http://clairespapercraft.blogspot.com/ |
Di saat ujian satu persatu menerka, dan impian jauh beribu batu mahu ditempa, saya antara kaget, tercegat dan tersedak dek kesedaran bahawa langkah kaki harus dipercepat untuk menang pada waktu dan tempat yang tepat.
Tiba-tiba sudah tiba di pertengahan tahun 2011, satu impian sudah berkecai dek lalai dan terhegeh-hegehnya usaha saya. ( Agh, sebenarnya tidak berusaha pun ! Alasan demi alasan dicipta ! )
Impian-impian yang lainnya masih banyak dalam deretan menunggu untuk terlaksana. Eh, saya MESTI laksanakan secepatnya. Saya mesti abaikan suara-suara gedik syaitan untuk terus tidur,.dan harus berjaga untuk menyiapkan semua kerja yang telah dirancang. Jika tidak, saya pasti akan menangis di hujung 2011, tatkala orang lain re-cap 2011 dengan beribu kejayaan yang dikecap, saya cuma membawa kertas harapan untuk tahun 2012 !
Astaghfirullah. Demi Masa, Manusia itu benar-benar dalam kerugian.
Mengorak langkah keluar dari Zon Selesa sekali lagi perlukan SEBUAH TAMPARAN hebat dari Allah hingga mampu buat saya tersungkur ke Zon Berusaha Gigih. Saya memang naik lemak dengan kesenangan yang diberi pinjam hingga hilang berkat, hilang rezeki, hilang aura, hilang tenaga.
Perlu buang,koyak dan cabut Plastik Kepura-puraan yang menyelaputi wajah sendiri. Orang lain nampak bagus, tapi hakikatnya di dalam tidak lagi segar.
Kebelakangan ini, mata saya hanya memerhati - keadaan saya, kedaan mereka. keadaan dia. Dan hati saya hanya mampu menanti akan adanya berita baik dari Dia, dan dia.
Sebenarnya, mengharap sesuatu dari orang lain MAMPU merosakkan perjalanan diri mengejar cita-cita. Berhati-hatilah, Ima.
wah,,, best best thanks kak :D
ReplyDelete-zamani