Tuesday, November 29, 2011

Retreat&Recharge Maal Hijrah 1433 : Upload Wishlist & Rubbish List


Tarikh : 26/11/2011
@ 1 Muharram 1433

Tempat : "Sekolah Reiki Malaysia " ( IQBC,Shah Alam )

Kami berkumpul menghayati & mensyukuri - semua anggota tubuh yang masih ada, masih dipinjamkan Allah. Mengimbau detik Hijrah Rasulullah s.a.w, mengambil iktibar dan 
sama-sama MENGAMBIL LANGKAH untuk HIJRAH DIRI
Mudah-mudahan menjadi Muslim yang lebih baik
Wish list disenarai - sebagai landasan Perancangan untuk Tahun Baru
Rubbish List disenarai- sebagai pengingat jangan lalai !
Mudah-mudahan impian kami dengan usaha,doa dan tawakal - semuanya menjadi kenyataan.

Terima Kasih Dr Mir Hazilyang sentiasa mengingat-ingat bahawa kami adalah mutiara bernilai yang perlu digilap dengan TEKUN dan SABAR ! Semoga rezeki IQBC melimpah ruah !

Sunday, November 27, 2011

Tanam Pohon di Syurga

Hari ini, adik sepupu saya Abdul Hafiz akan pulang ke Mesir untuk sambung pengajiannya. Panjang cutinya kali ini - empat bulan. Waktu yang puas menjaga uminya yang sakit. Hafiz anak tunggal dalam keluarga - jaga umi sebaik mungkin, tolong urut, jadi peneman di wad, setiap saatnya mendoakan ibunya sembuh, menemani ibunya kimoterapi, rawatan sana sini.

Sejak Ramadhan lalu Hafiz setia menjadi anak Soleh. Bukan mudah untuk seorang anak lelaki mengharungi ujian begini. Alhamdulillah, ilmu agama yang dituntut, didikan yang MakNdak & PakNdak beri, serta sokongan keluarga dan sahabat handai - saya fikir Hafiz kini menjadi seorang insan yang berbeza dan mantap.

Hafiz berbaju kuning. Gambar kami di Hari Raya 2011.


Teringat zaman kecil kami, Hafiz dahulunya penakut belon. Kini, dia gah mengatur langkah berdikari menaiki 'belon' ( kapal terbang ) ke Mesir - KL dengan sendiri, menggenggam impian.

Mak cakap " lama betul Hafiz cuti, 4 bulan. Kalau buat sesuatu, pasti sudah menjadi hasilnya " .

Maksudnya, jika tanam pokok mungkin sudah berbuah.

Ya ! Saya fikir, jika di dunia kita tak nampak hasilnya dari segi material, tapi sebenarnya Hafiz sudah menanam pohon subur di syurga. Menjadi anak yang soleh, menjaga ibu bapa dengan baik , Subhanallah. Saya doakan semua urusan Hafiz dipermudahkan kelak.

All the best Hafiz ! Terus menjadi lelaki yang berguna, lelaki yang memahami wanita, lelaki yang bertanggungjawab, lelaki yang hebat. Contohilah Rasulullah saw.

Used Paper Bags For FREE ! (1)

Alkisahnya, pada suatu ketika dahulu, Ima Zahra sangat suka membeli-belah. Pantang ada masa free - pergi shopping. Ada masa tak free pun pergi shopping. Pergi bayar bil Digi kat MidValley pun sempat curi-curi pergi shopping. Tempat favourite shopping ialah di pesta-pesta buku, MIHAS, MAHA, Mummy Fair, apa-apa je lah asalkan namanya EXHIBITION. Sebab kat situlah berkumpulnya company-company yang akan menghulur beg kertas sewenang-wenangnya untuk tujuan BRANDING !

Okay, maka dengan itu, Ima Zahra ada banyak sangat paper bags yang masih elok tapi hanya tersimpan dalam stor. Saya terfikir, kalau nak jual kat recycle centre pun boleh juga, tapi sayanglah kan...sebab begnya masih boleh dipakai lagi. Kan bagus kalau kasi kat orang je ??

