Monday, September 5, 2011

Fesyen Wanita Musang Berjanggut...kekekeke..

Rasa nak tergelak bila tengok makcik-makcik, para wanita, para remaja perempuan, si anak gadis, si budak kecik ( all refers to perempuan bertudung yeehh ), yang pakai KERONGSANG raya tak kena gaya.

First off all,saya sedar diri bahawa saya bukanlah power sangat bab fesyen. Tapi, mata ni memandang...terus tak sabar-sabar nak buat post kat blog tentang kerongsang berjanggut ni.

Tahun ni ramai lah yang pakai kerongsang berjurai. Ya, ya . Ima pun pakai jugak lah sebab cantik, ok ! :)

Yang tak tahannya bila tengok makcik ni, pakai tudung express tu , lepas tu kerongsang dia BESAR, BERJURAI, BULAT BULAT kat bawah dagu dia. ( konon-konon kira kancing ketatkan tudunglah )... Ala la la...

dah macam janggut besi pulak dah! over tau !!

ni contoh je.. ada makcik tu pakai 2 kali ganda besar kerongsang ni.
aarrghhh ~~ tak leh terima !

Berfesyen tu boleh, pakai kerongsang ni puuuun booleh..tapi biarlah berpada-pada dengan saiz muka dan fesyen tudung.

Cucu-cucu sekalian, sila lah tegur-tegur kalau nenek / makcik korang tu pakai mereben sangat. Syawal ada lagi bersisa, masih sempat untuk perbetulkan fesyen.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

: peace :

No comments:

Post a Comment