Saturday, June 25, 2011

Vision board is for what ?

Salam Kertas untuk semua . Apakah ??? Hey,ingat ada Salam 1 Malaysia je ke ?


This is the proper way, Mr N - Assalamualaikum.

1. What - Apa itu vision board
- Cebisan kertas dan sekeping board putih/hitam/kuning ( ikut suka lah nak warna apa )

A vision board (also called a Treasure Map or a Visual Explorer or Creativity Collage) is typically a poster board on which you paste or collage images that you’ve torn out from various magazines. It’s simple.

The idea behind this is that when you surround yourself with images of who you want to become, what you want to have, where you want to live, or where you want to vacation, your life changes to match those images and those desires.




2. How - Can it change your life ?
- Kertas dan gambar yang anda gunting itu menunjukkan keinginan anda. Anda akan menyedarinya, dan minda separa sedar akan berusaha untuk mencapainya setiap kali anda terlihat vision board itu samada sengaja atau tidak.


3. Why - Kenapa perlu ada vision board ?
- Untuk meletak objektif/ tujuan hidup / impian / keinginan / cita-cita. Ia lebih baik daripada anda cuma menyebut sekali " saya nak kereta ", dan kemudian anda terlupa untuk berusaha ke arah itu. Minda terangsang dengan gambar dan perkataan yang disusun kreatif.


4. When - Bila masa paling tepat untuk mencipta satu vision board ?
- Sekarang. Go ! Get your old magazines and papers. Potong dan tampal di atas kertas putih yang besar.


5. Who - Siapa perlu buat ?
- Anda perlu buat sendiri dengan penuh kesedaran. Bukan suruh orang lain tolong buatkan.


Now, help yourself. :)


p/s : Nantikan vision board quilling saya :)

Thursday, June 23, 2011

Percayalah Setinggi-tingginya !


Jangan percaya bahawa anda dilahirkan dalam keadaan tidak beruntung dan kecil. Percayalah bahawa anda sebenarnya ialah orang besar dan hebat, sebesar harapan dan keinginan anda. 

Percayalah anda bisa terbang setinggi-tingginya. Percayalah tidak ada kehendak Allah yang jelek dan buruk. Semuanya pasti baik. 

Percayalah.

Pokok, jom kita makan sama-sama !

Situasi : Pada tengah malam , di meja makan bulat.
Aktiviti : Makan sahur
Pelakon : Ima Zahra, Mak dan Pokok Tanam Dalam Air


 Dialog :-

Ima Zahra : Pokok, jom kita makan sama-sama.
Pokok : ( Diam )
Ima Zahra kepada Mak : Mak, pokok ni makanan dia Karbon Dioksida kan ? Ok lah, timah makan nasi depan dia. Dia kasi timah Oksigen, dia makan Timah punya Karbon Dioksida.
Pokok : ( Diam, sambil makan )
Ima Zahra : ( Tidak mungkin makan seorang diri lagi )

Sunday, June 19, 2011

Pepohon Cinta Mingguan

Inilah cerita kecil yang dibesar-besarkan. Hargai ketika kecil. 

Tangan saya panas, kata orang tua-tua. Tanam apa saja pokok pun boleh mati. Ya, hakikatnya memang tangan saya panas - mungkin sebab selalu buat Reiki ( Hands On Healing ),dikatakan tangan penyembuh ( pengamal Reiki ni ) selalunya panas.

( saya ada masalah dengan laptop ni, bila tekan Enter, kursor tak turun ke bawah pun, kenapa ya ? )

Saya tak pernah jemu membeli pokok hidup untuk ditanam, memang tak ada pengetahuan satu sen pun macam mana nak tanam pokok. Tapi, saya tetap beli pokok,bermula dengan Pokok Buluh Senang Jaga ( Pobuseja). Saya beli 5 batang. 2 sudah mati. Tinggal 3 ni saja yang bertahan, ini tahun kedua. Alhamdulillah.

Baru lepas potong daun untuk dialih ke pasu baru. Jadi, ia kelihatan sedikit togel ;)
Saya beri Pobuseja ni makan B1 ( Suplemen Salindah - ada banyak mineral, untuk bayi comel dan hilangkan loya ) setiap 2 minggu sebagai baja. Saya tak tahu nak bagi makan apa pada pokok ni, sebab mak cakap " ko kasi minum je, makan tak kasi..memang la senang mati ).

