Ha ha.
Kerana semalam Ima Zahra bekerja keras bersama Kak Seri & Mak untuk kumpulkan semua kotak yang ada dalam stor, dan pergi menjual kotak di tempat kitar semula, Setapak.
Ya Ya, Ini pekerjaan menyeronokkan kerana ia :-
- membuat bilik stor saya kemas
- dan bebas LIPAS
- menyeronokkan (bila kak sri campak kotak dari atas menuruni tangga,dan saya menanti di bawah untuk mengutipnya )
- memeluhkan tubuh, terasa sungguh sihat dan Inilah Masa Untuk 100 Plus ! yeaaahhh
- menngenyangkan - sebab bila dah jual kotak, dapat duit. boleh makan KFC !
Semalam, bonet kereta penuh kotak, kerusi belakang pun penuh kotak dengan kertas A4 dan kertas surat khabar.
Jeng. Jeng. Jeng. Saya dapat RM 24.60 !!! Yahoooo !!! Mak, jom makan KFC !
( Tapi sebenarnya, singgah kedai mamak kat Jalan Pahang, makan ikan keli + papadom + sayur je )
Bagaimana cara untuk menggandakan hasil jualan kotak ini ??
Jawab abah : Timah, ko simpan duit jual kotak ni, nanti beli Emas ke,..Dinar ke..Dirham ke.. baru berganda-ganda untung.
Alamak ! Abah, duit dah buat bayar makan tengahari. Lapar lah !
He he he.
haha...klakar...love abah nyer dialog...^_^
ReplyDelete