untuk memahamkan kita bahawa kalau kita kejar akhirat, kita juga dapat isi dunia.

Contohnya macam ni, Nabi Muhammad dah remind kita :

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tapi kita ni aneh sikit, tunggu ada duit lebih baru nak sedekah. Money management katanya. Sesunguhnya Matematik Allah tak sama dengan Maths kita belajar kat sekolah.


credit to webbyarts.com for the pic.

Saturday, July 13, 2013

Adab berniaga online.

Duhai peniaga-peniaga Online, sila ambil perhatian :

Kalau ternampak iklan sponsored sstu barang cthnya "Kipas Elektrik Jenama Samsung".Harga yg mereka jual ialah RM 300. Anda juga jual kipas yg sebijik sama tp dgn harga RM250. Tolonglahhhhh jangan letak komen " saya jual lagi murah.250 je." Dgn harapan org yg terlihat iklan itu akan hubungi anda utk beli kipas dgn hrg lebih murah.

TOLONGLAH Jgn buat begini.Tidak beradab,malah xberkat sbb anda potong line org.

Org tu dah keluar kos utk iklan di fb ..tak adil lah kalau anda free2 je ambil customer org.Kalau desperate nak jual,sila buat iklan sendiri.

Kecewa bila ramai org kita berperangai begini.tolong beri persaingan sihat sesama peniaga. Terima kasih. 

Friday, July 12, 2013

Wedding Guest Book Garden Theme

Ima suka sangat finally dapat buat guest book tema lain dari yang lain berbanding sebelum ni. A bit challenging to finish this order. Ima memang suka buat fairies, kali ni.. buat Quilling Boy & Girl pulak. Senang je, just tak payah letak kepak dia kat belakang badan budak tu & buatkan baju yg sesuai. 

Kak Lin cakap skirt budak pempuan tu sexy..transparent. Ha ha. Maybe lepas ni Ima akan cuba buat skirt yang lebih menutup aurat. ;)

Setiap satu budak ni ambil masa 4 jam untuk siap. Lama ..tapi seronok buat.



Lepas dah quill bebudak comel ni, baru lah Ima proceed dengan design & pemilihan warna. Sepanjang proses mendesign, Ima banyak bertanya pendapat orang samada sesuai atau tidak, nak letak rama-rama warna apa, nak tambah atau kurangkan yang mana etc. Sehinggalah Amran pun OK dengan design, barulah Ima tampal kesemuanya di atas buku.



Ima sendiri jatuh hati dengan design ni, sebab ceria & melahirkan energi kebahagiaan. Macam 2 orang bercinta di taman bunga gitew.. Ecceehh .. He he he..

Apa-apapun, jika ada mana-mana yang tercabut, bolehlah tampal semula dengan gam PVA. Atau hantarkan pada Ima untuk servis apa yang patut for Free ( utk customer Ima ). Kalau korang ada nak adjust ..insyaAllah Ima boleh tolong apa yang patut dengan caj yg minimum :)

Okay ! 

Jumpa lagi.. Selamat Berpuasa semua!


Ima Zahra @ KC Gift Shop


Tuesday, July 9, 2013

Mini Hand Paper Shredder untuk dijual


Mini Paper Shredder 
NOW OPEN FOR PRE-ORDER !


Ramai yang tercari-cari mini paper shredder untuk buat quilling. Kat stationary memang berlambak jual yang jenis besar-besar dan kena pakai letrik. No. No ! 

Kami peng'quiller' Malaysia mahu yang boleh pusing-pusing pakai tangan ala-ala buat ABC tu. Just because we LOVE Handmade so much. Besides, the price is much cheaper than the big machine. Rasa macam gedabak sangat kat dalam studio art kan :) Yang kecik macam kat bawah ni senang nak di bawa ke mana-mana.

Mini Paper Shredder : Saiz 17 x 5cm



Ada sesiapa yang mahu shredder begini ?Order dari Ima.

Tinggalkan nama & no telefon pada komen di bawah post ini

atau SMS/Whatsapp Ima < jumlah shredder> < NAMA> ke 013-6010704.

atau tinggalkan komen di Fb KC GIFT SHOP. 

I'll get u back as soon as possible !!

Tq !


Welcome Ramadhan 1434

by Ima Zahra

Friday, June 21, 2013

Ada kisah dibaliknya

Seakan tercari-cari
walaupun ada
jasadnya tak kutemui

Wujud rasa
akibatnya terzahir
tapi tak ku pasti

Makin jauh umurku pergi
langkahku berlari disini

takutkah?
barangkali rasa belum cukup
jasad belum terbentuk
ingin belum mekar terpupuk

aku khali
rasa ini halus, pendam dan dalam.