Masa mula-mula dulu, akarnya sikit saja.Lama-lama bila dah bagi B1, akarnya semakin banyak. Suka. Suka :) Kiranya boleh lah B1 tu dibuat baja pokok kan. Fuiiih..mahal betul makanan pokok saya :)

Pokok Tanam Dalam Air

Bulan lepas, saya ke Nurseri Sungai Buloh untuk beli pasu tanah.. Fuuuh...Bismillahirrahmanirrahim. Saya yang buta pokok, buta tanah, buta segalanya melangkah masuk ke salah satu nurseri yang pokok diluarnya sungguh segar bugar.

******************************************************

Pekerja Bangladesh menyambut kehadiran saya. Saya panggil dia Shah Rukh Khan.

Ima Zahra : Saya nak beli pasu tanah, kecik punya.
SRK : U mau apa macam punya ?
I-Z : Selalu orang beli pasu berapa besar ?
( SRK dah buat muka blurr, terkejut sambil memandang serong kepada saya. Apa kena budak ni, nak beli pasu tapi tak tau saiz.)


Saya memandang-mandang pokok-pokok yang ada dalam nurseri, semua sihat-sihat, cantik, segar, hijau, berwarna. Saya jatuh cinta !

I-Z : Bos, pokok apa yang susah mati punya ??
(SRK sekali lagi buat muka terkejut, dalam hatinya mungkin berkata " Apa punya soalan daaaaaa.....???")

SRK : Ini pokok boleh, bagus, senang jaga.( Dia mencadangkan beberapa pokok )

I-Z : Saya mau pokok senang jaga, tak payah siram hari-hari, tak payah kena matahari sangat, tak senang mati, tangan saya panas.

SRK : Ha ha ha.. ! Aiyaa.panas ka ? eeerr... (sambil menggaru-garu kepala), ini pokok boleh la. kasi air saja. 1 minggu sekali kasi kena matahari sudah cukup.

**************************************************************

Dan perbualan aneh antara pelanggan yang tak tahu apa dan SRK pun berlanjutan. Akhirnya saya berjaya membawa pulang pasu kecil, pasu sederhana, tanah dan baja.

Hati saya sungguh berbunga-bunga. Seronoknya ada pokok. Hoye-hoye.. !!! Balik nanti mesti balkoni di rumah cantik menghijau. Aura rumah saya mesti jadi lebih baik. Aiiiih..mesti saya bertambah penyayang. Hi hi hi.

Bunyi macam banyak je pokok-pokok saya kan ? Sebenarnya cuma ada pokok kunyit, pokok pobuseja,dan pokok tanam dalam air saja. He he he. Maaflah !!! Saya memang tak tahu nama pokok !!!!!!!!

Pesanan dan ajaran dari SRK saya aplikasikan bila balik rumah. Tiap-tiap hari tengok pokok, ada je daun kuning - saya terus mengadu dengan mak, " maaaaak,, kenapa kuning ? dia tak cukup makan ke? terlebih air ke ? tak cukup air ke ? " 

Mak cakap " mana ada orang tengok hari-hari pokok tu.. kuning tu biasa la..yang hidup mestilah mati..aduuuiiihh.."

Hehehe,,Ima Zahra terlalu concern dengan pokok. Hal kecil dibesar-besarkan. Bukannya jaga ladang 5 ekar, cuma 10 pasu kecil saja !!!! Ho ho ho. :P

Anak-anak kesayanganku...hari-hari Reiki pokok.. :)

Wednesday, June 15, 2011

Sebelum shopping, pastikan ini dahulu..

  • Handbag 
  • Notebook
  • Blackberry
  • Seluar 
  • Baju
  • Topi 
  • Motor
  • Kereta
  • Kapal Terbang
  • Pemotong Kuku

 Tak kira berapa panjang " Senarai Mahu Beli" yang sudah bermain-main di fikiran anda, tolong, pastikan satu perkara tersangat penting sebelum pergi membeli belah.

Sebaik sahaja dapat gaji, atau elaun, atau kawan lain akhirnya bayar hutang anda,atau tiba-tiba anda dapat duit sedepuk dari langit, TOLONG!!!!

Tolong jangan terus shopping.


