Wednesday, June 15, 2011

Sebelum shopping, pastikan ini dahulu..

  • Handbag 
  • Notebook
  • Blackberry
  • Seluar 
  • Baju
  • Topi 
  • Motor
  • Kereta
  • Kapal Terbang
  • Pemotong Kuku

 Tak kira berapa panjang " Senarai Mahu Beli" yang sudah bermain-main di fikiran anda, tolong, pastikan satu perkara tersangat penting sebelum pergi membeli belah.

Sebaik sahaja dapat gaji, atau elaun, atau kawan lain akhirnya bayar hutang anda,atau tiba-tiba anda dapat duit sedepuk dari langit, TOLONG!!!!

Tolong jangan terus shopping.


Perkara yang anda perlu buat sebelum shopping ialah :-
  • Tolong bayar hutang anda - bil-bil tertunggak, kad kredit dll 
  • Tolong bayar HUTANG anda kepada kawan, saudara, orang yang tak dikenali, girlfriend atau boyfriend anda.

Hutang adalah perkara sensitif yang selalu jadi rahsia dan perbuatan diam-diam seseorang. Anda mungkin terasa serba salah untuk meminjam sedua ratus ringgit dari kawan/gf/bf anda pada mulanya, tapi disebabkan mereka betul-betul ikhlas nak pinjamkan duit..anda ambil juga.
.
.
Dan anda berasa sungguh gembira.
.
.
Dan berjanji " cukup bulan saya bayar ya !" atau " saya ada saja duit, saya terus bayar eh "
.
.
Bila dah berjanji tolong tepati. Sebab kawan anda tak pernah lupa yang anda pernah meminjam duit dia. Cuma dia tak nak menyebut-nyebut - dengan harapan anda akan bayar secepat mungkin.


Tapi, kawan anda akan berasa sangat KECEWA dan rasa nak belasah bila tengok anda sudah pun membeli baju baru, atau kasut baru, atau helikopter baru. tapi BELUM PUN BAYAR HUTANG KEPADA DIA. !

Kaya macam mana pun kawan/gf/sedara/bf/adik/abang/kakak anda - Ingat, hutang tetap hutang. MESTI BAYAR
 

Biar baik macam mana pun kawan tu, biar betapa sweetnya boyfriend dan girlfriend anda ; - tolong  bayar hutang terlebih dahulu sebelum membeli barang-barang yang cumalah KEHENDAK anda. Bukan KEPERLUAN.


Dosa hutang di bawa ke mati. Orang yang syahid akan diampunkan seluruh dosanya, kecuali dosanya berhutang kepada manusia.


Moral of the story :- Sila bayar hutang anda sebelum bershopping. Kalau tak dapat bayar pada masa yang dijanji, sila buat perjanjian baru, atau sedapkan hati kawan anda dengan menyebut " beb, aku tak dapat bayar hutang kau lagilah, sebab aku dah terbeli robot transformers tu.Sorry sangat-sangat."

Dan tolong sedar diri, bahawa perbuatan anda melewat-lewatkan bayar hutang  itu adalah SALAH.


Sila ambil masa 10 saat, ingat kembali
" aku pernah hutang kat siapa ya ??? aku dah bayar ke belum haaa ??? "


p/s : Jika anda suka entri ini, sila copy+paste di blog anda. Credit link to me,yea! Thanks.

No comments:

Post a Comment