13 Syaaban 1434
/ 22 Jun 2013

Wednesday, June 19, 2013

8 Perkara anda perlu tahu kenapa beli barang Online tak sampai-sampai

Ini post yg panjang. Siapa yang suka beli ONLINE, sila baca sampai habis. Pernah tak rasa bengang sebab order barang dari online shop tapi tak dapat2? atau courier lambat hantar barang sampai dekat seminggu ? 

Kalau nak order, pastikan perkara ini :-
1. Nama yang betul
2. Berikan alamat yang ada orang di rumah / ofis supaya ada orang nak sign terima barang
3. Berikan no telefon yang 24jam anda akan pegang telefon tu. ( maknanya no tel yg anda alert utk terima call)
4. Jika kawasan rumah sukar ditemui pihak courier, sila beri alamat lain atau pesan kepada peniaga untuk gunakan servis courier yang tertentu.

Kalau peniaga tu pakai Pos Laju, senang..bila tak ada orang di rumah, dia akan tinggalkan Kad untuk kita collect di pejabat pos.

*********************************************

Bagi courier lain, spt ABX Express / Skynet ( Ima guna perkhidmatan ni)/ Kangaroo/ Citilink/ Surereach atau apa sahaja... anda harus SEDAR/PEKA bahawa :-

1. Setiap courier berbeza daerah capaian. Ada tempat yg mereka servis,ada yg tidak. Ada zon 1 hari, 2 hari, 3hari. Walaupun dia kata dijamin sampai esok ke apa ke.. memang akan ada zon -zon ni.

* Kebanyakan courier susah nak masuk kawasan pedalaman / felda. Pos Laju lebih efisyen.

2. Ini prosedur courier : Peniaga > Despatch Collect > Centre Courier> Barang dihantar naik van/lori/kapal terbang ke negeri yg dituju > Courier cawangan > Despatch > Pelanggan.

3. Setiap hari, HANYA SEKALI sahaja despatch akan hantar barang. Kalau tak ada orang di rumah untuk collect & sign, mereka akan hantar hari esok . Kalau esok tak de orang lagi, mereka hantar lusa. Sehinggalah customer terima dan sign.

4. Jika sampai 4-5 hari pelanggan SUKAR dihubungi sebab kadang2 korang malas nak angkat telefon sebab unknown number/ tak sempat angkat etc, maka akhirnya pihak courier akan hubungi PENJUAL / SENDER untuk RETURN barang.

5. Bila sampai part RETURN, akan ada KOS kepada pihak peniaga. ( Anda pun makin geram sebab barang tak sampai ). So, bg barang yg untung seciput2...memang tak adil untuk peniaga tanggung kos tersebut.

6. Jika pihak courier tak jumpa alamat, mereka akan call. Tapi bukan semua despatch BIJAK & ada credit nak telefon. So mereka akan pulangkan ke cawangan dan pejabat akan hubungi beritahu masalah sekian sekian.

7. Ada sesetengah kes, courier akan hantar barang di guard house / kaunter di bawah ofis. Kalau pejabat anda jenis yang payah nak masuk, sila usahakan sesuatu dgn memberitahu guard house atau apa2 je cara yg sesuai.

8. INI MESTI AMBIL TAHU. Peniaga BUKAN pekerja Courier. Jadi mereka tidak tahu barang sudah sampai ke mana. Jika peniaga tolong cari dan call pihak courier , itu tandanya mereka mempunyai customer service yg baik. Tapi tak bermakna anda boleh naik bengang dgn peniaga sebab despatch tu tak call/ lambat hantar barang etc. SILA HUBUNGI CUSTOMER SERVICE COURIER tersebut dan Sebutkan Airbill Number/ CN Number.

Okay ! Moral of the Story...
Kalau nak beli barang online, pastikan anda tahu peniaga tu pakai courier service apa, berikan alamat yang tepat & ada orang boleh terima. Sila bertindak dengan tepat kepada orang yang tepat untuk pastikan barang selamat diterima.


Jadilah pelanggan Online yang bijak. Belian secara online sepatutnya memudahkan semua pihak. Jom sama-sama jadikan ia satu kenyataan. 

Happy Shopping !!!

Yang ikhlas berkongsi,
Ima Zahra

Tuesday, June 4, 2013

Hantaran Fresh Flower Tema Pink untuk Ninie

Last minute call,  Ninie memberi kepercayaan kepada Ima untuk buatkan dua dulang hantaran, gubahan bunga ringkas untuk meja guest book dan bunga tangan dari fresh flower ( bunga segar ) untuk majlis akad nikahnya di Bora Ombak, Ampang.