Perkara yang anda perlu buat sebelum shopping ialah :-
  • Tolong bayar hutang anda - bil-bil tertunggak, kad kredit dll 
  • Tolong bayar HUTANG anda kepada kawan, saudara, orang yang tak dikenali, girlfriend atau boyfriend anda.

Hutang adalah perkara sensitif yang selalu jadi rahsia dan perbuatan diam-diam seseorang. Anda mungkin terasa serba salah untuk meminjam sedua ratus ringgit dari kawan/gf/bf anda pada mulanya, tapi disebabkan mereka betul-betul ikhlas nak pinjamkan duit..anda ambil juga.
.
.
Dan anda berasa sungguh gembira.
.
.
Dan berjanji " cukup bulan saya bayar ya !" atau " saya ada saja duit, saya terus bayar eh "
.
.
Bila dah berjanji tolong tepati. Sebab kawan anda tak pernah lupa yang anda pernah meminjam duit dia. Cuma dia tak nak menyebut-nyebut - dengan harapan anda akan bayar secepat mungkin.


Tapi, kawan anda akan berasa sangat KECEWA dan rasa nak belasah bila tengok anda sudah pun membeli baju baru, atau kasut baru, atau helikopter baru. tapi BELUM PUN BAYAR HUTANG KEPADA DIA. !

Kaya macam mana pun kawan/gf/sedara/bf/adik/abang/kakak anda - Ingat, hutang tetap hutang. MESTI BAYAR
 

Biar baik macam mana pun kawan tu, biar betapa sweetnya boyfriend dan girlfriend anda ; - tolong  bayar hutang terlebih dahulu sebelum membeli barang-barang yang cumalah KEHENDAK anda. Bukan KEPERLUAN.


Dosa hutang di bawa ke mati. Orang yang syahid akan diampunkan seluruh dosanya, kecuali dosanya berhutang kepada manusia.


Moral of the story :- Sila bayar hutang anda sebelum bershopping. Kalau tak dapat bayar pada masa yang dijanji, sila buat perjanjian baru, atau sedapkan hati kawan anda dengan menyebut " beb, aku tak dapat bayar hutang kau lagilah, sebab aku dah terbeli robot transformers tu.Sorry sangat-sangat."

Dan tolong sedar diri, bahawa perbuatan anda melewat-lewatkan bayar hutang  itu adalah SALAH.


Sila ambil masa 10 saat, ingat kembali
" aku pernah hutang kat siapa ya ??? aku dah bayar ke belum haaa ??? "


p/s : Jika anda suka entri ini, sila copy+paste di blog anda. Credit link to me,yea! Thanks.

new header



Bagaimana :
  1. nak jadikan really good, real spa dan discount for real tu macam page? 
  2. nak ada rama-rama terbang pada blog ? tapi tak nak banyak-banyak.

Ima Zahra minta tunjuk ajar ... tq :)

Monday, June 13, 2011

Geng-geng kertas :)

Saya sebenarnya sangat merindui masa-masa indah menggulung kertas. Lama juga saya tak pegang kertas panjang berukuran 5mm tu.


Apa pun, jika anda sudah mula menyukai seni kertas quilling ini, boleh lah melihat hasil kerja saya di bahagian label "quilling dan cards".

Atau, Sila ke bahagian kanan blog, di situ saya ada link kan beberapa blog BAEK PUNYA berkenaan Papers, Quilling and Arts.


Selamat BerBlog Walking. :)

p/s : Blog Walking dalam Bahasa Malaysia apa ya ???

Saturday, June 11, 2011

I love Kotak

Please. Reread. KOtak. Not Katak.

Ha ha.

Kerana semalam Ima Zahra bekerja keras bersama Kak Seri & Mak untuk kumpulkan semua kotak yang ada dalam stor, dan pergi menjual kotak di tempat kitar semula, Setapak.

Ya Ya, Ini pekerjaan menyeronokkan kerana ia :-
  • membuat bilik stor saya kemas
  • dan bebas LIPAS
  • menyeronokkan (bila kak sri campak kotak dari atas menuruni tangga,dan saya menanti di bawah untuk mengutipnya )
  • memeluhkan tubuh, terasa sungguh sihat dan Inilah Masa Untuk 100 Plus ! yeaaahhh
  • menngenyangkan - sebab bila dah jual kotak, dapat duit. boleh makan KFC !
Selalu sebut macam tu, lepas jual kotak dapatlah duit sikit ( memang sikit ) - terus bergembira dan cakap " yeaaayyyy..boleh makan KFC ! " Padahal, selalunya tak makan KFC pun.

