Friday, September 13, 2013

Semangat Juang vs Pechichilan.

Tak terkawal. Perasaan gembira adalah sesuatu yang sukar dikawal. Kalau sedih, kita MESTI kena kawal, er..cover line kononnya. Takut orang terperasan. Ima sedang 'pecicilan' ( bak kata org Jawa ) sekarang ini. Sindrom perangai tak terkawal sedang menyerang secara tak sengaja.



Berbulan-bulan memendam lemak hingga badan menjadi bulat menawan. ( Ahaks ! ). Berbulan-bulan kurang aktif fizikal. Kurang semangat untuk berlasak-lasak. Barangkali kerana kurang sihat. Oh, being lazy is just a state of mind katanya. Whateva.

Alhamdulillah, Ima dapat banyak tempahan tak putus-putus dari Kertas dan Cinta. Tempahan guest book, hantaran, paper shredder dan lain-lain. Sekarang sedang memikirkan untuk meluaskan jenama KC Gift Shop. Sedang berkerja keras berusaha sedikit demi sedikit. Bila terlalu banyak bergelumang dengan kertas, risiko paling dahsyat ialah sakit pinggang, membesarkan tubuh, dan meningkatkan lemak. Sebab asyik duduuuuuuuuuuk dan meneeekuuuuun je. Exercise jari je. Kalau pergi massage, mintak masseur tu urut lebih sikit kat jari.Fuuuhh...nyaaamaaan bangat ! Haha

Hari ini adalah antara hari-hari yang memuaskan hati. Being active, pecicilan & banyak berurusan dengan manusia. Walaupun stress sikit kat Jalan Genting Klang tadi, fuuiiii..nasib cepat buat keputusan untuk terus menyimpang ke Festival City untuk meredakan perut yang semakin kebuluran.

Nandos akhirnya memenuhi ruang perut. Memang Nandos kat situ pekerjanya MakNyah2 gelap. Tak kisahlah, daripada dia merepek kerja lain elok lah keje restoran. Dessert ala-ala Chocolate Volcano dia sangat superb sedap.... and of cos bila kebuluq, mediteranean rice + 1/4 extra hot chicken adalah sangat nyummmeh.

Setelah berkurun lama menyimpan hasrat untuk kembali sihat, fleksibel dan kuat..akhirnya hari ni menyambung semula kisah cinta dengan Celebrity Fitness. Memang tak boleh harap kalau sensorang nih. Senaman kena berteman. Kena tengok semangat makcik2 tu bersenam . Kena tengok pempuan2 body gojes yang dah kerempeng sebab keturunan ( bukan sebab workout okay ? nampak tak i busuk hati di situ? kahkah ) . Baru rasa jeles lebih sikit untuk mengejar fit & sihat. Kuang kuang kuang. :p

Padahal kolesterol dah berkampung kat jantung. Lutut dah tak mampu nak angkut sekotak Biomil turun tangga ofis. Sangat ngeri situasi itu. Simple rule. If I dont like my current situation, I must make changes. Kan ?

Tak seronok sebenarnya tak aktif. Kenapa pulak basuh baju tak jadi motivation untuk diri sendiri kan? Haih.. Tapi dulu, rajin je..sebab bangun pagi rasa sihat. Rasa ada komitmen nak pegi senaman. Pastu automatik termasuk gear rajin. Okaylah. Mudah-mudahan teori ini masih berjaya. Er, kalau dulu tak berapa berjaya, maka harap2 makin berjaya lah kali ni. Huhu.

Okaylah. Sekian mengomel sendiri. Gear pecut sudah dikurangkan ke gear yang lebih sesuai untuk parking landing atas tilam. Maaflah. Ima tak pandai drive kereta manual. So tak tau kena pakai gear apa. Ha ha. 

Ada 3 guest book untuk diselesaikan minggu depan . Slowly-slowly lah. Sambil2 tu boleh start buat hantaran untuk adik sepupuku Hafiz. Sementara tu sibuk mencari & mengumpul idea . Nanti LIKE page ima eh --> KC Gift Shop . Semua gambar ima upload situ. Atau follow kat insta imazahra_KC

Salam Sayang,
Salam pechicilan.

Ima Zahra

No comments:

Post a Comment