Ninie sangat cantik di hari bahagia :) 

Inilah buah tangan dari Ima sebahai peneman di hari istimewamu. Semoga bahagia berkekalan dan rumahtangga segar dengan keberkatan.






 




with love,
Ima Zahra 

Friday, May 31, 2013

Wedding Guest Book Ninie, soft pink is so lovely !

Ninie ialah kawan baik ima sejak Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di Sek Men Puteri Wilayah. Alhamdulillah, dapat berita gembira dari Ninie tentang majlis nya sejak awal Januari lagi. Ninie si cekmek molek Kelate yang sangat lemah lembut dan sopan orangnya. Sangat senang berkawan dengan Ninie, pernah jadi teman yg setia dan tak banyak songeh. :)

Disebabkan Ima kenal karakter Ninie, mudah sekali membuat buku tamu perkahwinannya. Gabungan warna pink lembut menghiasi hampir 90% design dan sedikit orange sebagai penyegar. Suka tengok Ninie yang sangat happy bila terima guest book. 

Thanks Ninie sebab percaya dengan kerja tangan Ima. Ni adalah antara guest book favourite di Facebook Ima. :)




Selamat Pengantin Baru Ninie !
Majlis Resepsi di Bora Ombak, Ampang


Love You Sooo Much !
Nanti datang kedai Ima kita lepak-lepak minum ya. Boleh Ima belanja pengantin baru :)



Untuk lebih banyak design wedding guest book yang cantik, jemput ke album ini :-



Whatsapp 013-6010704 utk order.

Quilling Wedding Guest Book for Ayed & Nurul

Tema pink / purple. Rasanya, memang semua guest book ima ada warna pink. :)

Ini adalah design yang kerap Ima buat untuk pengantin. Practise make perfect. Oh ya.. basic design sama, cuma tak dapat lah nak buat sama sebijik macam yang sedia ada sebab kerja tangan berbeza, kertas kadang-kadang out of stock sebab ada yg very limited. Tapi Ima akan cuba buat sehabis baik untuk jadikan design guest book yang anda tempah cuma milik anda seorang. Tak ada duanya di dunia. He he. 

Kepada yang nak tempah, Ima cadang hantarkan gambar pengantin sebelum Ima start buat. Bila nampak rupa pengantin, Ima akan dapat instinct dan lenggok untuk menggayakan guestbook dengan mudah. Hee..I'm a Reiki Healer,having great instinct is my speciality. :)


Guest Book pertama untuk Izwan ( Adik Eha )




Kedua untuk Ninie,



Ketiga untuk Ayed, tapi Ima sendiri pun tak berapa puas hati dengan hasilnya...so i'll just keep for myself :)



Keempat untuk Ayed. Alhamdulillah, he liked it ! And i loved it soo much :)


Selamat Pengantin Baru, Ayed & Nurul. 

Datang pickup dekat area kedai ima @ Jalan Pahang.

Terima Kasih banyak-banyak. Senang bekerja dengan Ayed. Keep posted !


Join Us!
Fb : KC Gift Shop

Sunday, May 26, 2013

Hantaran Fresh Flowers for Farah Diba

Ini adalah kali pertama ima buat hantaran pakai fresh flower. Tak, sebenarnya kali pertama buat hantaran. Rasa sangat terharu bila Farah bagi kepercayaan untuk selesaikan 9 dulang hantaran ni. Terima kasih Eni sebab kekal di sisi meneman Ima memotong bunga dan menyiapkan span basah sampai 3 pagi. 

Macam siapkan assignment nak kena hantar pagi-pagi kat lecturer pulak rasanya. Apa pun, ia adalah pengalaman yang sangat berharga untuk kami bertiga. To be apart of the wedding, I feel so honoured. Alhamdulillah.





Sayangnya gambar-gambar ni Ima snap dari handphone je.Kualiti tak berapa bagus sangat. Ima harap boleh gantikan gambar-gambar ni dengan gambar dari photographer Farah. Photographer dia memang sangat happening. I would love to hire him one day. Very energetic and cheerful person.












Bila semua hantaran ni dah siap.. Farah cakap.." Ima...cantik sangattt !! Nanti masuk gambar hantaran dalam blog Ima..orang boleh order .." Oh, tingginya bayangan best friend ku ! 

Kalau within area KL boleh la kot. Jenuh nak bersengkang mata siapkan malam akad nikah. Fresh flower kan tak panjang umur. But, seriously.. Ima sangat enjoy menggubah semua dulang. So much loves to put on them. 

Oh, Ima buatkan hand bouquet untuk Farah jugak.



Semoga berbahagia selalu Farah & Bad !

Love u both .

Ima Zahra.