Saturday, November 5, 2011

Ima Zahra loves I-Clay - Hobi Tahun 2007

Di suatu petang ketika berjalan-jalan di Jusco Sri Kembangan pada tahun 2007 ( ke 2006 ?)..dah lupalah, saya terjumpa benda-benda cute ini dijual di booth dalam Jusco. Wah ! Cantiknya ! Ia tak melekit. Boleh combine warna untuk jadi warna lain, dan tak busuk ! Malah daya elastiknya juga tinggi. Saya terkagum sebentar. Melihat harganya untuk budak kolej macam saya - errm..boleh tahan juga.

Kaki saya melangkah pergi. Jauh. Jauh. Jauh dari kedai itu. Setelah habis berjalan-jalan, saya asyik terkenang-kenang benda berwarna-warni itu. Oh ! Tak boleh jadi. MESTI BELI !

Dari situlah saya mula jatuh cinta -jatuh hati - pada seni ini. Tak pernah pergi kelas apa pun, cuma ikut gambar di katalog saja. Seronok sangat main dengan tanah liat ni - sampai ada juga beberapa kali ponteng kerja sebab nak pulun buat siput babi yang bukan-bukan. Last-last, semalam saya buang jugak siput babi tu sebab dah tercabut-cabut. Ha ha.

Tulah, ima zahra tak reti jaga reta ( harta ). Aiyoyo. Itu dulu la..dulu. Sekarang dah OK sikit :). He he.








Saya masih ada stok I-Clay ini yang belum dibuka dan masih elok.. Saya sudah semakin sibuk dengan Real Spa saya, dan beralih cinta kepada quilling - maka i-clay dan peralatan yang ada ni...emm..SAYA NAK BERI SAJA pada sesiapa yang berminat. Harga sebenar satu warna agak mahal juga. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki i-clay. Kerana ia memang menyeronokkan.

Nanti saya akan ambil gambar stok warna apa yang ada ya. Dan peralatan-peralatannya. Kalau sesiapa nak, boleh SMS terus ke 0173971570. Saya nak bagi FREE saja. Cuma jika perlu POS, anda bayar wang pos saja ya !

Cepat ! Cepat ! :)





utk carian Google :- I-Clay bukan untuk dijual, tetapi untuk di beri FREE.

2 comments:

  1. Salam Dik Ima Zahra, Kak Dayu dah SMS. Harap sangat Kak Dayu berpeluang untuk mendapat I-Clay yang sangat comel dan warna-warni ini. ;)

    ReplyDelete
  2. wah.. boleh saya nak..?

    ReplyDelete