Emmm..jadi, kalau sesapa nak paper bags sila tinggalkan komen ya. Macam biasa , semua paper bags adalah percuma. Yang perlu bayar ialah uang posnya sahaja. Okey gitu ?

Semua beg kertas ni lain-lain saiz. ada yang kecik, ada yang sederhana, ada yang besar. Saya akan update saiznya kemudiannya. Pembaris tak jumpa ! Hihi.

P10

P1

P3

P2

P4

P5

P6

P7

P8

P9

SMS Ima kalau nak 0173971570 
Cth : Hi Ima Zahra ! Saya Minnie Mouse nak P2, P3, P7.

Thursday, November 24, 2011

Waiting Outside The Lines - Greyson Chance w/lyrics



Tengah mood nak dengar lagu ni banyak kali. Dulu sangat beriya-iya mendengar lagu The Climb, Miley Cyrus.

Ima Zahra sangat suka dengar lagu-lagu yang menaikkan semangat dan memberi ingatan bahawa hidup ini indah dan masih banyak untuk diteroka.


Sunday, November 20, 2011

Kenduri Macarons

Macaron


** A macaron (French pronunciation: [makaˈʁɔ̃])[1][2] is a sweet confectionery made with egg whites, icing sugar, granulated sugar, almond powder or ground almond, and food coloring.

** sama dengan (=) Cekodok Omputeh ( itali,french)


Motif : Bergumbira dengan sepupu-sepupu yang sedang bergumbira. Ummi tengah syiok cuti, Angah tengah gumbira bebas dari PMR, Diba tengah bergumbira dengan result sem lepas. Ima Zahra ? Emm... bergumbira sebab dah sambung belajar kat UM kot ? Boleh ??

Ustaz Don sungguh menawan.Bertuah betul tunangnya. ( Hoi, ape motif tetibe masuk ustaz Don ni ?? )

Lokasi : The Curve, Mutiara Damansara


Sampai hari ni masih tak faham kenapa makanan pembuat taik gigi ni begitu mahal harganya. Susah betul kot nak buat ? Hissh..tak apa lah.kita makan setahun sekali saja ya ! Lagipun tak bagus makan banyak-banyak. Kalori tinggi dan MANIS yang amat. Haissh...

Penghidap diabetis, dilarang MENCUBA. Akan menyebabkan ketagihan gula.

Jom terus bergambar gayat - oh, memang tema jalan-jalan kali ini sungguh teruk bunyinya --> Batak.

Okay, dont ask ! Pics please.

Angah ambik gambar ni.

Ima Zahra ambik gambar ni. Lebih besar , lebih tamak.

Macam-macam rasa ada - coffee, red velvet, peanut, sesame , chocolate dan entah apa-apa lagi lah. Saya tak ingat. Yang penting ada warna. Haihh..perempuan kan ?? Sungguh tertarik dengan warna. Sebab lepas tu boleh lah posing-posing dengan cekodok macaron ni. Oh, Ima Zahra merosakkan darjat macaron dengan menambah perkataan cekodok di depannya. Haha. Ni semua gara-gara angah.

Angah : Macaron ni apa sebenarnya ? Biskut ke? Roti ke ?
Diba : Kuih
Ima Zahra : Cekodok.

Berderai-derai gelak. Hentam sajalah labuuuu..

Diba bermata macarons

Angah membayangkan rasa benda berwarna warni ni... posing dekat 15 minit tak makan-makan !


Cukuplah sampai disini. Kenduri macarons lah sangat ! Ima Zahra waktu ini sedang terngiang-ngiang bau Hugo Boss botol bulat warna biru tu.. Wanginya !! Ingat nak beli, rupanya tu utk lelaki. Alahaaaaaiiiiii ~~

Tunggu Ummi & Diba beratur beli MeatBalls kat IKEA.

@ The Street.


Eh jap, lupa nak letak gambar last. Huhu.



Bye bye. :P

Friday, November 18, 2011

Penting ke Wish List Awal Muharram ?

