Inilah cerita kecil yang dibesar-besarkan. Hargai ketika kecil.
Tangan saya panas, kata orang tua-tua. Tanam apa saja pokok pun boleh mati. Ya, hakikatnya memang tangan saya panas - mungkin sebab selalu buat Reiki ( Hands On Healing ),dikatakan tangan penyembuh ( pengamal Reiki ni ) selalunya panas.
( saya ada masalah dengan laptop ni, bila tekan Enter, kursor tak turun ke bawah pun, kenapa ya ? )
Saya tak pernah jemu membeli pokok hidup untuk ditanam, memang tak ada pengetahuan satu sen pun macam mana nak tanam pokok. Tapi, saya tetap beli pokok,bermula dengan Pokok Buluh Senang Jaga ( Pobuseja). Saya beli 5 batang. 2 sudah mati. Tinggal 3 ni saja yang bertahan, ini tahun kedua. Alhamdulillah.
Baru lepas potong daun untuk dialih ke pasu baru. Jadi, ia kelihatan sedikit togel ;) |
Saya beri Pobuseja ni makan B1 ( Suplemen Salindah - ada banyak mineral, untuk bayi comel dan hilangkan loya ) setiap 2 minggu sebagai baja. Saya tak tahu nak bagi makan apa pada pokok ni, sebab mak cakap " ko kasi minum je, makan tak kasi..memang la senang mati ).
Masa mula-mula dulu, akarnya sikit saja.Lama-lama bila dah bagi B1, akarnya semakin banyak. Suka. Suka :) Kiranya boleh lah B1 tu dibuat baja pokok kan. Fuiiih..mahal betul makanan pokok saya :)
Pokok Tanam Dalam Air |
Bulan lepas, saya ke Nurseri Sungai Buloh untuk beli pasu tanah.. Fuuuh...Bismillahirrahmanirrahim. Saya yang buta pokok, buta tanah, buta segalanya melangkah masuk ke salah satu nurseri yang pokok diluarnya sungguh segar bugar.
******************************************************
Pekerja Bangladesh menyambut kehadiran saya. Saya panggil dia Shah Rukh Khan.
Ima Zahra : Saya nak beli pasu tanah, kecik punya.
SRK : U mau apa macam punya ?
I-Z : Selalu orang beli pasu berapa besar ?
( SRK dah buat muka blurr, terkejut sambil memandang serong kepada saya. Apa kena budak ni, nak beli pasu tapi tak tau saiz.)Saya memandang-mandang pokok-pokok yang ada dalam nurseri, semua sihat-sihat, cantik, segar, hijau, berwarna. Saya jatuh cinta !
I-Z : Bos, pokok apa yang susah mati punya ??
(SRK sekali lagi buat muka terkejut, dalam hatinya mungkin berkata " Apa punya soalan daaaaaa.....???")SRK : Ini pokok boleh, bagus, senang jaga.( Dia mencadangkan beberapa pokok )
I-Z : Saya mau pokok senang jaga, tak payah siram hari-hari, tak payah kena matahari sangat, tak senang mati, tangan saya panas.
SRK : Ha ha ha.. ! Aiyaa.panas ka ? eeerr... (sambil menggaru-garu kepala), ini pokok boleh la. kasi air saja. 1 minggu sekali kasi kena matahari sudah cukup.
**************************************************************
Dan perbualan aneh antara pelanggan yang tak tahu apa dan SRK pun berlanjutan. Akhirnya saya berjaya membawa pulang pasu kecil, pasu sederhana, tanah dan baja.
Hati saya sungguh berbunga-bunga. Seronoknya ada pokok. Hoye-hoye.. !!! Balik nanti mesti balkoni di rumah cantik menghijau. Aura rumah saya mesti jadi lebih baik. Aiiiih..mesti saya bertambah penyayang. Hi hi hi.
Bunyi macam banyak je pokok-pokok saya kan ? Sebenarnya cuma ada pokok kunyit, pokok pobuseja,dan pokok tanam dalam air saja. He he he. Maaflah !!! Saya memang tak tahu nama pokok !!!!!!!!
Pesanan dan ajaran dari SRK saya aplikasikan bila balik rumah. Tiap-tiap hari tengok pokok, ada je daun kuning - saya terus mengadu dengan mak, " maaaaak,, kenapa kuning ? dia tak cukup makan ke? terlebih air ke ? tak cukup air ke ? "
Mak cakap " mana ada orang tengok hari-hari pokok tu.. kuning tu biasa la..yang hidup mestilah mati..aduuuiiihh.."
Hehehe,,Ima Zahra terlalu concern dengan pokok. Hal kecil dibesar-besarkan. Bukannya jaga ladang 5 ekar, cuma 10 pasu kecil saja !!!! Ho ho ho. :P
Anak-anak kesayanganku...hari-hari Reiki pokok.. :) |
effy tgh carik pokok kaktus. senang gak jaga. org cakap lagi tak jaga, lagi la die tumbuh elok. seswai kan utk org pemalas cam kite? hahahah
ReplyDeleteEffy !! Jangan tak percaya, pokok kaktus ima tanam pun mati. !!!!! ha ha ha ha
ReplyDeletePening nyai tengok cucu dia ni.
Apa pun, mmg sepatutnya kaktus susah mati laa.... kita bukan malas, tapi RAJIN buat benda lain. ha haha
dh pokok kaktus pn mati x tahu nk kate ape lah aku imaa!! hahaha
ReplyDelete