Semalam, bonet kereta penuh kotak, kerusi belakang pun penuh kotak dengan kertas A4 dan kertas surat khabar.

Jeng. Jeng. Jeng. Saya dapat RM 24.60 !!! Yahoooo !!! Mak, jom makan KFC !
( Tapi sebenarnya, singgah kedai mamak kat Jalan Pahang, makan ikan keli + papadom + sayur je )


Bagaimana cara untuk menggandakan hasil jualan kotak ini ?? 
Jawab abah : Timah, ko simpan duit jual kotak ni, nanti beli Emas ke,..Dinar ke..Dirham ke.. baru berganda-ganda untung.


Alamak ! Abah, duit dah buat bayar makan tengahari. Lapar lah !

He he he.

Friday, June 10, 2011

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA



http://www.benashaari.com/

Ima Zahra mendengar nama Ben Ashaari beberapa kali sejak pandai berblog walking. Meriah sungguh blognya, samalah dengan Cik Epal, Maria Elena dan entah siapa-siapa lagi Hot Chick Blog.

Satu yang saya perasan, bagi blogger perempuan - mereka ada FESYEN BLOGGER yang tersendiri. Pakaian ala-ala Old Blossom, mix and match, selendang pusing-pusing. Menarik dan unik.

Bagi blogger lelaki - biasanya lebih bersifat abstrak, terbuka tetapi berahsia, topiknya hangat.

Ohya ! Orang Malaysia lah yang paling banyak blogger, dan mencari pendapatan dari blog dengan hebatnya. Yes. Malaysia memang power.

Monday, June 6, 2011

Mata hanya mampu memerhati, Hati hanya mampu menanti...

Kebelakangan ini....tak termampu untuk saya menulis segalanya disini. Masa berlalu terlalu pantas sehinggakan nafas tidak sempat dihela sempurna. Pejam celik tiada hadirnya jiwa. Astaghfirullah. Ampunkan aku Wahai Tuhan Pencipta Nafas, kerana aku tidak menghayati sebaiknya nafas yang Kau pinjamkan.


http://clairespapercraft.blogspot.com/

Di saat ujian satu persatu menerka, dan impian jauh beribu batu mahu ditempa, saya antara kaget, tercegat dan tersedak dek kesedaran bahawa langkah kaki harus dipercepat untuk menang pada waktu dan tempat yang tepat.


Tiba-tiba sudah tiba di pertengahan tahun 2011, satu impian sudah berkecai dek lalai dan terhegeh-hegehnya usaha saya. ( Agh, sebenarnya tidak berusaha pun ! Alasan demi alasan dicipta ! )

Impian-impian yang lainnya masih banyak dalam deretan menunggu untuk terlaksana. Eh, saya MESTI laksanakan secepatnya. Saya mesti abaikan suara-suara gedik syaitan untuk terus tidur,.dan harus berjaga untuk menyiapkan semua kerja yang telah dirancang. Jika tidak, saya pasti akan menangis di hujung 2011, tatkala orang lain re-cap 2011 dengan beribu kejayaan yang dikecap, saya cuma membawa kertas harapan untuk tahun 2012 !

Astaghfirullah. Demi Masa, Manusia itu benar-benar dalam kerugian.



Mengorak langkah keluar dari Zon Selesa sekali lagi perlukan SEBUAH TAMPARAN hebat dari Allah hingga mampu buat saya tersungkur ke Zon Berusaha Gigih. Saya memang naik lemak dengan kesenangan yang diberi pinjam hingga hilang berkat, hilang rezeki, hilang aura, hilang tenaga.

Perlu buang,koyak dan cabut Plastik Kepura-puraan yang menyelaputi wajah sendiri. Orang lain nampak bagus, tapi hakikatnya di dalam tidak lagi segar.



Kebelakangan ini, mata saya hanya memerhati - keadaan saya, kedaan mereka. keadaan dia. Dan hati saya hanya mampu menanti akan adanya berita baik dari Dia, dan dia.

Sebenarnya, mengharap sesuatu dari orang lain MAMPU merosakkan perjalanan diri mengejar cita-cita. Berhati-hatilah, Ima.