Dari FB Wardina Saffiyyah

Adik2 tersayang... baru dapat inbox lagi "Kak Dina saya dah banyak buat dosa" Kata Kak DIna "buka Quran dan lihat Maidah ayat 39". Kita semua buat dosa... persoalannya adakah kita mahu tinggalkan kehidupan kita yg berdosa itu? FItrahnya dosa meresahkan jiwa... Badan kita mahu sangat untuk kita bersolat , tapi kenapa kita TAK beri tubuh kita ketenangan dan haknya itu? Tell yourself "I will try, cuba sedaya upaya saya untuk berubah menjadi Muslim yang lebih baik" Percayalah Allah akan memudahkan dan membuka pintu dan jalan anda... Salam Sayang untuk semua... sedikit demi sedikit.... -yang masih mencuba -Wardina-

Ketenangan hati datang dari Allah, Cinta datang dari Allah, Kebahagiaan datang dari Allah tapi kenapa mencari ini semua di tempat-tempat lain ? - Wardina

Tinggal 8 hari lagi kita akan menyambut Awal Muharam 1433. 


Dari FB Mir Hazil 

sungguh, masa kian suntuk. tatkala 'mengimbas' kembali 'Hard-Disc' diri, melihat prestasi sepanjang 1432H ini - terlalu banyak 'VIRUS' yang masih AKTIF. Miski berulang kali cuba di 'delete' tapi masih gagal..

sungguh, masa kian suntuk. tatkala merenung kembali kembara 'Hijrah-Diri' sepanjang tahun 1432H ini - terlalu banyak kekurangan dan kealpaan yang masih perlu dikemaskinikan.

MASA KIAN SUNTUK..

diri harus KENAL kelemahannya..
diri harus KENAL kemahuannya..
diri harus KENAL halatujunya..

masa untuk RE-FORMAT!!




Ima Zahra

# wish list 1433 / rubbish list 1433 --> termenung panjang nak tulis. buku wish pun tak pilih lagi. buku yang dulu dah lunyai. camno nih.

# Sudah siapkan 3 wishlist & rubbish list utk 1433H. 8 hari lagi Awal Muharram..tahun baru tuuu... jangan lepas pandang ya ! :) Penting sangat ke buat list tu ?- Mestilah penting sebab.....'kita takkan rasa gundah kalau kita tahu apa yang kita cari' ...



Sejak saya tahu amalan wish list ini, saya tidak pernah miss untuk tulis senarai apa yang saya mahu dalam hidup setiap awal tahun. Ia sangat bermakna bila kita tulis, kerana kita boleh rujuk bila-bila masa. Dan sentiasa keep in track.

Ada masa lagi, apa kata anda pun siapkan wish list anda untuk Maal Hijrah ini. Nabi Muhammad saw HIJRAH ke Madinah, dan berjuta hikmah didapati dari penghijrahan baginda. Ayuh !

Ambil masa, fikirkan sejenak, renung jauh ke dalam diri dan tanya ' apa yang saya nak di tahun 1433 ini ?'

Wednesday, November 9, 2011

FREE GIFT : Selepas semua iclay sudah berjaya bertukar tuan, Alhamdulillah...


Sesiapa yang nak, boleh SMS Ima Zahra ke 0173971570. Barangnya percuma, tapi mohon uang utk caj pos sahaja ya... 

InsyaAllah, akan ada banyak lagi yang nak diberi percuma. Later, PAPER BAGS !!!!

Anyone LOVES PAPER BAGS ?? 




Yang tutup hitam - no more available :)



keep updated,baby !

dah musykil sangat sebenarnya, mana satu ejaan betul ?
a) free give
b) free gives
c) free gift
d) free gifts

tolonnn..toloonnn. he he. 

Tuesday, November 8, 2011

Peng-i-clay, a lil tips.

Kakak-kakak kesayanganku...


  • jgn biar mereka terkena udara, nanti keras.
  • bila keras, cuma tambah air dan gaul sehingga lembut :)
  • jika mahu beli lain-lain warna, boleh ke sini http://www.clay4fun.com/funzone/ atau cari saja di google. sekarang ni dah senang dapat dah. 
Sorrylah tak dapat nak bagi dgn sempurna, tak cukup warna, tak cukup banyak etc. Hope u gonna like them.

Keep in touch !

I-Clay ,arts tool untuk diberi percuma ;)

Okay, inilah iclay yang sungguh istimewa yang menjadi teras utama kepada pembentukan benda-benda cute. Fullamak, ayat ima zahra sungguh gempaq entah apa-apa. He he he.

Boleh pilih mana-mana yang mahu. Kak Dayu yang pertama SMS. Jadi, kalau KDayu masih berminat,boleh inform ima nak yang mana ya ! Tapi, kalau Kak Dayu nak borong semua, tak dapatlah nak kasi 'can' kat Namizam n K.Lin. Emm.. barangnya ciput..susoh jugak yerr. he he. Ini projek ima yang dah terabai, jadi ada juga yang dah diguna sedikit. Info kat gambar.

1) iclay putih baru-TAKEN by K.Lin


2) iclay merah baru
- 1 K.Lin
-1 K.Dayu

3)iclay hijau baru - K.Dayu
4a) iclay biru sudah guna sedikit   4b) iclay baru
K.Dayu

5) iclay hitam dalam bekas kecil
K.Dayu

6)iclay kuning (banyak)
K.Dayu



7)step by step animal land - K.lin

8)step by step rabbit K.Dayu


******************
Okay ! Sekarang benda-benda lain pula...

9)glitter maroon

10) iclay spring holder, petals wood, bekas plastik utk display barang arts
 K.Dayu / K.Lin


11)lidi

12) ikan, kereta, bintang

13) tapak kayu bulat - K.Dayu

14) pisau iclay - K.Dayu / K.Lin

K.Lin

Penutup hitam - K.Dayu




Saturday, November 5, 2011

Ima Zahra loves I-Clay - Hobi Tahun 2007

Di suatu petang ketika berjalan-jalan di Jusco Sri Kembangan pada tahun 2007 ( ke 2006 ?)..dah lupalah, saya terjumpa benda-benda cute ini dijual di booth dalam Jusco. Wah ! Cantiknya ! Ia tak melekit. Boleh combine warna untuk jadi warna lain, dan tak busuk ! Malah daya elastiknya juga tinggi. Saya terkagum sebentar. Melihat harganya untuk budak kolej macam saya - errm..boleh tahan juga.

Kaki saya melangkah pergi. Jauh. Jauh. Jauh dari kedai itu. Setelah habis berjalan-jalan, saya asyik terkenang-kenang benda berwarna-warni itu. Oh ! Tak boleh jadi. MESTI BELI !

Dari situlah saya mula jatuh cinta -jatuh hati - pada seni ini. Tak pernah pergi kelas apa pun, cuma ikut gambar di katalog saja. Seronok sangat main dengan tanah liat ni - sampai ada juga beberapa kali ponteng kerja sebab nak pulun buat siput babi yang bukan-bukan. Last-last, semalam saya buang jugak siput babi tu sebab dah tercabut-cabut. Ha ha.

Tulah, ima zahra tak reti jaga reta ( harta ). Aiyoyo. Itu dulu la..dulu. Sekarang dah OK sikit :). He he.








Saya masih ada stok I-Clay ini yang belum dibuka dan masih elok.. Saya sudah semakin sibuk dengan Real Spa saya, dan beralih cinta kepada quilling - maka i-clay dan peralatan yang ada ni...emm..SAYA NAK BERI SAJA pada sesiapa yang berminat. Harga sebenar satu warna agak mahal juga. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki i-clay. Kerana ia memang menyeronokkan.

Nanti saya akan ambil gambar stok warna apa yang ada ya. Dan peralatan-peralatannya. Kalau sesiapa nak, boleh SMS terus ke 0173971570. Saya nak bagi FREE saja. Cuma jika perlu POS, anda bayar wang pos saja ya !

Cepat ! Cepat ! :)





utk carian Google :- I-Clay bukan untuk dijual, tetapi untuk di beri FREE.